"Raf, I cintakan you and I nak kahwin dengan you. Please terima I Rafuan." Rayu Alina sambil memegang lengan tangan Tengku Rafuan.
Tengku Rafuan memandang jijik kearah Alina yang sedang merayu sambil memegang lengan tangannya. Tengku Rafuan menarik tangannya dari genggaman Alina.
"Aku tak nak kahwin dengan perempuan murahan macam kau ni. Boleh memalukan keturunan aku kau tahu tak?" Balas Tengku Rafuan. Baru sahaja dia ingin meninggalkan perempuan itu, Alina baru sahaja ingin mencapai tangan Tengku Rafuan kembali terus di tepis kasar.
"Sampai hati you buat I macam ni Rafuan! I akan report kat daddy you!" Jerit Alina.
'Bingit bangsat. Hampir pecah gegendang telinga aku dibuatnya. Tukang ngadu!' Marah Tengku Rafuan dalam hati.
"Pick me bodoh betina tu. Ada hati nak dijadikan isteri? Euw jijik sumpah." Kata Qayyum yang sedang mengikuti Tengku Rafuan dari belakang.
Tengku Rafuan hanya diam dan terus melangkah jalan untuk pergi ke bilik officenya.
"Wah, banyaknya medal kau Rauna! Dah berapa banyak kali kau menang ni?" Tanya Damia. Matanya masih mengilau ngilau melihat medal yang banyak tergantung di dinding bilik Rauna.
"Hmm, tak adalah banyak sangat. Tu medal pertandingan lumba lari,lompat tinggi,lompat jauh,lontar peluru,lari 4 kali seratus dan silat."
"Gila kau tak banyak. Banyaklah tu!"
Rauna ketawa kecil melihat Damia yang sedang pegang medal dan piala milik Rauna yang tergantung di dinding dan di atas meja biliknya itu.
"Dah dahlah tu main barang aku. Nanti rosak macam mana? Dah jom kita study sebab besok nanti cikgu Zubir nak soal kita."
"Sorry doh kalau aku terlebih pegang barang kau ni. Tapi sumpah aku cemburu gila kat kau. Semua benda kau boleh buat siak!"
Rauna mengurut dahinya. Macam macamlah kawan dia sorang ni! Pening kepalaku dibuatnya.
Sedang melihat lihat medal milik Rauna tiba tiba Damia perasan ada patung beruang yang ada diatas katil Rauna.
"Eh,tu kan patung Glamrock Freddy! Comelnya! Mana kau beli doh?" Damia terus mencapai patung Glamrock Freddy itu.
"Oh,Ray bagi." Jawab Rauna dengan nada perlahan.
"Ni mesti hadiah yang dia bagi sebelum dia tinggalkan kau. Betul?" Soal Damia kembali.
Lambat lambat Rauna hanya mengangguk kepalanya perlahan. Damia perasan riak wajah Rauna terus bertukar lemas. Lesu.
"Maaflah aku buatkan kau teringatkan dia balik."
"Tak apalah. Aku okey je."
"Oh yes anyways jom study!"
"Ye cepat sikit study tu. Nanti aku nak latihan dengan Coach aku."
"Ye,ye aku tahu."
Rauna meminta izin pada Tok Mal untuk pergi ke Cafe yang dia selalu pergi dan Tok Mal membenarkannya untuk pergi ke Cafe itu.
Rauna keluar dari rumah dan bergegas pergi ke Cafe itu. Rindu nak minum air favoritenya juga!
Setelah sampai di Cafe itu terus Rauna membeli air Chocolate AiRing yang dia selalu minum di Cafe itu.
"Oh ye bang. Saya nak tambah Espresso juga tau."
"Eh,tumben order Espresso? Espresso apa yang Rauna nak?"
"Apa-apa je. Rauna tak kisah."
"Hmm yela."
Setelah siap membeli airnya Rauna duduk di meja yang selalu dia duduk di meja yang berada di sebelah counter. Dah macam sarang dia pun ada!
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Gizem / GerilimTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...