part 18

47 10 44
                                    

Keadaan di dalam kereta itu sunyi sehinggalah Rykarl memecahkan kesunyian .

"Apa plan Syifa lepas habis belajar ni ?" Tanya Rykarl yang masih fokus memandu .

"Belum tahu lagi ." Jawab Syifa malas .

Kenapalah abangnya boleh minta tolong mamat ni untuk ambil dan hantar dia balik ?

Rykarl hanya mengangguk .

"Awak dah lama ke kenal dengan abang Syafiq ?" Tanya Syifa yang ingin tahu .

Dah berapa lama abang dia kenal dengan mamat ni sampai percayakan mamat ni untuk ambil dan hantar dia balik ?

"Dah lama , dari sekolah menengah lagi . Umi dengan walid pun dah kenal dengan saya ." Jawab Rykarl lembut .

Syifa membulatkan matanya .

Umi dan walid kenal Rykarl ?

Kenapa dia tidak tahu ?

"Oh ." Itu sahaja yang keluar daripada mulut Syifa .

Tiba-tiba Rykarl memberhentikan keretanya .

Syifa terkejut .

Dah kenapa mamat ni berhenti ?

Rykarl memandang Syifa lalu tersenyum .

"Kenapa awak berhenti ni ?" Tanya Syifa .

"Kita kat masjid sekarang Syifa , dah masuk waktu asar ." Jawab Rykarl sambil tersenyum .

Syifa memandang ke luar .

Ya , mereka kini berada di masjid .

"Jom , kita turun solat dulu ." Ajak Rykarl .

Syifa hanya mengangguk kemudian turun dari kereta bersama Rykarl .

-----------------------------------------------------------

Kereta milik Arjuna itu memasuki perkarangan rumah anak yatim itu .

Dia memberhentikan keretanya lalu melihat ke sebelah dan terlihat Shazana yang sedang lena tidur .

Arjuna tersenyum kecil .

"Tido pun comel ." Kata Arjuna .

Dia mengusap kepala kekasihnya itu .

"Anna , bangun . Kita dah sampai ni ." Arjuna cuba membangunkan kekasihnya itu .

Shazana masih lagi tidur .

Arjuna sekali lagi tersenyum .

"Nur Shazana , bangun sayang ." Sekali lagi Arjuna cuba membangunkan Shazana .

Dan kali ini Shazana terbangun .

Dia menggosok matanya .

"Hm ? Kita dah sampai ke Mika ?" Tanya Shazana yang masih lagi mamai .

Arjuna tersenyum melihat telatah kekasihnya itu .

Alahai , comelnya .

"Ye Anna , kita dah sampai ." Jawab Arjuna sambil tersenyum .

Shazana tersenyum kecil kemudian dia turun dari kereta diikuti Arjuna .

Mereka masuk ke dalam bersama-sama .

"Assalamualaikum ." Arjuna memberi salam .

"Waalaikumussalam . Eh , anak bonda ni dah balik ." Kata Puan Maryam .

Arjuna dengan segera menyalam tangan Puan Maryam .

Shazana yang berada di sebelah Arjuna turut menyalam tangan Puan Maryam sambil tersenyum .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now