Syifa terkedu .
Lagu ini ditujukan untuk dirinya kah ?
Pipinya mulai memerah .
"Cie Justin , ko tengah confess ke tu ?" Usik Arjuna .
Syifa bingung .
Confess ? Confess dekat siapa ?
Shazana tergelak melihat Syifa .
Haih , polos betul kawan dia yang seorang ni .
"Syifa , si Justin ni sebenarnya — "
"Saya suka kan awak Syifa ." Kata-kata Shazana dengan luahan Justin .
Syifa terkejut .
Apa semua ni ?
Mereka tengah kenakan dia kah ?
Syifa tertunduk malu .
"Terima je lah Syifa , aku tahu kau pun suka kan Justin kan ?" Kata Dania .
Syifa memandang Dania .
Bagaimana Dania boleh tahu yang dia sukakan Justin ?
Yang lain memandang Syifa menantikan jawapan daripadanya .
Syifa menggigit bibir bawahnya .
Apa yang harus dia katakan sekarang ?
Ya , benar dia juga menyukai Justin tetapi dia tidak sangka bahawa Justin juga menyukai dirinya .
Jadi selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan .
Syifa bingung , jika dia menerima Justin dia juga harus bersedia mengambil risiko kerana mereka tidak seiman .
Justin masih setia menunggu jawapan daripada Syifa .
Syifa memandang mereka dengan keadaan pipinya yang masih merah .
Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembuskannya .
Dia harus mengambil risiko ini .
Dia memandang Justin kemudian tersenyum kecil .
"Saya terima awak Justin ." Ucap Syifa .
Semua terkejut mendengar jawapan Syifa termasuk Justin .
Justin memandang Syifa .
"Betul ke ni Syifa ? Awak tak tipu kan ?" Tanya Justin yang teruja .
Syifa tersenyum dan mengangguk .
Justin tersenyum bahagia .
Yang lain menepuk tangan .
"Congratulations bro !" Ucap Daniel .
Justin tersenyum malu .
Semua orang gembira .
Namun kegembiraan itu hanya sementara .
Keadaan tiba-tiba menjadi kelam-kabut kerana Angelina pengsan .
"Angel !" Jerit semua serentak .
----------------------------------------------------------
Angelina membuka mata perlahan-lahan .
Kepalanya masih pening .
Dilihat sekitar , dia kini berada didalam bilik mereka .
"Kau dah sedar Angel ?" Tegur Syifa setelah melihat Angelina membuka mata .
Angelina hanya menggangguk perlahan .
"Kau okay tak Angel ? Kenapa sampai boleh pengsan ni ?" Tanya Dania .
Angelina hanya berdiam diri .
Apa yang harus di jawab ?
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?