Haikal terjaga dari tidur nyenyaknya. Mata digosok lalu membuka matanya. Terlihat sesuatu yang seperti memperhatikannya.
"Siapa tu?"
"Hantu."
"Hah?! AAGH-!" Mulutnya ditekup dengan kain untuk membuatkannya berhenti menjerit.
"Shh!" Haikal menggangur kepalanya laju kerana dia agak ketakutan.
"Bagus."
"Kau siapa?"
"Will." Haikal mengangkat sebelah keningnya. Sesenang itu je dia bagitahu identitinya?
"Kau nak apa dari aku?"
"Satu je aku nak. Mana tempat persembunyian Zowl?" Haikal cuba mengingatnya kembali.
"Oh! Zayyad ke?"
"Jangan jerit!" Dahi Haikal dijentik.
"Yelah, yelah!"
"Bagitahu aku cepat."
"Sabarlah, bagilah aku bangun dari katil, berapa lama kau nak duduk kat atas riba aku? Ada kat laci meja aku tu." Kata Haikal sambil menunjuk kearah meja kerjanya.
"Tak payah bangun. Biar aku je yang ambil." Will pun bangun dari atas riba Haikal untuk mengambil sesuatu yang dikatakan Haikal didalam laci mejanya.
'Senang-senang je eh kau kena tipu dengan aku?' Haikal diam-diam mengambil pisau dibawah bantal tidurnya dan perlahan-lahan mendekati Will.
Shaak!
"Aark!"
"Berani eh kau main-main dengan aku? Aku tahu benda tu tak ada kat laci meja kau. Bagitahu aku sekarang!" Haikal tetap diam. Pisau tajam yang menikam tangannya itu ditekan dengan kuat.
"Ergh!" Will menutup mulut Haikal dan hanya diam sambil melanjutkan kerjanya. Pisau itu makin ditekan dengan kuat.
"EEMGH!!" Lutut Haikal menendang perut Will untuk menghentikan tindakan Will.
"Aaah.. berani kau eh lukakan aku? Aku takkan bagi mana tempat persembunyian Zayyad!"
Will berdecit. Geram kerana tidak dapat apa yang dia nak. Susah-payah dia menyusup masuk ke tempat ini, takkan dia nak balik dengan tangan kosong?
Nafas dihembuskan dengan perlahan. Lalu memandang tajam kearah Haikal.
"Haikal, aku tahu kau nak berkerjasama dengan Zowl sebab kau berdendam dengan Kyle, jadi tolong bagitahu mana keberadaan Zowl dan aku akan bantu kau dapat kerjasama dengan Zowl."
"Kau fikir aku mudah kena tipu ke?!" Pisau yang masih berada ditangannya dicabut lalu Haikal berlari pantas kearah Will untuk menyerangnya.
Tangan Haikal dipegang erat membuatkan pisau yang berada ditangannya terlepas lalu Will membalikkan tubuh Haikal.
BAK! Hentakan kuat itu membuatkan hampir seluruh kawasan itu berbunyi. Nasib baiklah Will sudah memberi asap tidur pada semua tank penjaga seluruh kawasan ini.
"ARGH!" Pinggang belakang Haikal seperti ingin retak akibat serangan Will terhadapnya. Rambut perang Haikal digenggam oleh Will.
"Selagi aku minta baik-baik, lebih baik kau bagitahu sahaja. Straigth to the point!"
"Aku tak.. nak!" Will terdiam dengan wajah kosongnya.
"Okey, baby. Tak apa."
Sekali lagi Will melakukan benda yang sama pada Haikal kerana Haikal masih berdegil tidak memberi tahu tentang keberadaan Zayyad.
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Mystery / ThrillerTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...