part 28

43 10 18
                                    

Shazana sedang mengemas rumah .

Maklumlah sekarang dah jadi bini orang kan , kena la buat kerja rumah .

Setelah selesai mengemas rumah , dia pergi ke dapur untuk memasak .

Ya la , sekejap lagi encik suami balik dari kerja mesti nak makan kan .

Setelah selesai memasak , dia menghidang makanan di atas meja .

Kini tunggu encik suami balik sahaja untuk makan bersama .

Tidak lama kemudian , terdengar kereta milik Arjuna memasuki kawasan rumah mereka .

Shazana membuka pintu untuk Arjuna dan menyambut kepulangan suaminya itu dengan senyuman .

Setelah Arjuna masuk ke dalam rumah , Shazana dengan segera menyalam tangan Arjuna .

"How kerja hari ni ? Okay ?" Tanya Shazana .

Arjuna tersenyum kecil .

"Okay je , tadi penat tapi lepas tengok muka Anna terus hilang rasa penat tu ." Kata Arjuna sambil tersenyum .

Shazana tersenyum malu .

"Anna dah siapkan makanan , Mika naiklah mandi dulu lepastu nanti kita makan sama-sama okay ?" Kata Shazana .

Arjuna memandang Shazana kemudian dia tersenyum nakal .

Shazana memandang pelik suaminya itu .

"Apa ?" Tanya Shazana .

"Apa kata kalau kita mandi sekali ? Mandi sama-sama ni dapat eratkan hubungan suami isteri tau ." Kata Arjuna .

Pipi Shazana mulai memerah .

"Anna dah mandi lah , Mika je lah pergi mandi sorang-sorang ." Kata Shazana kemudian dia memandang ke arah lain .

Arjuna sekali lagi tersenyum nakal .

Dia kemudiannya mendukung Shazana .

Shazana terkejut dengan tindakan Arjuna tersebut .

"Eh ." Kata Shazana .

"Tak baik tau lawan cakap suami . Dah jom , kita naik lepas tu kita mandi sama-sama ." Kata Arjuna kemudian dia membawa Shazana naik ke atas .

Shazana hanya mampu menuruti kata-kata Arjuna itu .

Setelah selesai mandi bersama , mereka kemudian turun untuk menikmati makanan yang telah di masak oleh Shazana .

Setelah selesai makan , mereka mulai berborak .

"Syifa ada jemput kita nanti pergi majlis dia dengan si apa ntah nama mamat tu ." Kata Arjuna .

Shazana hanya membuang muka .

Sesungguhnya dia tidak suka Syifa berkahwin dengan Rykarl .

"Ah , malas lah nak pergi ." Kata Shazana .

Arjuna memandang isterinya itu pelik .

"Dah kenapa ? Dia dah datang majlis kita so kita kena lah pergi majlis dia ." Kata Arjuna .

Shazana mengeluh .

"Anna tak suka dia kahwin dengan mamat tu ." Jelas Shazana .

Arjuna menatap wajah isterinya itu .

"Anna ku sayang , dah itu jodoh diaorang kan ... Kita nak buat macam mana ? Kita cuma boleh doakan kebahagiaan diaorang je ." Kata Arjuna .

Shazana menghembuskan nafas berat .

"Hm , ye lah . Nanti kita pergi ." Kata Shazana .

Arjuna tersenyum kecil .

"Good girl ." Kata Arjuna .

aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ] Where stories live. Discover now