Remember Last Time? || Episode 33

10 0 0
                                    

"Ini tempatnya? No wonder kita susah nak jumpa." Kata Ariel. Matanya memerhati seperti ada beberapa penjaga yang sedang menjaga markas itu.

"Cuba perhatikan bahagian belakang itu. Kemungkinan ada bawah tanah kat bawahnya." Kata Rudy pula di Walkie-talkie.

"Dalam kiraan tiga, kita serbu." Arah 'Zadd sebagai ketua kumpulan LeoBra.

1..

2..

3!

•••

Sekali lagi hantaran kertas yang dilipat menjadi kapal terbang di bagikan kepada Rauna yang masih berada di wad. Tetapi kali ini kertas itu berwarna merah.

Kertas yang dilipat itu dibuka untuk membaca isi suratnya.

'Today is 19 July, remember?'

Rauna jadi teringat pada masa lalunya yang pernah menerima surat misteri. Itu adalah tarikh dimana mak dan ayahnya meninggal.

"Apa maksudnya?" Perlahan kata itu meniti di bibirnya.

Daun pintu dikuak dari luar dengan perlahan.

"Soleggiato.."

Tepat pada masanya Tengku Rafuan masuk. Rauna menahan rasa rimasnya untuk menanyakan hal ini.

"Raf.." Laju kepalanya menoleh kearah Rauna yang sedang memanggilnya tadi.

Rauna memberi isyarat tangan supaya Tengku Rafuan datang mendekatinya. Kaki melangkah setapak demi setapak mendekati isterinya.

"Ye, sayang?"

"Apa yang terjadi pada 19 July?" Tanya Rauna.

Mata saling bertentangan. Suasana menjadi hening. Tengku Rafuan mengambil pistol dari poket seluarnya dan menembak kearah luar tingkap. Rauna yang melihat tindakan Tengku Rafuan itu terkejut sambil menundukkan kepalanya kebawah.

Bang!

Kertas berwarna merah sempat masuk ke dalam bilik tetapi ditembak oleh Tengku Rafuan. Kertas yang masih melayang itu sempat diambil oleh Tengku Rafuan.

Kertas yang tadinya di tembak dibuka.

"Seems like you already know who I am. Jangan takut, aku akan pastikan kau berlutut dihadapan aku sambil mengembalikan pedang yang kau rampas itu.

Jika tak dapat, Rauna akan menggantikan tempat aku."

"Apa benda tu..?" Tanya Rauna dengan nada suaranya yang rendah. Badannya juga menggigil.

Tengku Rafuan mengabaikan Rauna. Baru sahaja mahu melangkah pergi keluar dari bilik wad, blazer nya ditarik dari belakang.

"Sekejap.! Kau tak jawab lagi soalan aku.." Tengku Rafuan masih diam ditempat tanpa sebarang bunyi.

"Kenapa kau bunuh mak dengan ayah?"

"..It's hard to explain this thing."

"Raf. Tolong bagitahu aku.. kau tak kesian ke kat aku? Abang Omar tahu ke semua benda ni?"

Tengku Rafuan pun memegang kedua tangan Rauna dengan lembut.

Secret For You: Dia Hanya Untukku!Where stories live. Discover now