DEMI DIA: 19

7 6 0
                                    

"Amirul,aku malu lah."-Nawra

Gelisah,dari tadi aku kehulu-kehilir.Tidak senang duduk aku dibuatnya.Aku tidur rumah kawan perempuan pun tak pernah,inikan pula tidur rumah kawan lelaki.

"Nawra,bukannya kau tidur dengan aku,lagipun bilik kita jauh.Bilik kau kat bawah,bilik aku pula dekat atas."-Amirul

Tanpaku sedari,dari awal aku  kehulu dan kehilir tadi,tangan aku juga bergerak mengupas bibirku.Patutlah rasa semacam je.

"Cuba relax,Nawra.Bukannya bonda nak suruh kau tidur dekat luar,dalam bilik tetamu."-Amirul

Nafas ku kini tidak teratur,semakin sukar diriku untuk bernafas.Dadaku terasa sakit,bagai ditumbuk berkali-kali. Tangan aku terus mengusap dada ku perlahan.Amirul sedar dengan keadaan aku.

"Nur Nawra,close your eyes.Dengar apa aku cakap."- Amirul

Aku patuhi sahaja arahnya.Mata ku tertutup perlahan.

"Take a deep breath,perlahan - lahan...Aku dekat sini Nawra"

Nafas ku ditarik dan dihembus perlahan.

"Okay tak?"-Amirul

"Sikit"-Nawra

"Aku ambil air kejap"-Amirul

Amirul bangun dari duduknya dan menuju ke dapur.Sakit di dada ku berkurang selepas Amirul membantu aku untuk mengawal panic attack tadi.Tangan ku masih mengusap dadaku,macam manalah aku nak hadap semua benda ni bila Amirul tak ada nanti.Sedang aku termenung jauh,Amirul mengejutkan aku dengan dua gelas air ditangannya.

"Nah,minum.Slowly."-Amirul

"Terima kasih"-Nawra

Amirul mengambil tempatnya di depanku,kedudukan  kami tidak lah terlalu dekat,dan tidak lah terlalu jauh.

"Nawra,kenapa takut sangat nak tidur sini?"-Amirul

"Aku tak nak susahkan bonda,papa dengan kau."- Nawra

"Siapa cakap Nawra susahkan kitaorang?"-Bonda

Tanpa ku sedari,bonda terdengar perbualan ku dengan Amirul.Timbul lagi satu masalah.

"Siapa cakap macam tu? Bagitahu bonda. Mirul cakap macam tu ya?"- Bonda

"Lah,Mirul pula kena"- Amirul

Kami bertiga ketawa kecil.

"Tak adalah,bonda gurau je. Nawra jangan lah fikir macam tu ya? Nawra sayang,bonda dah anggap Nawra macam anak perempuan bonda sendiri.Nawra budak baik,sebab tu bonda sayang Nawra macam anak bonda sendiri.Lagipun keluarga Nawra kan memang rapat dengan keluarga bonda,tak apalah sekali sekala tidur di rumah bonda."-Bonda

Bonda tersenyum manis ke arahku.Hatiku terasa sangat lega dengan kata kata bonda.Bersyukur sangat selepas mendengar ayat bonda.

"Wah wah wah,bonda mesti dah tak sayang mirul dah kan? Asyik Nawra jek""- Amirul

Nampak manja betul Amirul denga bondanya tu,comel.Bonda mengusap rambut Amirul.

"Mana ada,ish Mirul ni"-Bonda

Bonda menarik perlahan pipi Amirul,terus merah mukanya.Comel betul gelagat dua beranak ni.

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now