"Nur Nawra" panggilan itu membuat kan aku menoleh ke belakang.
Ya,itu nama aku. Sedapkan? Thanks to my mom sebab bagi aku nama tu,dan maksud bagi nama Nawra ialah bunga,dan secara kebetulan,aku juga suka bunga,tetapi tidak kepada bunga mawar,aku lebih suka bunga tulip dan baby breath.
"oi pendek,nak pergi mana?" sempat dia menyambung ayatnya sebelum dia berlari anak ke arah aku sambil tersenyum.
Suara itu datang daripada seorang lelaki yang bernama Amirul, Muhammad Amirul bin Sharul Nizam. Dia sahabat baik ku dari sekolah rendah lagi,dan sekarang umur aku dan dia sudah 14 tahun. Dialah yang selalu bersama dengan aku disaat aku marah,sedih,resah ataupun hilang kawalan.Tapi kalau dah nama pun kawan baik,mestilah selalu mengusik orang kan? Dia adalah salah seorang yang suka panggil aku dengan panggilan pendek. Dia tinggi,175cm,makan galah agaknya.
Aku menghidap kemurungan sejak aku berumur 12 tahun,aku dibuli sejak aku 6 tahun lagi,tambahan pula keluarga yang selalu sibuk dengan kerja,aku bongsu dan tiga orang kakak aku semuanya pandai pandai,semuanya berjaya masuk ke University, jadi aku selalu berseorangan di rumah,umur aku dan kakak kakakku yang lain sangat jauh, paling dekat dengan umurku pun sudah beza 5 tahun dan paling jauh pula 10 tahun,jadi tidak hairan lah aku selalu dipinggirkan.
Amirul juga lah menjadi tempat aku lepaskan semua masalah yang aku pendam,dia baik,sifatnya periang tapi sedikit tegas,hampir kena tampar la dengan mamat tu sebab cakap nak m@ti. Gila.
"nak pergi kantin la,lapar ni" -Nawra
"takyah la,bonda ada bekalkan aku dengan kau nasi goreng,nak tak?" -Amirul
Aku dan keluarga Amirul sangat rapat,mungkin sebab Amirul jenis tidak mempunyai ramai kawan, jadi dia kenalkan kawan baiknya dengan bonda dan ayahnya tu,dia anak tunggal jadi memang jadi kesayangan lah. Kalau nak tahu,sebelum aku menjadi sahabat baiknya pun,muka dia kerek, suka jeling orang dia ni. Tapi lepas dah rapat,kadang kadang rasa nak hempuk kepala dia dengan kasut,ada saja cara dia nak mengusik aku.
"NAK!" terus aku jawab soalan nya dengan teruja.
Aku ikut sahaja Amirul yang ingin mengambil bekal makanan yang berada di dalam kelas.
"aip,duduk luar,nanti senior ingat kita buat benda tak elok,duduk luar molek molek ye budak" sempat saja dia mengusik aku.
aku hanya balas dengan jelingan tajam sahaja pada ayat Amirul tadi,menyampah.
Selepas Amirul keluar dari kelas bersama dengan dua tupperware yang berisikan nasi goreng yang dikatakan tadi,kami pergi ke pondok biasa tempat kami berdua makan. Itu sahaja tempat yang ramai orang tak pergi,maklumlah aku dan Amirul dua duanya introvert,jadi tidak suka dekelilingi ramai orang.
Buka sahaja penutup tupperware tu, terus bau harum nasi goreng tu menusuk ke hidung ku,sedap baunya,bonda Amirul memang pandai masak,aku pula jarang dapat merasa masakkan mama aku,yelah kerja kan,takkan nak paksa.
"Ya Allah sedapnya bau,nanti ucap terima kasih dekat bonda ya" - Nawra
Tidak lepas pandangan aku pada nasi goreng itu.
"oi Nawra, Bismillah dulu" sempat dia batalkan niat aku untuk terus suap nasi goreng tu ke dalam mulut,malu pula ditegur begitu.
"hehe,maap"- Nawra
Selepas membaca basmalah,terus saja aku menyuapkan nasi goreng tadi ke dalam mulut ku. NIKMAT! Sedap sungguh nasi goreng tu.
Selepas 10 minit, kami berdua sudah selesai makan,jadi berbaki 10 minit lagi sebelum waktu rehat habis.
"Nawra,kau okay?"- Amirul
Suaranya itu membuatkan aku balik ke realiti,aku termenung rupanya. Akhir akhir ini,aku kerap termenung,mungkin sebab ada masalah yang aku fikirkan,maklumlah, dekat sekolah lain dekat rumah lain.
"eh ha,okay je kenapa?" - Nawra
"aku perasan kau banyak termenung lately ni,kau betul betul okay? kau tahu kau ada aku untuk meluah kan?" - Amirul
Amirul tahu jikalau aku benar benar baik atau tidak,dia terlalu mengenalku sehingga melihat caraku sahaja dia mampu mengetahui yang aku ada masalah atau tidak.
"balik nanti aku cerita,waktu rehat dah nak habis"- Nawra
"haih kau ni,kenapa tak cakap terus? berapa lama dah kau simpan?" - Amirul
Amirul cukup benci kalau aku rahsiakan masalah aku daripadanya,dia tidak mahu kesihatan mentalku terjejas gara gara aku pendam semuanya sendiri. Dia baik tetapi kadang kadang terlalu baik,aku sebersalah untuk meluah padanya, takut susahkan dia.
kringggg!! Menandakan waktu rehat sudah tamat,jadi kami perlu bergerak ke kelas masing masing. Kami sebaya tapi kelas yang berlainan,aku kelas kedua dan dia kelas pertama. Untung sahaja kelas kami bersebelahan.
Sepanjang aku di dalam kelas,aku tidak fokus seperti biasa,mengenangkan nasib yang akan menimpa aku di rumah nanti.
"Nur Nawra!" terus aku memandang ke arah suara itu. Suara itu datang daripada guru bm aku yang sibuk mengajar tadi. Aduh dia perasan ke aku termenung.
"y-ya cikgu" Aduh masak aku kene bebel dengan dia kalini.
"awak tak sihat ke? ke awak ada masalah?" -cikgu Khadijah
belum sempat aku menjawab pertanyaan cikgu Khadijah,salah seorang rakan sekelas ku bersuara.
"alah cikgu tak payah layan budak ni,nak attention je tu" - Linda
semua orang ketawakan aku di dalam kelas tu,aku marah tapi rasa sedih aku lebih terasa. Aku hanya mampu berdiam diri.
Aku seorang yang pendiam di dalam kelas,jadi aku tidak suka bercakap dengan orang yang aku tak rapat,dan inilah akibatnya,aku dipinggirkan. Sakit, tetapi itu semua punca dari diri aku sendiri.
Cikgu khadijah tidak ketawakan aku,dia hanya memandang sahaja perlakuan ku,pelik sangat ke aku harini?
kringg! tepat pukul 2:30 petang,menandakan waktu balik. Alhamdulillah,dapat pun balik,penat aku nak melayan anak monyet yang ada dalam kelas ni.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...