part 19

36 9 26
                                    

Puan Suraya duduk termenung seorang diri di ruang tamu rumah mereka .

Dia mengingatkan kata-kata Syafiq semalam .

Flashback

"Rykarl tu memang bagus umi , walid . Sesuai kalau dibuat menantu ." Celah Syafiq yang tiba-tiba muncul dari dalam rumah .

Encik Syaiful dan Puan Suraya memandang Syafiq .

"Apa maksud kamu Syafiq ?" Tanya Encik Syaiful .

Syafiq tersenyum kecil .

"Umi , walid . Apa kata kalau kita satukan Syifa dengan Rykarl ?" Cadang Syafiq .

Encik Syaiful dan Puan Suraya saling berpandangan seketika kemudian mereka kembali memandang Syafiq .

"Apa yang kamu cakap ni Syafiq ? Satukan Syifa dengan Rykarl ? Ini soal hati , kita tak boleh paksa ." Kata Puan Suraya .

"Rykarl tu sebenarnya sukakan Syifa umi cuma Syifa tu je yang jual mahal ." Terang Syafiq .

Sebenarnya dia ingin saja mahu memberitahu ibu bapanya tentang hubungan sebenar Syifa dan Justin tetapi dia tidak mahu umi dan abinya kecewa jika mengetahui bahawa anaknya itu bercinta dengan orang yang berlainan agama dengan mereka .

"Ini soal hati Syafiq , kita kena bincang dengan Syifa dulu ." Kata Puan Suraya .

Syafiq menghembus nafas berat .

"Umi , walid . Rykarl tu baik orangnya . Agamanya pun kuat . Memang sesuai dengan Syifa . Rugi kalau umi dengan walid tolak dia jadi menantu ." Syafiq cuba menyakinkan ibu bapanya .

"Walid tahu Syafiq tapi kita kena tanya tuan punya badan ." Kata Encik Syaiful .

End flashback

Puan Suraya mengeluh

Ada benar kata Syafiq semalam tapi dia tidak mahu memaksa anak perempuannya itu .

"Selamat pagi umi ." Tegur Syifa kemudian dia duduk di sebelah uminya .

Puan Suraya memandang Syifa kemudian dia tersenyum .

"Selamat pagi anak umi ."

"Walid dengan abang mana ?" Tanya Syifa .

"Oh , diaorang pergi gotong-royong kat masjid ." Jawab Puan Suraya .

Syifa mengeluh .

"Abang Syafiq tu ada masalah apa eh umi ?" Tanya Syifa .

Puan Suraya mengerutkan dahinya .

"Kenapa dengan abang kamu tu ?" Soal Puan Suraya .

"Tak ada dah , sepatutnya Syifa balik sini dengan Justin tapi abang tu paksa orang suruh orang balik dengan si Rykarl tu . Kesian Justin ." Luah Syifa .

Puan Suraya menggelengkan kepalanya .

Haih , Syafiq ni .

Puan Suraya memandang Syifa .

"Syifa ." Panggil Puan Suraya .

"Ye , umi ?" Sahut Syifa .

"Syifa ada apa-apa hubungan ke dengan Justin ?" Tanya Puan Suraya serius .

Syifa menelan air liur .

Apa dia nak jawab sekarang ni ?

"Tak ada lah umi , Syifa berkawan je dengan dia ." Tipu Syifa .

Tipu sunat , tak apa kan ?

Puan Suraya memandang ke dalam mata Syifa .

"Betul ni ?" Tekan Puan Suraya .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now