Something Wrong || Episode 31

5 0 0
                                    

"Zay, Arthur dan kesemua bawahannya termasuk pembantu rumahnya sudah mati."

"Tak sangka pula aku si budak tu menggelabah sangat, kan dah pergi ke underground." Kata Zayyad selamba sambil tersenyum sinis.

"Benda tu terjadi sekali lagi, Zay." Zayyad memandang wajah Jihoon tidak percaya. Macam mana boleh jadi?

"How?"

"Maybe Puan Rauna kurang rehat, dan terlalu stress."

"Itu je?" Jihoon menggeleng.

"Semenjak kebelakangan ini saya memerhatikan seperti ada sesuatu yang pelik pada Puan Rauna." Kata Jihoon lagi sambil membelek-belek kertas yang terdapat informasi tentang Rauna dan juga orang terdekatnya.

"Apa benda yang pelik?"

"Setiap malam..."

...

"Eryn.. makanlah.. macam mana nak sehat kalau tak makan?" Omar mahu menyuapkan bubur nasi ke mulut Rauna tetapi mulut Rauna terkunci rapat. Bibirnya kering dan wajah Rauna juga pucat semenjak kenangan buruk itu berlaku.

"Eryn.." Panggil Omar. Rauna tidak menyahut.

Rauna langsung tidak membuka suaranya walaupun dengan abangnya dan juga kawan. Mangkuk yang berisi bubur nasi diletakkan keatas meja bersebelahan dengan katil wad.

"Kalau Eryn lapar, makanlah ye." Omar bangun dari duduknya kemudian keluar dari bilik wad.

"..."

"Haha..."

Sehelai kertas yang telah dilipat berbentuk kapal terbang melayang masuk ke dalam bilik wad dari arah tingkap yang terbuka luas itu. Rauna menangkap kertas itu dan membukanya.

Tidak lama kemudian Rauna membaca isi surat itu, bibir Rauna mengukir senyuman nipis apabila membaca isi surat ini.

"Dear, Rauna. Bacalah surat ini dengan teliti. Kerana aku tak mahu kau tertinggal sepatah perkataan yang ku tulis di kertas ini.

Aku tahu kau sedang sangat sedih kerana kehilangan orang yang kau sayang. Jika kau bersedih seperti itu, aku juga turut sedih bersamamu kerana kau sama denganku.

Aku sangat-sangat ingin memelukmu, menenangkanmu dan juga membantumu didepan matamu, tetapi belum saatnya lagi. Kau harus menungguku tiba atau aku akan pergi untuk selamanya (sekali lagi).

Tetapi jika masih kau tidak dapat berjumpa denganku, bermaksud aku sudahpun tiada untuk selamanya. Aku melakukan ini semua hanya untuk dirimu. Jagalah dirimu baik-baik. Aku sentiasa memerhatikanmu dari jauh.

♡by: Il tuo eroe♡"

•••

"Oh my.. nampaknya hubungan mereka berdua makin lama makin memburuk ye. Well baguslah, itu yang kita nak." Kata seorang gadis yang dipanggil sebagai Rudy itu sambil tertawa kecil.

Sekumpulan orang itu sedang berkumpul dan juga sedang menunggu ketua untuk tiba di tempat dimana mereka berada iaitu di kawasan rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali orang yang tertentu sahaja.

Pintu automatik terbuka apabila seseorang sedang berjalan memasuki ruangan yang besar dan luas tersebut.

Keempat-empat orang yang sedang menunggu ketibaan ketua pun bangun dari duduk dan menyambut kedatangan ketua.

"I heard the news about my cousin. What happened to him?" Tanya ketua.

"Dead." Jawab seorang lelaki yang dipanggil sebagai Will.

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now