part 26

42 11 9
                                    

Syifa dan Shazana kini berada di butik pakaian pengantin untuk mencuba baju kahwin yang ditempah untuk Shazana .

Pekerja butik itu menunjukkan baju yang di tempah untuk Shazana itu .

Shazana tanpa membuang masa terus pergi ke bilik persalinan dan mencuba baju itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Shazana tanpa membuang masa terus pergi ke bilik persalinan dan mencuba baju itu .

Setelah beberapa minit , dia keluar dari bilik persalinan dan menyuruh Syifa menilai baju tersebut .

"How Syifa ?" Tanya Shazana .

Syifa terpegun melihat persona sahabatnya itu .

"Perfect ." Kata Syifa .

Shazana tersenyum malu .

Kemudian dia menukar kembali kepada pakaian asalnya .

Syifa memandang Shazana .

"Cie , dah nak kahwin siot kawan aku yang sorang ni ." Kata Syifa .

Shazana hanya tersenyum .

"Btw , thanks sebab sudi temankan aku . Maklumlah Arjuna sekarang tengah busy kerja ." Kata Shazana .

Ya , Arjuna dan Daniel telah mula berkerja di syarikat bapa Kevin .

Syifa tersenyum manis .

"No problem , lagipun aku boleh luangkan masa dengan kau kan lepas ni dah jadi bini orang susah dah nak ajak keluar ." Kata Syifa , sedikit mengusik .

Shazana tersengih .

"Kau bila lagi Syifa ? Dah jumpa penganti belum ?" Tanya Shazana .

Syifa memandang Shazana .

"Belum jumpa tapi kau jangan risau , aku move on daripada dia ." Kata Syifa .

Shazana tersenyum mendengar jawapan Syifa itu .

"Baguslah kalau macam tu , lega aku dengar ." Kata Shazana .

----------------------------------------------------------

Akhirnya , hari yang dinanti-nanti telah tiba .

Hari di mana Daniel dan Dania di ijab kabul kan .

"Muhammad Daniel Noah Bin Ismail ." Panggil Tok Kadi .

"Ya , saya ." Jawab Daniel

"Aku nikahkan engkau dengan Dania Ezra Binti Daud dengan mas kahwinnya RM 2104.00 di bayar tunai ." Kata Tok Kadi .

"Aku terima nikah Dania Ezra Binti Daud dengan mas kahwinnya RM 2104.00 di bayar tunai ." Jawab Daniel .

"Sah ?" Tanya Tok Kadi kepada para saksi .

"Sah ." Jawab para saksi .

"Alhamdulillah ." Kata Tok Kadi kemudian dia membawa doa .

Alhamdulillah , dengan sekali lafaz Dania sah bergelar isteri kepada Daniel .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now