"Mika !" Sapa Shazana kemudian dia mengambil tempat di hadapan Arjuna .
Arjuna mengajak Shazana untuk berjumpa di sebuah cafe berdekatan dengan kolej mereka .
Arjuna tersenyum melihat Shazana .
"Dah lama ke Mika sampai ?" Tanya Shazana .
"Baru je Anna . Oh ya , Mika ada benda sikit nak cakap dengan Anna ." Kali ini Arjuna menunjukkan riak wajak serius .
Shazana mulai tertanya-tanya apakah yang ingin Arjuna sampaikan .
"Mika nak cakap pasal apa tu ?" Soal Shazana .
"Pasal Justin dengan Syifa ." Jawab Arjuna ringkas .
Shazana memasang muka pelik .
Dah kenapa dengan Justin dan Syifa ?
"Kenapa dengan diaorang ?" Shazana sudah pelik .
Arjuna memandang Shazana .
"Kita kena tolong diaorang ?"
"Ha ? Tolong apa ? Diaorang kenapa ? Apa dah jadi ?" Tanya Shazana bertubi-tubi .
Arjuna ketawa dengan reaksi Shazana .
Alahai , comelnya buah hati dia ni .
Shazana memandang Arjuna pelik . Dah kenapa si Arjuna ni ketawa ? Kena sampuk ke ?
"Dah kenapa Mika gelak ?" Cemberut Shazana .
"Sebab Anna comel ." Usik Arjuna .
Merah pipi Shazana di buatnya .
Arjuna sedar pipi Shazana sudah mulai memerah , dia tertawa kecil .
"Tak , sekarang ni kenapa dengan Justin and Syifa ? Kenapa kita kena tolong diaorang ?" Tanya Shazana .
Arjuna baru teringat tujuan asal dia mahu berjumpa dengan Shazana .
Macam mana la kau boleh lupa pasal tu Arjuna haih . Tu la , jumpa je buah hati semua benda kau lupa ye .
"Oh pasal tu , begini cerita dia . Si Justin tu memang dah suka dengan si Syifa and minta tolong kita untuk satukan dia dengan Syifa ." Terang Arjuna .
Shazana hanya fokus mendengar apa yang Arjuna sampaikan .
"So nanti boleh tak Anna tolong pujuk Syifa untuk terima Justin ?" Sambung Arjuna lagi .
Shazana berfikir seketika kemudian mengangguk perlahan .
Arjuna tersenyum .
"Thank you Anna ."
------------------------------------------------------------
Shazana mengetuk pintu bilik Syifa .
"Syifa , boleh aku masuk ?" Tanya Shazana .
"Masuk lah ." Jawab Syifa .
Setelah mendapat izin daripada Syifa , Shazana pun dengan segera masuk ke bilik Syifa .
Terlihat Syifa yang masih bertelekung , baru selesai menunaikan solat isyak .
Syifa tersenyum memandang Shazana .
"Kau dah solat isyak ?" Tanya Syifa .
"Aku cuti ." Jawab Shazana ringkas .
Syifa mengangguk faham kemudian membuka telekung yang dipakainya .
"Kau ada benda nak cakap ke Shazana ?" Tanya Syifa .
Dia perasan yang sahabatnya itu seperti ingin menyampaikan sesuatu .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?