Justin kini sedang menolong Encik Syaiful mencuci kereta .
"Keluarga kamu tinggal kat sini ke Justin ?" Tanya Encik Syaiful .
Justin tersenyum kecil sebelum menjawab .
"Tak walid , Mama dengan Papa tinggal dekat Korea uruskan syarikat Papa dekat sana ."
"Kenapa kamu tak ikut diaorang duduk dekat sana ?" Tanya Encik Syaiful lagi .
"Saya nak hidup berdikari walid ." Jawab Justin .
Encik Syaiful tersenyum kecil .
Dia bangga dengan Justin . Walaupun keluarga ada syarikat sendiri di Korea tetapi dia tetap memilih untuk hidup berdikari dekat Malaysia .
Anak muda sekarang patut mencontohi dia .
"Maaf kalau walid bertanya ni . Apa agama kamu ?" Encik Syaiful menanyakan dengan berhati-hati , takut Justin tidak selesa dengan soalan itu .
"Saya beragama Kristen walid ." Jawab Justin .
Encik Syaiful hanya mengangguk .
Tiba-tiba muncul la anak gadisnya .
"Haih walid , rancak berborak dengan Justin ni ." Usik Syifa .
Encik Syaiful menggelengkan kepalanya .
Anak gadisnya ini suka betul mengusik orang .
"Borak kosong je Syifa . Mana abang kamu ?"
"Oh , abang teman umi pergi pasar ."
Justin hanya memerhati anak dan bapa itu sambil mencuci kereta .
"Sudah la Justin , biar walid je yang buat ." Kata Encik Syaiful .
"Eh , tak apa walid . Biar saya tolong ." Justin tersenyum manis .
Senyuman yang telah mencairkan hati Syifa .
"Tak apa Justin , biar walid yang buat . Kamu pergi lah bersiap . Kamu cakap nak balik awal kan ?" Kata Encik Syaiful .
Justin baru teringat yang dia ada berkata bahawa dia ingin pulang awal kerana ada urusan yang dia perlu uruskan .
"Ye tak ye jugak , lupa pulak . Justin bersiap dulu ye walid ." Justin tersenyum sebelum berlalu pergi untuk bersiap .
----------------------------------------------------------
"Bonda tengok Daniel ni , dia buli Juna ." Adu Arjuna .
Mereka kini berada di rumah anak-anak yatim yang mereka tinggal dahulu .
"Ah kau , aku suruh bawa barang yang ringan je pun ." Kata Daniel .
Arjuna menjeling Daniel tajam .
"Apa kau jeling jeling ? Aku korek biji mata tu kang baru tahu ."
"Huwaa , bonda tengok Daniel tu. " Rengek Arjuna .
Puan Maryam atau lebih dikenali sebagai bonda itu hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah Arjuna dan Daniel .
"Kamu berdua ni dah macam anjing dengan kucing ." Kata Puan Maryam .
"Arjuna la anjing tu ." Perli Daniel .
"Ish kau ni , muka kau yang comel ni kau cakap macam anjing ? Muka kau tu macam monyet dalam hutan ." Balas Arjuna .
"Sudah sudah , jangan bergaduh kat sini ." Kata Puan Maryam .
Daniel dan Arjuna ni kalau di biarkan nanti makin menjadi .
Dia sudah masak dengan perangai mereka .
Walaupun sering bergaduh tetapi mereka tetap sayang antara satu sama lain macam adik beradik .
![](https://img.wattpad.com/cover/355333348-288-k464769.jpg)
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanficjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?