part 14

51 9 60
                                    

Justin dan Syifa telah tiba di hospital .

Mereka mencari dimana Kevin dan Angelina ditempatkan .

"Justin !" Panggil seseorang .

Justin menoleh ke arah suara tersebut dan ternyata orang yang memanggilnya itu Arjuna .

Terlihat juga Daniel , Dania dan Shazana disitu .

Justin dan Syifa dengan segera pergi ke arah mereka .

"Macam mana keadaan Kevin dengan Angel ?" Soal Justin .

Mereka semua hanya menunduk .

Shazana dan Dania pula sudah mulai teresak menangis .

Syifa dengan segera memeluk dua orang sahabatnya itu walaupun dia belum tahu bagaimana keadaan Angelina .

"Mana anak i ?" Tanya seseorang .

Puan Katerina , ibu kepada Angelina .

Mereka semua memandang Puan Katerina .

Tiada sorang pun yang membuka mulut bagi menjawab soalannya itu .

"Mana Kevin ?" Tanya Puan Krystal , ibu kepada Kevin .

Dia baru tiba bersama suaminya , Encik Jonathan .

Sekali lagi , tiada jawapan yang muncul daripada mulut mereka .

"Kenapa korang diam ni ? Mana Kevin ?" Justin bersuara .

Dia memandang Daniel , meminta jawapan .

Daniel hanya menggelengkan kepala lalu dia menunduk .

Tiba-tiba dua katil disorong keluar .

"Waris kepada Kevin Edison dan Angelina Lee ?" Tanya salah sorang jururawat yang menyorong katil itu .

"Saya ibu Angelina ." Jawab Puan Katerina .

"Saya ibu Kevin ." Jawab Puan Krystal .

"Okay , puan berdua boleh buat tuntutan mayat ni di bahagian forensik ." Kata jururawat tersebut .

Justin , Syifa , Puan Katerina , Puan Krystal dan Encik Jonathan terkejut .

Tuntut mayat ?

Ya , Kevin dan Angelina telah tiada .

Air mata mereka mulai mengalir .

Justin memeluk Daniel .

"Please cakap ini semua tipu , aku baru jumpa diaorang dekat mall tadi ." Justin sudah teresak menangis .

Syifa tertunduk .

Dia terkilan .

Baru sahaja dia berjumpa dengan sahabatnya itu tadi tapi sekarang sahabatnya itu telah pergi buat selamanya ?

Dugaan apakah ini ?

----------------------------------------------------------

Syifa memandang bingkai gambar yang di pegangannya itu .

Gambar mereka berempat .

Sejak pulang daripada pengebumian Kevin dan Angelina , dia berkurung di dalam bilik Angelina .

"Kenapa cepat sangat kau pergi tinggalkan kitaorang Angel ?" Kata Syifa sambil menangis .

Dia masih terkilan , tidak sangka pertemuannya dengan Angelina di pusat membeli-belah itu adalah pertemuan terakhir .

Shazana mengetuk pintu bilik itu .

"Syifa , jom turun makan ." Ajak Shazana .

"Korang je lah makan , aku tak ada selera ." Jawab Syifa dari dalam bilik .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now