Kringgg!
Jam loceng ku berbunyi,terasa sekejap sahaja masa berlalu,aku menggosok gosok mataku dahulu sebelum bangun dan bersiap siap untuk ke sekolah. Jari jemari ku meliar mencari telefon yang telah aku letakkan di sisiku semalam. Tiada sebarang notification darinya. Pelik. Tanpa membuang masa,aku terus mencapai tuala dan bergerak ke bilik mandi. Semasa aku memulas tombol pintu, tiba tiba aku teringat, aku dan Amirul tiada lagi ikatan persahabatan.Semuanya hancur kerana dirinya sendiri. Aku meraup wajah ku dan kaki ku kembali bergerak ke bilik mandi.
Aku membentangkan sejadah dah menunaikan solat Subuh. Sepanjang aku menunaikan solat Subuh,banyak memori yang diimbas kembali. Sepatutnya bila memori memori manis itu diimbas kembali,aku berasa gembira. Tapi sekarang aku merasa sebaliknya. Adakah semua kenangan kami berama hanyalah mimpi semata? Ataupun semua kenangan kami bersama telah dibuang dari dalam dirinya?
Walau siapa pun pengganti aku disana,aku sedikit pun tidak membencinya. Cuma aku berharap agar dia boleh jadi penyelamat Amirul ,penyemangat Amirul,pendengar Amirul dan sebagainya. Mesti cantik orang nya.
Aku berdiri dari duduk ku,dan berdiri ke almari dimana beberapa kenangan kami tersimpan di dalam itu. Satu laci kecil dibuka,terdapat satu buku ataupun diari aku disitu. Aku mengambil diari tersebut dan sehelai demi sehelai muka suratnya diselak. Begitu banyak isi kenangan bersama Amirul di dalam diari itu. Terdapat beberapa gambar poloroid kami yang di tampal di dalam diari itu. Mukanya yang tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya. Kami,sangat gembira pada masa itu...
Sedang aku menyelak muka surat diari itu sehelai demi sehelai,ada satu ayat yang telah berjaya menarik perhatian ku.
No matter what,kami akan tetap bersama!
-Nur Nawra & Muhammad Amirul-
Aku tersenyum hambar apabila membaca ayat itu...
Kami tetap akan bersama? Huh,hanya penipuan yang indah... Tiada lagi "Kami" sekarang. Setitis demi setis air mata ku jatuh membasahi halaman diari itu.
"Adik! Dah siap ke belum?"- Mama
"-D-dah mama,kejap"-Nawra
Dengan laju aku mengelap air mata ku. Aku tida mahu mama tahu tentang persahabatan aku dan Amirul yang telah pun hancur. Apa yang aku perlu buat sekarang ialah, teruskan usaha aku untuk belajar dan puaskan hati mama dan baba agar aku tidak lagi dimarah oleh mereka.
Aku berlari anak ke arah mama yang sudah bersilang kedua dua tangannya sambil memandang ke arah ku.
"S-sorry lambat"-Nawra
Termengah mengah aku dibuatnya.
"Jangan lambat lagi lepasni,Nawra kena seorang anak dan pelajar yang berdisiplin"- Mama
Walaupun nadanya tidak tinggi,namun ayatnya masih mampu membuat aku sedih. Dulu mama tak macam ni,lepas je Amirul pindah ke Johor, semua orang berubah. Mungkin memang dah nasib aku macam ni.
"Baik mama, I'm sorry again"- Nawra
Mama terus masuk ke dalam kereta tanpa membalas apa apa.
Sepanjang kami berdua di dalam kereta, kami berdua langsung tidak bercakap. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut aku dan mama. Tapi bagus juga,aku takut kalau tiba tiba dia tanya tentang Amirul di sana. Macam mana aku nak jawab nanti?
Akhirnya, sekolahku sudah kelihat jelas,maksudnya aku sudah tiba di sekolah. Tayar kereta pun sudah berhenti bergolek,handbreak kereta pun sudah di tarik. Aku menghulurkan tangan ku untuk menyalam tangan mama. Mama menyambut salam ku,belum sempat aku mencium tangan mama,tangannya sudah ditarik. Hanya senyuman yang dibalas untuk tindakkannya itu. Walau hakikatnya sakit,aku redha dengan segala ujian yang sedang aku tempuhi sekarang. Aku hanya perlu kuatkan diri dan bersabar dengan ujian ujian ku.
Rasulullah SAW pernah menggambarkan...
"Barang siapa yang berusaha untuk sabar,maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar..."
Beruntunglah orang yang bersabar kerana diberikan anugerah Allah yang tertinggi. Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik.
Aku melangkah keluar dari kereta dan teruskan langkahku untuk masuk ke dalam kawasan sekolah. Walaupun sekarang tiada lagi yang menganggu aku seperti dahulu, mental aku masih diuji dengan kenangan aku dan Amirul di sini. Terlalu banyak kenangan kami di sini. Aku menahan sebak sepanjang jalan ku disekolah. Rasa sakit,sedih dan kecewa terus dan terus menguasai diri ku.
Aku melihat sekelilingku,kadang kadang terbayang kenangan kami yang dulu. Sedang aku leka melihat sekeliling ku,aku ditegur oleh seseorang.
"Assalammualaikum"
Aku menoleh ke arahnya. Mukanya langsung tidak aku kenal. Budak baru ke?
"Waalaikummusalam,ya?"-Nawra
Kami berdua memadang mata satu sama lain.
"Nawra kan?"
"Awak budak baru ke?"- Nawra
Terasa bodoh pula bila soalannya dibalas dengan soalan.
"Saya Fendy" Fendy
"Ouh,ya saya Nawra"- Nawra
Kami berdua terdiam seketika. Dia nak apa sebenarnya ni. Aku ni nak masuk ke dalam kelas.
"Awak nak apa?"- Nawra
"Tak ada apa pun,saja nak berkenalan"- Fendy
"Ouh okay,dah tahu nama saya kan? Saya nak ke kelas. Assalammualaikum"-Nawra
Tanpa menunggu salamku dijawab,aku terus menjauh darinya. Aku tidak suka didekati lelaki lain. Amirul satu satunya kawan lelak aku,tiada yang lain. Dan aku tidak terfikir pun untuk mencari penggantinya. Tiba di dalam kelas,aku hanya melihat orang lain yang seang bergurau senda dengan kawan kawannya. Sementara aku hanya berseorangan di meja sendiri.
Tiba tiba muncul tanda tanya di dalam fikiran ku. Macam mana Fendy boleh tahu nama aku? Dia dah tahu nama aku sebelum aku perkenalkan diri aku lagi. Atau aku salah dengar?
"Nawra kan?"- Fendy
Sah! Sah bukan aku salah dengar, itu ayatnya selepas aku menjawab salam darinya. Macam mana dia boleh kenal aku? Aku sendiri tak pernah melihat mukanya,apatah lagi namanya tidak pernahaku dengar. Tadi ialah kali pertama aku tahu namanya.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
JugendliteraturNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...