DEMI DIA : 15

15 11 0
                                    

Selepas meletakkan panggil telefon bersama Amirul tadi,aku terus berlari ke bilik mama.

"Mama,bukak pintu ni mama.Ya Allah mama" - Nawra

Aku mengetuk pintu bilik mama sambil menangis teresak esak,dadaku mula terasa sakit kerana menangis.Aku terus mengetuk sehingga mama buka pintu biliknya.

"Ya Allah, adik! Kenapa ni?"- Mama

Sambil aku melangkah masuk,mata ku memandang ke kiri dan kanan,untuk pastikan baba tak ada di dalam bilik. Alhamdulillah dia tiada,mungkin belum balik dari tempat kerjanya.

"Now,tell me. What happened Nawra?- Mama

"Did you know Amirul's family akan pindah?"- Nawra

"Tahu,bonda Amirul ada beritahu haritu" -Mama

"Adik tak ada sesiapa dah kat sekolah tu nanti ma. Adik tak nak hilang dia. Adik penat sangat mama. Apa yang adik boleh buat sekarang ma"- Nawra

"Adik, Allah's plan is better than us,mungkin dengan cara ni,adik dapat dapat belajar berdikari.Buat itu ini without anyone's help. Perpisahan itu memang menyakitkan,but trust me, Allah's plan is so much better than us sayang"- Mama

Aku kembali tenang selepas mendengar nasihat mama.Tidak pernah pun aku terfikir,ujian inilah yang membantu aku untuk berdikari. Namun,mampu ke aku nak hadap semuanya sendiri? Kuatkan lah hamba mu ini Ya Allah. Jagalah lah dirinya disana...

Mataku terbuka perlahan,aku melihat sekeliling.Ini bukan bilik tidur ku,tapi bilik tidur mama.Aku tertidur rupanya.Aku bangun dan pergi ke cermin untuk melihat wajahku.Terkejut bila orang yang di dalam cermin itu tak rupa orang,mata sembab,rambut serabai.Petanda kena mandi ni.

Aku melangkah keluar dari bilik mama,namun baru sahaja aku nak membuka pintu,terdengar suara suara orang berbual.Kawan mama ke? Aku mengambil tuala dan di letakkan atas kepalaku agar rambut ku tidak kelihatan.Aurat kena jaga ya.

Mata ku terus terbuka luas apabila manusia yang sedang ada di dalam rumah ku ialah keluarga Amirul.

"Eh,Nawra. Baru bangun ke?" - Bonda

"Hai bonda,iya baru bangun.Letih sikit harini"- Nawra

Aku tersenyum tawar kepada mereka.Bila aku melihat wajah mereka,hati ku terasa sakit,dadaku sakit bagai di pukul berkali kali. Senyuman ku mula hilang.

"Nawra masuk bilik dulu ya,Bonda,Uncle...Amirul"- Nawra

Aku melangkah perlahan,menuju ke bilik tidur yang tak jauh dari ruang tamu.Air mata aku jatuh disaat aku berjalan,semakin deras ianya mengalir, semakin kuat rasa sakit di dadaku.

Penglihatanku kabur,kepala ku sakit dan dada ku sesak. Langkah ku berhenti di depan pintu bilik dan...

"YA ALLAH,ADIK!"

"NAWRA,BANGUN NAWRA. AKU KAT SINI. BONDA, CALL AMBULANS! NOW!"

Itu adalah ayat ayat terakhir yang aku dengar.

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now