Jumpa Kembali || Episode 6

170 16 0
                                    

Sudah 5 tahun berlalu, umur Rauna pun sudah meningkat dewasa. Abangnya Omar Zaril sudah pun bekerja sebagai seorang doktor di Hospital The AS.

Manakala umur Tengku Rafuan pula sudah pun makin meningkat. Tetapi dia masih lagi belum kahwin. Daddynya sentiasa membebel pasal perkahwinan.

Dato' Azhar tidak kisah anak sulungnya mahu berkahwin dengan sesiapa tetapi Dato' Azhar berharap bakal menantu nya akan jadi orang yang lebih baik dari bekas isteri Tengku Rafuan.

"Semua bersiap sedia untuk pergi Malaysia esok. Mungkin dalam beberapa tahun kita akan duduk kat sana. Daddy nak korang semua jaga adab dan jangan buat hal." Semua hanya mengangguk kepalanya setuju. Tengku Rafuan pula hanya menayangkan wajah kosong.

'I think you are happy with your dear partner. But it's okay, I'll make sure you'll be mine.' Bisik Tengku Rafuan dalam hati. Wajah kosongnya masih ditayangkan supaya tidak menarik perhatian daddynya.

"Hai, sayang." Sapa Farhan sambil melambai-lambai tangannya.

"Hai juga." Rauna juga turut melambaikan tangannya.

"Nah, saya ada belikan air Chocolate kegemaran sayang." Farhan menghulurkan air Chocolate yang ber cream itu.

Rauna mengambil air Chocolate itu dan terus menghirup air itu. Sedapnya!

"Terima kasih sayang!"

"Iya, sama-sama."

Mereka berdua berjalan bersebelahan tidak terlalu rapat. Ramai mata yang memandang kearah mereka berdua. Perempuan tercantik di U ini dan lelaki terhensem'?' di U ini dah berpacaran selama 5 tahun.

Ramai jugalah yang puji mereka berdua pasangan yang amat serasi dan ada juga sesetengah manusia yang cemburu melihat pasangan mereka berdua bermesra. :b

"Oh ye sayang, kita ni dah 5 tahun berpasangan. Apa kata kalau selepas kita habis belajar, saya nak kahwin dengan sayang. Sayang sudi tak?" Tiba-tiba sahaja Farhan berborak pasal itu. Pipi Rauna sudah pun jadi merah kerana malu.

"Nanti saya fikirlah ye?" Farhan memandang sekilas kearah Rauna. Farhan mengangguk bertanda setuju.

"Hoi Rauna!" Sergah Damia sambil menepuk bahu Rauna. Tersedak Rauna sambil makan keropok Super Ring nya.

"Kau ni kan, tak ada salam tak ada sejahtera. Tiba-tiba sergah aku macam tu, tersedak tahu tak!" Marah Rauna. Damia hanya menggaru kepalanya dan duduk bertentangan dengan Rauna.

"Hehe, maaf lah weh. Aku terlampau excited sangat tadi kut."

"Ha, kau nak apa datang kemari cik Damia oi?"

"Oh ye! Kau sabar jap!" Damia meraba raba didalam begnya itu mencari sesuatu.

Damia mengeluarkan telefon miliknya dan membuka galeri.

"Nah, kau tengok ni." Damia menunjukkan telefonnya kearah Rauna. Rauna nampak didalam gambar Farhan seperti sedang bermesra dengan Amirah. Musuhnya dari sekolah menengah.

Bagaimana Farhan boleh bermesra dengan Amirah sedangkan dia tahu yang Rauna bencikan dia dan Farhan pun bencikan Amirah.

"K-kenapa boleh macam ni? Padahal dia tahu yang aku dengan dia bencikan..."

"Rauna.. aku dah cuba untuk bagitahu kau pasal benda ni, tapi kau asyik mengelak dan kau asyik berkepit je dengan Farhan tu." Damia mengeluh panjang.

"And kau ingat tak masa sekolah menengah dulu? Aku dah bagitahu kau yang Farhan nak mempermainkan kau tapi kau tak percaya apa yang aku cakap sebab kau cintakan dia dan aku tak ada sebarang bukti apa-apa pun." Sambung Damia panjang lebar. Damia meletakkan telefonnya diatas meja dan pandang wajah Rauna yang kelihatan lesu.

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now