"What?! Apa maksud Raf? Raf nak ceraikan isteri Raf?! Kenapa, cuba cerita apa yang terjadi.." Hampir terkena serangan jantung Datin Nabila mendengar kata-kata anak sulungnya.
"Raf nak dia bahagia, my.. Raf tak nak tengok dia menderita.." Sebak hati Datin Nabila dan Dato' Azhar mendengarnya.
"Raf. Kalau Raf nak tengok Rauna bahagia, Raf patut bahagiakan dia." Kata Dato' Azhar pula.
"Dia tak bahagia dengan Raf my, dy." Perlahan air mata mengalir keluar membasahi pipi. Ini pertama kalinya Datin Nabila dan Dato' Azhar melihat anak sulungnya menangis kerana cinta.
Datin Nabila memeluk tubuh Tengku Rafuan dengan penuh kasih sayang dan mengelap air matanya.
"Tak apa. Mummy faham apa yang Raf nak buat, tolong settlekan elok-elok ye pasal ni? Mummy tak nak tengok anak mummy sedih sedih macam ni, ye?"
Tangisan Tengku Rafuan semakin kuat dan air mata lebatnya semakin membasahi pipi.
"Jujur.. Raf tak nak lepas..kan Rauna.. Raf cuma tak sanggup tengok.. dia macam tu disebabkan Raf.."
Tengku Wafiyah dan dua orang abang kembarnya hanya memerhatikan drama air mata abang sulungnya dari tangga.
"Kenapa Kyle menangis?" Soal Tengku Aryanz dengan matanya terbeliak. Ini pertama kalinya dia melihat abang sulungnya menangis.
"Manalah aku tahu. Wafiy, kau rasa sebab apa Kyle menangis?" Tanya Tengku Mikael pula pada Tengku Wafiyah.
"Nanti aku try tanya." Balas Tengku Wafiyah. Dia seorang sahaja anak perempuan bungsu yang berani bertindak apa-apa pada Tengku Rafuan.
Tengku Rafuan mengelap kesat air matanya lalu hendak keluar dari rumah itu. Tengku Wafiyah diam diam mengikuti Tengku Rafuan dari dalam rumah hingga keluar rumah.
"Raf!" Belakang Tengku Rafuan ditepuk.
Tengku Rafuan berhenti sejenak lalu berjalan melepasi adik bongsunya.
"Weh, aku panggil kau ni. Pekak ke?"
"Kau nak apa, Wafiy?" Tengku Wafiyah masih mengikuti Tengku Rafuan hingga keluar gate rumah.
"Asal kau nangis? Bagilah tahu aku, mana tahu aku boleh to-"
Pang!
Kuat bunyi tamparan melekat di pipi Tengku Wafiyah itu. Geram kerana bercakap tanpa berfikir suasana dahulu.
"Kau kenapa tampar aku?!"
"Kau tak reti tengok suasana ke? Lebih baik kau tak payah masuk campur. Kau pergi masuk dalam rumah, sekarang!" Arah Tengku Rafuan tegas.
Baru Tengku Wafiyah hendak berjalan masuk ke dalam rumah dengan wajah bengisnya, tiba-tiba...
KABOOM!!!
...
"The latest news, there is a house in the ****** area suddenly exploded causing many nearby residents to worry. Then..."
PRANG!
Remote TV di campak ke TV yang sedang siaran langsung tentang sebuah rumah yang meletup secara mengejut.
"Which idiot blew up Dato' Azhar Shah's house?" Tanya Zayyad bengang apabila mendengar berita itu.
Jihoon panik tidak tahu mau berbuat apa. Laju tangannya menekan sesuatu di tabletnya.
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Mystery / ThrillerTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...