I've been too busy ignoring and hiding
About what my heart actually sayStay awake while i'm drowning on my thoughts
Sometimes a happiness is just happinessI never been enjoy my serenity
Even if i've got a lot of companyThat makes me happy
Soul try to figure it out
From where i've been escapin'Running to end all the sin
Get away from pressureWondering to got a love that is so pure
Gotta have to always make sureThat i'm not just Somebody's Pleasure
♪
"Dah puas termenung? Soleggiato."
∆~∆
{•^ •} ~•••
"Emm, abang." Kata Rauna sambil bermain dengan jarinya.
"Ye Rauna?"
"Rauna.. Rauna nak k-kahwin." Balas Rauna dengan gagap. Wajahnya hanya menunduk bawah. Omar tersenyum nipis.
"Okey." Rauna pandang wajah abangnya. Semudah itu? Nani?
"Okey je?"
"Ye lah. Habistu abang nak kena buat apa?"
"S-semudah itu je?" Omar mengangguk kepalanya perlahan. Mulutnya masih mengukir senyuman tipis.
"Tok Mal dengan abang dah lama bincang pasal ni sebenarnya. Rauna je tak tahu. Rauna kena kahwin dengan Tengku Rafuan Kyle betul?"
'Ha? Tengku?'
Rauna mengangguk kepalanya juga.
"Dah besar adik abang sorang ni." Omar mengusap kepala adiknya lembut seperti kucing.
Rauna masih bingung. Apa yang telah jadi sebenarnya? Mengapa Tok Mal suruh dia berkahwin dengan lelaki itu? Yang paling peliknya, apa yang dah jadi dengan Tok Mal sebelum dia ke hospital. Mengapa lelaki itu tidak menolongnya?
Apa yang dah jadi sebenarnya? Kenapalah dia perlu berkahwin dengan mamat yang baru sahaja dia mengenaliku.
"Hei." Panggil Rauna.
"Soleggiato?"
"Tolong cerita apa sebenarnya yang berlaku."
"Tak mahu." Jawap Tengku Rafuan selamba. Rauna mencebik. Geram!
"Bagilah tahu aku elok-elok!"
"Soleggiato, kita dah sampai. Meh aku bawa kau jumpa mertua kau." Tengku Rafuan mengabaikan soalan yang sering diberi oleh Rauna.
Mereka pun keluar dari perut kereta tetapi Rauna menghempas pintu kereta sedikit kuat.
"Hei! W-"
"Ops, sorry?"
Tengku Rafuan mengeluh perlahan,sabar. Bakal isteri aku ni!
Lalu mereka pun masuk kedalam rumah tersebut.
Dia boleh nampak seperti ada pembantu rumah yang berdiri didepan pintu itu untuk menjenguknya masuk.
"Eh, dah sampai dah?" Terus Datin Nabila menuju kearah mereka berdua.
YOU ARE READING
Secret For You: Dia Hanya Untukku!
Mystery / ThrillerTengku Rafuan Kyle & Rauna Eryn Rauna Eryn seorang yang berani hadap sesiapa pun walaupun pangkat orang itu lebih tinggi daripadanya. Pada masa yang sama dia juga mudah kasihan kan orang dan baik hati. Rauna Eryn tinggal bersama Tok Mal dan Omar Zar...