"Duduklah dulu ya,bonda nak siap siap kan bilik Nawra"-Bonda
"Nawra tolong boleh?"-Nawra
"Eh tak apalah,Nawra tunggu mama,nantikan dia nak hanta baju?"-Bonda
Aku mengangguk sahaja.
Tapi bila difikirkan balik,kesian pula dengan mama,mesti dia sorang sorang malam ni
"Nawra,mama dah dekat luar"-Amirul
Terkejut aku dibuatnya,main sergah je dia ni.Aku terus berdiri dan pergi ke luar rumah.
"Mama,kenapa tak bincang dulu dengan Nawra?"-Nawra
"Tak apalah,Nawra tenangkan diri dulu kat sini,lagipun baba balik malam ni.Mama tak sorang-sorang.Spend time lah dengan Amirul selagi ada masa."-Mama
'Hm iyalah,baju Nawra?"-Nawra
"Oh ya,ada dekat belakang,ambil sekali biskut biskut tu.Kongsi dengan dioarang tau"-Mama
Selepas mengambil pakaian dan beberapa makanan ringan tadi keluar dari kereta,aku menghulurkan tangan untuk menyalam tangan mama.Selepas mengucapkan selamat tinggal,bayangan kereta mama semakin hilang dari padangan.Selepas bayangan keretanya hilang sepenuhnya dari padangan ku,aku melangkah masuk kedalam rumah.Berapa banyak baju mama letak ni? Berat gila!
Sedang aku mengangkat beg dan beberepa snack tadi,terlihat Amirul yang menyandarkan badannya di pintu sambil tangan nya bersilang.Mukanya jelas menunjukkan dia bahawa dia sedang tahan gelak.Bukan nak tolong tau,dia boleh tengok je aku angkat beg berat ni,dah macam angkat anak gajah dah!
"Apa kau senyum senyum? Tolonglah!"- Nawra
"Nampak kelakarlah bila kau angkat beg macam tu"- Amirul
Aku menjelingnya,tanda menyampah.
"Jeling jeling,korek biji mata tu tahu la"-Nawra
Sedang aku berusaha untuk mengangkat beg yang berat tadi,tiba tiba Amirul mencapai beg itu dan snack ditanganku di rampas.
"Lembab lah,pergi masuk"-Amirul
Tak tahu lah nak suka ke nak menyampah,dia tolong tu dah baik,mulutnya pula macam taik.Harus sabar ya kan?
"Bonda,bilik Nawra kat mana?"-Amirul
"Sini sini"-Bonda
Kami berdua mencari suara bonda,suaranya macam terdengar dari arah kanan.Punya lah besar rumah sampai nak cari bonda pun susah.
"Ikut aku"-Amirul
Aku ikut sahaja jejak langkahnya dari belakang.Kaki sudahlah panjang,laju pula tu jalan.Nak lari maraton ke apa dia ni?
"Ni bilik kau"-Amirul
Kelihatan bonda sedang melipat selimut di atas katil.Besar nya bilik ni...
Tandas yang sudah tersedia di dalam bilik itu,size katilnya yang mampu memuatkan 4 hingga 5 orang,susana bilik yang kemas.Sedang aku memerhati sekeliling,bonda menarik tangan ku untuk duduk di atas katil.
"Nawra tidur sini ya malam ni,bonda dah tukar cadar,kalau masa tidur nanti ada rasa gatal gatal,bagitahu bonda ya?"-Bonda
"Baik bonda,terima kasih"-Nawra
Amirul berdehem memecahkan suasana yang sunyi.
"Nawra,beg ni nak letak mana?"-Amirul
"Letak tepi katil ni,terima kasih,Amirul."- Nawra
"Kauu nak tidur ke?"-Amirul
"Tak,kenapa?"-Nawra
"Jom lepak luar"-Amirul
Aku mengangguk tanda setuju.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...