part 10

58 11 46
                                    

Dania menghempaskan tubuhnya ke atas katil .

Dia mengeluh .

Dia serabut .

Ya Allah apa yang harus dia lakukan sekarang ?

Kemudian dia dengan segera bangun dan pergi ke tandas .

Dia mengambil wuduk . Dia ingin menunaikan solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Allah .

"Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk Ya Allah . Aku menyayangi Daniel tetapi dalam masa yang sama aku tidak mahu derhaka terhadap orang tua ku . Aku merayu kepadamu Ya Allah , berikanlah aku petunjuk ." Dania berdoa sambil menangis .

Sesungguhnya dia buntu .

Keluarganya mahu menjodohkannya dengan seseorang yang tidak dia kenali .

Manakala Daniel asyik mendesak dia untuk membawanya berjumpa dengan keluarganya .

Ya Allah , permudahkanlah urusan ku .

----------------------------------------------------------

Daniel dan Arjuna menyalam tangan Puan Maryam .

"Kami balik dulu ye bonda ." Daniel meminta diri .

"Nanti bonda jangan rindu Juna tau ." Kata Arjuna .

Puan Maryam menepuk bahu Arjuna .

"Kamu tu yang jangan rindu bonda ." Balas Puan Maryam .

Arjuna memeluk Puan Maryam .

"Mana boleh tak rindu , bonda yang jaga Juna selama ni . Nanti Juna mesti rindu nak makan masakan bonda ." Arjuna sudah memuncungkan bibirnya .

Puan Maryam tertawa kecil melihat telatah Arjuna .

"Kalau macam tu , Juna kena kerap balik sini lah ." Usik Puan Maryam .

"Macam mana nak balik bonda kalau dah dua puluh empat jam asyik nak berkepit dengan mata air je ." Perli Daniel .

Arjuna memandang Daniel tajam .

Mamat ni memang tak ada kerja lain ke selain perli orang ?

Puan Maryam ketawa dengan kata-kata Daniel itu .

"Haih Juna dah ada mata air rupanya , nanti bawa lah dia jumpa bonda ye ." Kata Puan Maryam .

"Tu suruh sekali anak bonda yang sorang tu bawa buah hati dia jumpa bonda ." Kini Arjuna pula memerli .

Daniel tersedak .

"Haih Daniel pun dah ada mata air ? Ha baguslah , nanti korang bawa lah mata air korang tu jumpa bonda . Boleh bonda kenal-kenal ." Kata Puan Maryam .

Arjuna menggangguk kepalanya manakala Daniel hanya tersengih .

------------------------------------------------------------

Shazana membuka pintu rumah sewa mereka .

Sepi , tiada orang . Yang lain belum balik agaknya ialah cuti pun belum hsbis lagi .

Saja dia pulang awal .

Dia naik ke atas biliknya .

Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu .

Datang dari arah bilik Dania .

Dia berasa tidak sedap hati .

Ada orang pecah masuk rumah mereka ke ?

Dia memberanikan diri untuk mendekati bilik Dania .

Dia mengambil sebuah pasu bunga sebagai peralatan melindungi diri jikalau ada apa-apa terjadi .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now