Cuti semesta sudah bermula .
Syifa , Shazana , Dania dan Angelina menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka .
"Korang dah siap kemas barang untuk pergi esok ke ?" Tanya Dania .
"Dah , awal-awal lagi aku dah kemas hehe ." Jawab Shazana dengan teruja .
"Aku pun dah siap kemas , tinggal nak pergi aja ." Syifa tersenyum .
Angelina hanya termenung .
Perhatian mereka semua kini tertumpu kepada Angelina .
"Kau okay tak Angel ?" Tanya Dania .
Tak pernah dia lihat Angelina begitu . Setahu dia , Angelina seorang yang ceria tapi sekarang dia lain .
Tiada jawapan daripada Angelina , masih lagi termenung .
"Angel ?" Panggil Syifa .
Bahu terhinjut kemudian dia melihat tiga orang sahabatnya itu , keningnya diangkat sebelah .
"Kau okay tak ?" Tanya Shazana .
Angelina hanya mengangguk .
"Angel , kau kalau ada masa-" Belum sempat Shazana menghabiskan ayatnya , dia terdiam selepas melihat Angelina lari ke arah singki lalu dia muntah .
Syifa , Shazana dan Dania juga turut pergi ke singki .
Syifa mengosok belakang Angel yang sedang muntah .
"Kau kenapa Angel ? Okay tak ni ?" Tanya Dania yang sudah gelabah .
Angelina membasuh mulutnya kemudian dia pusing melihat tiga sahabatnya itu .
Mukanya sudah pucat .
"Aku okay , salah makan kot ." Kata Angelina .
"Kita pergi klinik eh ?" Cadang Shazana .
Angelina laju menggelengkan kepalanya .
"Tkpe , aku okay . Jangan risau . Dah , jom kita tido . Esok nak kena gerak awal kan ?" Angelina tersenyum kecil kemudian dia naik keatas lalu pergi ke biliknya .
Anglina menutup pintu biliknya lalu dikunci .
Dia menghembus nafas berat .
Oh tuhan , apa yang patut dia lakukan sekarang ?
Syifa , Shazana dan Dania saling berpandangan .
"Aku risau lah dengan si Angel ni . Makin hari dia makin pelik ." Luah Dania .
"Betul tu , aku pun perasan yang lately ni dia lain macam ." Shazana pula bersuara .
Syifa mengeluh .
"Dia yang tak nak cerita dengan kita , kita tak boleh nak paksa kan ?" Kata Syifa .
"Betul tu . Dah dia tak nak cerita , kita nak buat macam mana ." Setuju Dania .
"Dah lah , jom tido . Esok kita nak kena bangun awal . Tak sabarnya nak pergi bercuti ." Shazana sudah teruja .
"Tak sabar nak bercuti ke tak sabar nak dating ?" Perli Syifa .
Shazana menjeling tajam ke arah Syifa .
Dania sudah ketawa melihat dua orang sahabatnya itu .
Setelah itu , mereka pun pergi ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri .
-----------------------------------------------------------
Dua buah kereta telah tiba di perkarangan rumah sewa mereka .
YOU ARE READING
aku , kamu dan tuhan [ pjw ff ]
Fanfictionjodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ?