Remember || Episode 13

79 4 0
                                    

'Kuat makan sama macam bapak dia.' Ujar Tengku Rafuan dalam hati sambil merenung lama wajah Rauna yang sedang makan aiskrim itu.

Baru sahaja dia makan nasi di restoran tetapi Rauna masih lapar.

Flashback..

Sap. Sap.

"Aih kau ni bang, aku nak makan aiskrim bukan nak main tangkap tangkap aiskrim!" Bisik Rauna perlahan. Jenuh dia mahu mengambil aiskrim itu tapi tak berjaya.

End of flashback..

"Apa?"

"Linda." Entah mengapa hati lelaki itu berdegup kencang apabila melihat kecomelan Rauna. Nak sahaja dia gigit gigit pipi dengan bibirnya itu. Geram!

Rauna pun malas mahu melayan Tengku Rafuan yang berada disebelahnya.

"Rafuan."

"Yes, mi Soleggiato?"

"Bagitahu aku tentang mak dan ayah." Tengku Rafuan tersentak dan mengeluh. Kenapa dia asyik tanya pasal benda itu?!

Dia sedikit benci apabila teringat kisah dulu yang berlaku pada waktu itu.

"Kau memang tak guna Raf!"

"Aku akan balas balik apa yang kau dah buat kat aku Raf!

..."Raf.."

"Stupido!"

"Kenapa..?!"

..."Raf?"

"Dari dulu aku dah agak.."

"Aku takkan biarkan kau bahagia."

..."Rafuan?"

"Aku percaya kau, tapi kenapa?"

"Rafuan! Kau memang sial!"

"Selepas apa yang kau buat benda ni.. kau dah puas, Rafuan Kyle?"

"Dah puas? Dah puas? Dah puas?"

"Percayalah, selepas kau buat benda yang membuatkan diorang kecewa, diorang tidak akan membiarkan kau mati sendirian."

Duak!

"Aduh!" Tengku Rafuan adu kesakitan selepas bahunya ditumbuk.

"Kau ni kan! Aku panggil dari tadi tak menyaut!"

"I-I'm sorry Soleggiato. Abang rasa tak selesa lah. Kita tak patut cakap pasal benda ni kat tempat macam ni. Lain kali ye?"

"Ck hish.."

'Marah ke? Hmm' Bisiknya Tengku Rafuan dalam hati.

"Sayang, boleh tunggu sini sekejap? Abang nak pergi kedai." Katanya sambil menunjuk kearah kedai itu.

"Pergi jelah." Tengku Rafuan mengukirkan senyuman tipisnya lalu dia pergi.

"Hmm, bosan pula nak menunggu dia. Baik aku pergi jalan-jalan."

Rauna pun pergi dari tempat yang berdekatan dengan kedai itu.

"Cantik juga ya kat sini."

"Ma'am, is this your money?" Panggil seseorang dari belakang. Rauna pun memusingkan tubuhnya kebelakangan untuk melihat siapa yang memanggilnya.

"Oh no, that's not my money." Jawab Rauna.

'Duit aku pun ada kat dompet Raf.'

"Is this right? But.." Jejaka itu terdiam sejenak.

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now