"Rayyan?! Hello? Kau dengar tak aku panggil kau ni?" Panggil Daniel berkali-kali tetapi Rayyan masih tidak menyahut.
"Daniel, Rayyan kat mana?" Tanya Tengku Rafuan.
"Katanya dia di gudang and dia jumpa dengan Lauren Editta yang pernah kau cerita tu." Tengku Rafuan menutup mulutnya kerana terkejut. Habislah Rayyan, harap-harap dia boleh settle dengan perempuan gila itu.
"Kenapa?"
"Tak ada apa. Cepat cari Rayyan. Pasukan yang lain biarkan diorang cari Dr. Omar." Arah Tengku Rafuan.
•••
"Aku kecewa sebab kau lupakan aku, Rayyan." Kata Lauren sambil bermain-main pistol di jarinya.
"Maaf? Kita pernah bertemu ke sebelum ini?"
"Seriously? Baru berapa minggu lepas kita berjumpa sampai kau buat aku luka teruk dengan pedang berharga yang bernama The Citrine Sword Of Life. Aku tahu pedang itu bukan milik kau, nasib aku sedang simpan pedang itu!"
Rayyan menelan air liur kesatnya. Sungguh Rayyan tidak tahu apa yang dikatakan Lauren tetapi cara bicaranya seperti orang yang tahu segalanya tentang pedang yang hilang itu. The Citrine Sword Of Life.
Rayyan perlu mengorek informasi tentang pedang itu lalu bawa kembali pada Tengku Rafuan.
"Ha! Ye, betul. Aku baru ingat. Masa tu kita pernah berlawan kat surau tempat tu. Tak sangka kita dapat berjumpa lagi." Kata Rayyan tenang.
"Oh, baru ingat? Tapi.." Lauren melihat Rayyan atas bawah seperti ada yang tidak kena dengan tubuhnya. Seharusnya dia lebih tinggi tetapi kenapa terlihat seperti agak pendek? Lebar bahunya pun juga amat beza dengan sebelumnya. Cara bercakap, dan suaranya juga lain.
Lauren memerhatikan lebih tajam lagi. Tinggi Rayyan 180cm. Seharusnya tingginya adalah 197cm, tetapi mengapa makin menurun pula ini. Adakah dia salah orang?
"Bagitahu aku, siapa kau sebenarnya. Kau bukan Rayyan yang aku kenal masa itu. Kau menyamar jadi Rayyan kan?"
'alamak, lakonan aku tak jadi ke?' bisik Rayyan dalam hati dan cuba untuk tenang.
"Aku Rayyan, kau tak dengar ke kawan aku ada panggil aku nama Rayyan tadi?"
"Itu nama panggilan je kan? Jujurlah dengan aku, kau bukan Rayyan, mana Rayyan yang sebenar?!"
"Kat sini." Lauren memandang lelaki tinggi yang berada disebelah kiri itu yang sedang memeluk bahu Rayyan dan juga lelaki yang berada disebelah kanan Rayyan.
"Siapa Rayyan?" Tanya Lauren lagi.
"Kau pekak ke? Aku cakap Rayyan tu aku." Lauren pandang tajam kearah lelaki yang masih memeluk bahu Rayyan itu dengan riak wajah kosongnya dilemparkan pada Lauren.
Jelas kalau dia itu adalah Rayyan yang dia kenal pada masa itu. Tingginya betul-betul 197cm.
"Tengku, apa maksudnya ni?" Bisik Rayyan pada Tengku Rafuan.
"Shh, kau tengok je."
"Kau kenal Damian?" Tanya Tengku Rafuan.
"Damian yang kau anggap pengkhianat tu ke? Of course aku kenal dia. Aku sangat berterima kasih dengan dia sebab tolong bawakan pedang The Citrine Sword Of Life tu."
"Selagi aku minta baik-baik lebih baik kau pulangkan semula pedang tu pada pemiliknya." Kata Tengku Rafuan dengan nada suara yang agak garau.
"Pfft, HAHAHAHA! Hei, kau fikir aku tak tahu ke? Kau bukan pemilik sebenar dari pedang itu. Dan apa yang kau katakan tadi, betul. Aku nak pulangkan semula pedang ini pada pemilik asal. Kau bukanlah orangnya!"
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Mystery / ThrillerTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...