Pertarungan || Episode 9

157 14 0
                                    

Waktu kamu masih sekolah rendah
Belum kau kenal apa itu bercinta

Yang engkau tahu cuma bermain sahaja
Maklumlah baru darjah lima

Tiba masanya aku sekolah menengah
Dengan tiba-tiba ku telah jatuh cinta

Dengan seorang gadis yang berkaca mata
Comel orangnya dan jelita

Bila ditanya siapakah namanya
Rileks dia berkata bahwa Sherron namanya

Aduh manisnya cantik sangat orangnya
Membuat kau tergila-gila

•••

"Ish, lama betul bakal isteri nak sampai nya. Mesti kahwin lari kan?"

"Hm betullah tu agaknya. Aku dengar cerita, perempuan tu kena kahwin paksa dengan Tengku Rafuan."

Makcik-makcik yang sedang duduk sambil menunggu perkahwinan ini bermula mengumpat pasal bakal isteri Tengku Rafuan. Tengku Rafuan yang sedang berbincang dengan daddy nya masih memantau makcik-makcik bermulut bawang tu. Nasib dekat majlis perkahwinan kalau tidak terus masuk tanah terus.

"Tak apa Raf, Raf duduk dulu. Tunggu sampai Rauna sampai ye." Dato' Azhar sudah tahu apa yang ada di fikiran anak sulungnya apabila dia mendengar perbualan makcik bawang itu.

Tengku Rafuan hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

"Dah berapa lama ni tak sampai sampai pengantin perempuan? Haish."

"Kahwin lari lah tu! Dia kan tak suka dengan anak Dato' Azhar. Baik Tengku Rafuan kahwin je dengan anak aku yang sorang tu, lagi sesuai."

Nak termuntah rasanya apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut makcik itu. Tengku Rafuan seperti sudah hilang sabar, baru sahaja dia ingin mengambil pistol di belakang poket seluarnya tiba-tiba...

"Eh! Pengantin perempuan dah sampai! Masyaallah cantiknya."

"Ya Allah, cantiknya. Memang patut Tengku akan jatuh cinta dengan dia."

Di dalam dewan itu terus menjadi riuh setelah melihat Rauna yang cantik itu sudah masuk dan menuju kearah bakal suaminya.

"Huhuhu, kawan aku dah kahwin. Aku bila agaknya ye?" Kata Damia sambil mengelap air matanya yang berada sedikit di belakang Rauna. Rauna menghela nafas perlahan.

"Hiks, dah besar adik abang yang sorang ni. Jaga suami elok-elok tau. Jangan buli suami tu." Omar menahan air matanya dan mengelap matanya.

"Eleh, bukannya cantik sangat pun! Entah-entah cantik tapi perangai buruk." Kutuk Alina sambil berbisik dengan kawannya.

"Itulah tu. Macam mana Raf boleh jatuh cinta dengan betina tu? Kalau tengok muka dia, aku tak pernah langsung nampak muka dia. Kau kenal tak?"

"Tak. Aku tak kenal langsung siapa betina yang merampas Rafuan dari aku! Aku akan pastikan selepas diorang berkahwin, aku akan buat diorang bercerai dan Raf akan kahwin dengan aku." Sinis Alina. Gwen pun hanya mengangguk setuju dengan idea Alina.

"Aku setuju sangat-sangat! Tak apa, akan bantu kau unt-"

Clack! Gwen dan Alina terkaku apabila merasa ada pistol yang berada di bahagian belakangnya.

"Kalau kau berani buat macam tu, siap sedia untuk pergi ke neraka." Kata Tengku Alex. Tengku Alex merupakan sepupu kepada Tengku Rafuan. Mereka sedikit rapat dan tidak selalu nampak mereka seperti sepupu pun ada.

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now