Sesuatu || Episode 10

89 7 0
                                    

Merindukanmu

Ting Tong.

'Haish siapa pulalah yang datang pagi-pagi buta ni?' Bisiknya dalam hati sambil menggaru-garu kepalanya.

Cleck. Pintu itu dibuka setengah dan kelihatan ada seorang jejaka dengan bertopi hitam,mask hitam dan berpakaian hitamnya semua.

"Siapa kau?" Tanya Zayyad dengan nada suaranya garau. Maklumlah orang laki baru bangun tidur..

Lalu jejaka itu pun membuka masknya.

"Haikal. Musuh Rafuan Kyle."

"Haikal mana pulak ni? Haikal Jemy? Haikal Muiz? Haikal Benjol?"

"Haikal je lah..!" Marah Haikal dengan perlahan. Geram pula dia.

"Hodoh siak muka kau. Maaf aku tak kenal kau. Apa urusan kau datang ke sini?"

"Aku nak kau join dengan aku untuk bunuh Rafuan. K-"

"Tak nak." Jawab Zayyad selamba.

Tang! Kepala Haikal seperti dihentak kuat oleh besi. Dia pun musuh Rafuan tetapi mengapa dia menolak tawaran ini?!

"H-ha? Tapi kenapa? Kau dengan aku tak suka Rafuan kan? Apa salahnya kalau kita bersat-?" Terus kata-katanya terhenti apabila melihat tatapan tajam dan bengis dari Zayyad. Mengerikan.

Lututnya tiba-tiba lembik sahaja seperti mahu jatuh menunduk ke bawah.

"Kau fikir aku bodoh ke? Kau dari suruhan Rafuan kan? Aku tak akan terjebaklah." Kata Zayyad. Wajah bengis dan menyeramkan itu masih ditayangkan. Red flag nya!

"Nonono! Tak! Aku bukan anak buah dia! Sumpah! Aku datang sini hanya nak ajak kau bekerjasama dengan aku je." Pantas sahaja dia berkata begitu sambil tangannya diggeleng-gelengkan serta kepalanya.

"I don't care bitch. Kau anak buah dia ke tidak. Aku takkan bantu kau dan kau jangan bantu aku." Bam! Pintu itu dihempas kuat oleh Zayyad hingga bahu Haikal terperanjat. Seram!

Zayyad menghembus nafas panjang dan memicit-micit dahinya.

"Zay?"

"Haduh. Kau nak apa?"

"Siapa datang tadi?" Tanya Jihoon dengan nada perlahan.

"Tak ada siapalah."

"Ye ke tak ada siapa? Sayang call siapa tadi?" Tanya Tengku Rafuan sekali lagi membuatkan Rauna menjadi sedikit rimas.

"Tsk, call abang. Abang Omar." Jawabnya dengan malas. Tengku Rafuan mengangguk kepalanya.

Rauna memandang kearah Tengku Rafuan yang sedang bersiap-siap di depan cermin seperti mahu pergi ke kerja walaupun tanganya tak berapa nak sembuh.

"Kau nak pergi kerja ke?"

"Ye Soleggiato. By the way please call me abang, sayang."

"Nak ikut!" Tiba-tiba sahaja dia berkata begitu membuatkan Tengku Rafuan terkejut. Nak ikut? Really?!

"Ye ke? Buat apa?" Tanyanya pula pada isterinya dengan senyuman manis.

"Nak jumpa Rayyan. Rindulah nak borak dengan dia! Mesti ada Ray kan kat sana?" Terus senyuman yang terukir dibibir Tengku Rafuan menjadi serius. Tak habis-habis Rayyan! Suami kat depan mata tak nak layan.

"Abang tak izinkan."

"Kenapa? Nak ikut! Nak berborak dengan dia je! Rauna rindu kat dia! Dah lama tak-"

"Dia ada banyak kerja, sayang. Jangan ganggu dia." Kata Tengku Rafuan serius.

"Takkanlah hari-hari ada kerja? Kalau dia ada kerja, mungkin besok hari tak ada."

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now