Your Fault || Episode 34

6 0 0
                                    

"A-apa maksud Dato'? Kenapa Dato' batalkan kerjasama kita?"

"Maaf, Encik Zahairi. Disebabkan anak kau batalkan kerjasama dengan anakku juga, jadi aku terpaksa batalkan kerjasama dengan kita juga." Balas Dato' Azhar.

"Please, Dato'. Saya akan pujuk anak bujang saya supaya jadi bawahan Tengku Rafuan lagi, ye?" Dato' Azhar mengeluh perlahan mendengar kata-kata Encik Zahairi.

"Encik Zahairi, encik juga tahu kan kalau Rayyan tu special bagi Rafuan Kyle? Sekarang dah terlambat. Sekali anak saya dah lepaskan orang tu, jangan sesekali anak encik datang balik kecuali kalau Rafuan Kyle minta dia balik."

"Dato', kalau macam tu kenapa Dato' tak suruh Tengku Rafuan datang kat anak saya balik je? Supaya saya dapat kerjasama dengan Dato-" Belum sempat encik Zahairi menghabiskan ayatnya dengan satu nafas, kata-katanya terhenti apabila tatapan tajam menusuk matanya.

"M-maafkan saya Dato'."

"Get out."

'Dasar anak tak kenang budi! Siap kau kalau aku dapat kau Rayyan!' Bisik encik Zahairi dalam hati keras dengan penuh dendam. Disebabkan Rayyan, kompeni milik encik Zahairi terus bankrap.

•••

"Eh, sampai sini je ke?" Zeno memandang ke kiri dan ke kanan, tiada apa-apa yang berlaku ditempat ini.

Will berdiri diam tanpa berkata apa-apa. Will mengetap giginya geram, urat didahi dan dileher timbul menampakkan kemarahannya.

"Kau berani main-main dengan aku ye, Haikal?"

"Will, sabar. Kita tinggal follow dia dari belakang je atau teruskan cari ketua dengan yang lain." Zeno cuba menenangkan Will yang sedang marah besar itu.

"Zeno, kau pegang kompas ni dan terus pergi ke belah timur. Biar aku seorang sahaja settlekan dia." Will mencampak kompas pada Zeno dan terus bergerak ke arah dimana Haikal pergi.

Haikal terus mengorek tanah dengan tangannya sendiri seperti mencari sesuatu tersembunyi dibawah tanah.

"Hah! Jumpa!" Terdapat satu kotak yang besar dan didalamnya seperti ada sesuatu butang merah dan juga biru.

Haikal pun mengangkat kotak itu untuk membawa lari kotak itu dari hutan ini.

Pok. Bahunya ditepuk dari belakang.

"Nak lari mana, baby?"

Buk!

Kotak yang dipegang oleh Haikal itu dijadikan untuk memukul Will.

"Naughty boy..." Tatapan tajam itu menusuk anak mata Haikal.

"Satu langkah kau gerak kehadapan, aku akan tekan butang ni." Will terkaku, butang? Butang apa yang dimaksudkan oleh Haikal?

"Butang apa tu?" Haikal senyum sinis.

"Kau akan tahu selepas kau gerak setapak kehadapan." Will terdiam.

Butang yang dimaksudkan Haikal itu mungkin akan berbahayakan nyawa seseorang. Akan lebih susah untuk menghentikannya.

"Hei, Pinocchio." Panggil Will. Tangannya dibelakang sudah bersedia untuk mengeluarkan pistol dari poket beg kecil yang dipakai di belakang punggungnya

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now