"Omar, bagitahu aku apa yang terjadi dekat Rauna?" Tanya Tengku Rafuan yang sedang gelisah kepada Rauna yang sedang terbaring lena diatas katil wad.
"Tengku, apa kata kita bincang kat luar dulu. Takut Eryn bangun nanti."
"Rauna akan sedar kan?" Tanya Tengku Rafuan lagi. Omar mengangguk.
Mereka berdua pun keluar dari bilik wad dan meninggalkan Rauna keseorangan didalam bilik itu.
...
"Tok Mal, ni siapa?"
"Ini kawan Tok Mal. Namanya Raja Archie Noah. Cakap hai." Jawab Tok Mal.
"Wow! Raja? Hai Raja Archie!" Sapa Rauna dengan polosnya sambil menunduk hormat seolah-olah Raja Archie adalah Raja di negara ini. Archie yang melihat gerangan Rauna yang masih berumur 4 tahun ini hanya tersenyum manis.
"Cucu kau sangat comel. Aku harap dia boleh duduk bersamaku." Kata Archie. Tok Mal hanya ketawa kecil mendengar kata-kata sahabatnya.
Raja Archie melutut dihadapan Rauna dan memandang lama anak mata Rauna.
"Kau sama macam mak kau." Kata Archie pada Rauna.
"Raja pernah jumpa mak? Rauna teringin sangat nak jumpa dengan mak." Tok Mal terdiam seketika apabila anaknya Hawani Zarah disebut. Bibirnya yang tadi tersenyum lebar terus menghilang.
Cup. Dahi lembut Rauna di cium kemas oleh Archie. Rauna terkaku.
"Jadilah seperti mak kau. Jangan jadi macam atok kau, Capisci?" Sempat lagi Archie menyindir Tok Mal yang disebelahnya dan menjeling sedikit kearah Tok Mal dengan buat muka tak bersalah.
Tok Mal terdiam sambil menggepal penumbuknya. Archie tersenyum sinis apabila melihat reaksi Tok Mal itu.
"Kenapa tak boleh jadi macam Tok Mal?"
"Sudah. Jom balik, kita makan sama-sama dengan abang Omar." Tok Mal sengaja memotong pembicaraan Archie dan cucunya.
Wajah Archie menjadi beku dan dingin apabila Tok Mal memotong pembicaraannya. Dia sungguh tidak suka orang yang seperti itu ketika dia sedang bicara. Mahu sahaja dia membunuh sahabatnya.
"Alla prossima volta." Archie memakai spek matanya dan menyuruh pengawalnya untuk membawa Raja Arthur masuk ke dalam kereta untuk balik kerumah.
Bagaimana Rauna boleh berjumpa dengan Raja Archie Noah? Kerana Tok Mal tertinggal sesuatu di tempat permainan kanak-kanak disitu. Jadi disitulah Rauna dapat berjumpa dengan Raja Archie Noah.
...
"Rauna! Wake up!" Terbeliak biji mata Rauna, terus hilang rasa ngantuknya dari tidur lelap.
"I'm sorry for making you like this. I just want to explain something important. Again, I'm sorry that I did something stupid because I kidnapped you to explain an important story about your husband." Jelas Arthur dengan nafasnya tercungap-cungap.
Culik? Rauna sudah muak dengan namanya culik. Dia sungguh tidak suka diperlakukan begitu. Rauna memandang wajah Arthur yang ditutupi oleh mask.
"I'm sorry again.."
"Stop, Arthur. Bagitahu saya apa yang penting sangat pasal dia sampaikan awak kena culik saya bagai." Rauna merasa sedikit tidak selesa kerana Arthur terlalu rapat dengannya. Mata Rauna dan Arthur bertentangan.
Kaki dan tangan Rauna tidak diikat. Jadi, dia ada peluang untuk melarikan diri jika Arthur mempunyai niat buruk padanya.
Tetapi Rauna juga perlu berhati-hati kerana mungkin pengawal peribadinya sedang menjaga Arthur diam-diam.
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Mystery / ThrillerTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...