Pandangan Pertama || Episode 2

227 13 0
                                    

"Rauna,jom temankan Tok Mal pergi beli barang basah."

"Okey Tok Mal."

Rauna terus mengambil tudung sarungnya yang ada didalam biliknya dan bergegas pergi keluar rumah menaiki kereta. Setelah saja sampai di Mall Tok Mal memarkir keretanya di tempat parking kereta.

Rauna hanya mengikuti Tok Mal dari belakang dan menengok sahaja Tok Mal mengambil barang basah dan sayur sayuran.

"Rauna,Tok Mal dah selesai beli barang ni. Tok Mal nak pergi ke tandas sekejap kalau Rauna nak ambil apa-apa ke Rauna ambil je." Kata Tok Mal membuatkan Rauna gembira apabila boleh mengambil sahaja apa yang dia nak.

"Hmm, apa kata aku ambil keropok dulu baru coklat."

"Serius lah? Bapak tingginya susah aku nak ambil keropok Super Ring tu!" Rauna mengetap bibir. Geram. Dahlah tu keropok kegemaran dia.

Rauna menjengkekkan kakinya cuba untuk mencapai keropok Super Ring itu dan tiba-tiba..

"Alamak..!" Keropok Super Ring itu terjatuh membuatkan Rauna tidak sempat elak dan..

"Aik,tak rasa apa-apa pun?" Perlahan-lahan Rauna membuka matanya dan ternampak seorang lelaki sedang memegang keropoknya yang ingin dia ambil. Lelaki yang berbadan tegap bermuka dingin,tegas dengan rambut panjangnya hanya separas tengkuknya.

"Take this, you have to be careful after this. If you know you are not tall, ask someone to help you." Bebel lelaki itu.

"Oh ok thank you sir and I'm sorry for bothering you sir." Terbelit belit lidah Rauna nak bercakap bahasa inggeris. Dia ni bukannya tahu sangat Inggeris.

"You face is very beautiful." Gumam lelaki itu seorang diri.

"Ha?" Rauna memandang hairan kearah lelaki itu kerana dari tadi lelaki itu memandang kearah dia tak berkelip.

"What is your name?" Soal lelaki itu yang masih memandang kearahnya.

"Rauna Eryn."

'Eh dah kenapa aku bagitau nama aku kat orang asing ni? Nanti kalau jadi apa-apa macam mana? Ya Allah bodohnya kau Rauna!' Bisiknya dalam hati keras. Rauna menepuk dahinya bertanda menyesal.

Lelaki itu senyum senget melihat gerak geri wanita yang ada didepannya sekarang.

"Oh, thanks." Lelaki terus meninggalkan Rauna seorang diri disitu apabila sudah tahu namanya.

"Hmm ye lah encik sama-sama.." Balas Rauna dengan nada lemah. Menyesal sebab dah terbagi namanya ke orang asing.

"Dah settle dah beli barang? Aik,kenapa ada keropok Super Ring kat dalam troli ni? Bukan ke kau tak suka makan makanan yang manis?" Soal Qayyum Lutfan dan memandang hairan kearah Tengku Rafuan yang kelihatan sedang menahan senyum tiba-tiba terus hilang senyuman dibibirnya.

"Tak ada apalah, saja." Balas Tengku Rafuan malas.

"Ha yela, jom bayar."

"Rauna, dah selesai? Eh, Tok Mal pergi tandas punya lama ambil keropok Super Ring je?"

"Oh tak adalah Tok, tadi ada tikus melompat kat bahu Rauna sebab tu lama." Kelentong Rauna selamba sambil memilih coklat yang ada dirak.

Tok Mal menghela nafas perlahan. Ada-ada saja perangai cucunya ni.

"Woi Raf, kau ni terbiar kan aje keropok tu. Kau nak makan ke tak nak sebenarnya?" Soal Qayyum Lutfan sambil memandang lama kearah keropok Super Ring itu.

Tengku Rafuan menjeling tajam kearah Qayyum. Dengan pantas dia mengambil keropoknya dan membuka plastik keropok terus makan. Tengku Rafuan sambung membuat kerjanya di laptop.

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now