"Rauna, pergilah ke Italy. Mak ada kat sana."
"Mak kat sana Rauna.."
"Dia tak elok un..tu.k Rauna, sayang. Percaya Mak ye." Pesan Puan Hawani Zarah pada anak bongsunya sambil mengusap pipi Rauna. Rauna tidak dapat berkata apa-apa kerana mulutnya terkunci rapat dan hanya mampu mengalirkan air matanya.
"Bunuh laki itu ya Rauna." Selepas sahaja dia berkata begitu terus dia menghilang seperti abu-abu.
"Mak? Mak! Jangan pergi!"
"Please kill Ra..f.."
"Mak?!" Rauna terbangun dari mimpinya yang selalu datang semenjak semalam. Dia menengok ke kiri dan melihat abangnya Omar sedang nyenyak tidur.
Setiap malam Rauna memang selalu melarikan diri dari rumah Tengku Rafuan dan tidur di rumah abangnya. Rauna tidak pernah langsung tidur bersama suaminya kerana dia tidak mahu.
Rauna masih bingung, mengapa maknya yang berada dalam mimpi itu menyuruh dia membunuh siapa? Tanpa fikir panjang dia pun kembali tidur untuk menghilangkan penatnya.
'Ck, tak boleh tidur pula.'
Dia pun bangun dengan rambut serabainya itu dan bersiap-siap pakai tudung untuk pergi kerumah Tengku Rafuan dengan menaiki motor Kawasaki Ninja H2R yang dibeli oleh abangnya.
Sesampai sahaja di rumah, dia pun bergegas pergi ke bilik Tengku Rafuan sambil memegang erat gunting ditangannya.
Dia pun membuka pintu bilik itu dan melihat Tengku Rafuan sedang tidur nyenyak.
"Hoam.. hmmp." Dia menggosok-gosok matanya dan kemudian bangun. Tengku Rafuan melihat kearah jam yang sudah pukul 7:21pg.
Lelaki itupun bangun dari katilnya sambil menggosok tengkuknya. Tiba-tiba dia terasa sedikit botak dibelakang tengkuknya dan hairan. Dengan pantas dia pergi ke bilik air dan memandang cermin.
"What the duck?" Katanya sambil melihat dirinya sendiri di cermin dengan rambutnya yang pendek.
"Siapa punya kerja ni yang potong rambut aku sampai pendek?! Takkan pembantu rumah kat sini kut? Padahal waktu malam aku selalu tidur sorang." Katanya lagi sambil menggosok-gosok kan lagi rambutnya keatas kebelakang.
32 minit kemudian...
"Okay I think dah elok kut?"
'Haih elok-elok rambut aku dah panjang sikit ni tiba-tiba pendek. Habis kotor katil aku penuh ramb- wait a minit. Rauna?'
Masing-masing terkebil-kebil memandang Tengku Rafuan yang sedang berjalan kearah Gulfstream g650 Private Jet itu manakala Rauna hanya menunjukkan reaksi seperti tiada apa-apa berlaku dan tanpa ada rasa bersalah selepas diam-diam menggunting rambut Tengku Rafuan.
Wajah beku itu ditayangkan supaya tiada siapa yang berani memandangnya.
"Eh anak mummy dah sampai- hah? Sejak bila Raf potong rambut?" Tanya Datin Nabila.
"Oh.. ini-"
"Ini sebab dia nak potong rambut dia untuk tunjuk kat mummy, daddy and isteri dia yang Raf dah potong rambut. Saja nak minta dipuji." Temberang Rauna selamba. Datin Nabila dan Dato' Azhar meng-oh kan aje.
Tengku Rafuan pun mengangguk kepalanya sambil senyum palsu. Terpaksa.
'Sejak bila ketika masa pula nya aku buat macam tu?' Bisik Tengku Rafuan dalam hati dan senyuman palsunya masih ditayangkan.
"Hati-hati ya naik jet ni. Raf, jaga Rauna elok-elok. Faham?" Tegas Dato' Azhar memberi arahan kepada Tengku Rafuan.
"Zay.. Zay. Bangun bangun."
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Mystery / ThrillerTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...