"Nawra,ouh Nawra. Tertidur pula dia ya,sian anak bonda,sampai tertidur tunggu kita"- Bonda
Mataku terbuka perlahan kerana belaian bonda.Ya Allah macam mana aku boleh tertidur ni? Entah mulut aku ternganga atau apa,malunya!!!
"Ya Allah,maaf Nawra tertidur"-Nawra
"Eh tak apalah.Lama sangat tunggu kitaorang ya?"-Bonda
Lembut sahaja suaranya bertanya.
Aku memandang sekeliling,tiada bayang Amirul ataupun Uncle Nizam.
"Er mana Amirul dengan Uncle?"-Nawra
"Diaorang tengah susun beg dan beberapa barang dalam kereta"-Bonda
Bonda mengambil tempat disebelahku.Dia mengambil tanganku dan mengusap perlahan.Aku memandang wajahnya.Anak mata kami bertemu,mesti ada sesuatu yang ingin dia pesan padaku.
"Kejap lagi kami nak bertolak dah,nanti bonda hantar Nawra balik sekali ya?"-Bonda
Mengangguk,hanya itu yang mampu aku lakukan.Sebak terasa di dada,selepas ini tiada lagi peluang sebegini,peluang untuk bersuka duka dengan mereka...
"Bonda nak,Nawra jaga diri Nawra baik baik okay? Dengar cakap mama baba okay? Bonda tak akan lupa pada Nawra,dan keluarga Nawra.Nawra belajar rajin rajin tau,kalau sakit,bagitahu mama atau baba okay? Bonda tak nak anak perempuan bonda ni sakit,tak ada orang teman.Janji dengan bonda buat semua benda yang bonda pesankan pada Nawra okay?"-Bonda
Bonda menarik sedikit badan ku dan terus memelukku,air mata yang dari tadi ku tahan,kini mengalir deras di pipi.Aku menangis dibahu bonda,terasa belakangku ditepuk lembut olehnya.Ingatkan hanya aku yang berdrama,rupanya bonda juga turut menangis sama. Dia juga berasa sakit untuk meninggalkan tempat dimana memori indah tercipta...
"Bonda,barang semua dah letak dalam kereta,ada apa apa lagi tak bonda?"-Amirul
Pelukan kami diuraikan.
"Amirul,sini sekejap"-Bonda
Terdengar seperti Amirul sedang berlari anak ke arah kami.Pelukan aku dan bonda diuraikan.
"Ya bonda?"-Amirul
"Nanti angkat beg Nawra ya. Sebelum tu,ada nak cakap apa apa dengan Nawra sebelum kita bertolak?Nanti dah tak sempat."-Bonda
Aku langsung tidak memandang ke arah matanya,aku tak nak dia tahu aku baru sahaja lepas menangis.Aku hanya menunduk ke bawah.
Amirul berjalan dan mencangkung di hadapan ku,tanpa sengaja, anak mata kami bertemu.Terus sahaja aku memandang ke tempat lain.Aku terdengar keluahan Amirul.
"Nawra,tak payah lah sorok,aku tahu kau menangis"-Amirul
Aku hanya berdiam diri,mataku masih lagi tidak ingin memandangnya.
"Bonda,boleh bagi kita orang lima minit?"-Amirul
Bonda mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan kami berdua.
"Nawra,it's okay kalau kau tak nak pandang aku,tapi dengar apa yang aku nak cakap kan ni boleh"-Amirul
"B-boleh"-Nawra
"Kau kena janji dengan aku,jangan lupakan aku,bonda dan papa.Dan janji dengan aku yang kau akan luah semua benda pada aku,aku tak nak kau pendam.Aku tahu niat kau untuk berdikari,tapi apalah guna aku sebagai kawan kau kan?"-Amirul
Tiada apa yang boleh keluar dari mulutku sekarang.Walau banyak yang ingin ku ungkapkan,sakitnya terlalu dalam sehingga aku hanya mampu berdiam.
"Boleh tak,Nawra?"-Amirul
Aku mengangguk perlahan.
"Amirul,Nawra.Dah?"-Bonda
Kami dikejutkan dengan suara bonda.
"Dah"-Amirul
"Dah bonda"-Nawra
Bonda tersenyum ke arah kami.
"Mirul angkat beg Nawra ya,Nawra masuklah kereta."-Bonda
Kami berdua mengangguk tanda faham.Tanpa membuang masa,aku terus bergerak masuk ke dalam kereta,namun tiada satu pun perkataan yang keluar,aku hanya kekal diam.Tiada rasa segan di dalam diriku walaupun Uncle nizam berada di dalam kereta bersama dengan aku,namun rasa sedih hampir menguasai diriku sepenuhnya.
5 minit berlalu,Amirul dan bonda akhirnya keluar dari rumah mereka.Sementara bonda sibuk memeriksa tingkap tingkap rumah sama ada sudah dikunci atau belum,Amirul sibuk dengan mengangkat beberapa lagi beg,termasuk juga dengan kepunyaanku.
Selepas bonda dan Amirul selesai dengan kerjaan masing masing,mereka masuk ke dalam kereta serentak,dan kedudukan Amirul betul betul disebelah aku.Aku tidak langsung memandang ke arahnya,tak nak menimbulkan drama di dalam kereta orang.
Enjin kereta dihidupkan,tayar kereta mula bergolek.Bayangan rumah mereka semakin lama semakin hilang di pandangan kami,terlihat bonda yang menoleh ke arah rumahnya.Dia juga berasa berat hati untuk meninggalkan rumah dan kawasan yang penih dengan suka duka.
"Nawra"-Bonda
Sedang aku termenung jauh,aku dikembalikan ke realiti dengan panggilan bonda pada ku.
"Mama dan baba ada rumah tak?"-Bonda
"Nawra rasa tak ada,diaorang kerja harini"-Nawra
"Oh kalau macam tu,nanti kirim salam pada mama dan baba nawra ya?"-Bonda
"Baik bonda"-Nawra
Keadaan di dalam kereta kembali sunyi,tiada seorang pun yang mengeluarkan perkataan. Tanpa aku sedar, kereta milik mereka sudah berhenti betul betul di depan rumah keluarga ku.
"Mirul,bawakan beg Nawra ya"-Bonda
"Baik bonda"-Nawra
"Terima kasih bonda,uncle,sebab hantar Nawra balik"-Nawra
"Sama sama Nawra,kirim salam dekat mama baba Nawra ya"-Uncle Nizam
"Insyallah "-Nawra
Sebelum keluar dari kereta,aku menyalam bonda terlebih dahulu,pipinya dicium.Amirul yang sudah tunggu dipagar rumah bersama beg pakaian milikku berada di tangannya hanya memerhati gerak geri aku keluar dari kereta.
"Nah beg kau"-Amirul
"Terima kasih Amirul,ada rezeki kita jumpa lagi ya?"-Nawra
Sempat aku tersenyun manis ke arahnya.
"Sama sama,Nawra.Bawa janji aku kemana mana kau pergi,tak lupa juga dengan rasa sayang dalam friendship kita.Jumpa lagi,Nawra"-Amirul
Habis sahaja ayatnya, Amirul terus masuk ke dalam keretanya.Tayar kereta bergolek laju,semakin lama,hilang bayangan mereka dari mata ku.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...