"Nawra.Oh Nawra"- Bonda
"I-iya bonda,masuklah"-Nawra
Aku membuka mataku perlahan,masih gelap.Pukul berapa ni?Pintu dibuka perlahan dan bonda melangkah masuk ke dalam bilik dengan bertelekung putih,ini betul betul bonda ke? Risau kalau bukan bonda je.
"Nawra,Nawra boleh solat tak?"-Bonda
"Boleh bonda"-Nawra
"Bagus.Nawra ambil wuduk lepastu datang kat ruang tamu.Kita solat subuh berjemaah okay?"-Bonda
"Baik bonda"-Nawra
Tanpa melengahkan masa,aku terus bangun dan bergerak ke tandas.Selesai mengangkat wuduk,aku menyarungkan telekung dan bergerak ke ruang tamu.
"Assalammualaikum bonda,maaf lambat"-Nawra
Entah kenapa,terasa suara ku lembut semacam,macam perempuan melayu terakhir pulak.Biasanya suara aku tak macam ni. Apa apa je lah,asalkan aku dah sampai kat sini.
"Waalaikummusalam,duduk lah dulu.Kita tunggu azan subuh "-Bonda
"Ha? Belum azan ke? Sekarang pukul berapa?"- Nawra
"Belum,Nawra.Baru pukul 5:30 pagi"-Bonda
Lah?!! Aku mati mati ingat dah pukul 6 atau 6:30.Tak apalah,salah aku juga tidur lambat tadi.Aku menoleh ke kiri dan terlihat Amirul yang sedang duduk di atas sofa sambil memandangku.Tapi hairan,mukanya sedikit kemerahan.Biarlah,memang mukanya selalu begitu.
"Bonda,bonda gerak ke Johor pukul berapa?"-Nawra
"Lepas solat zohor rasanya."-Bonda
Aku,aku akan menghabiskan zaman persekolahan ku tanpa dia.Sakit tapi itulah takdir yang telah tertulis untuk aku.Aku akan berjauhan dengan orang yang aku sayang untuk sementara waktu,atau mungkin selamanya.
"Nawra janganlah bersedih ya? Insyaallah bonda akan balik semula ke sini.Rumah ni bonda tak jual,ataupun sewa.Rumah ni masih rumah kami,dan juga rumah kedua Nawra"-Bonda
Aku hanya membalas dengan senyuman yang sedikit tawar.Tiada apa lagi yang boleh aku katakan,sakit.
"Bonda,Nawra. Dah masuk waktu dah ni,Amirul panggil papa sekejap lepastu kita solat ya?"-Amirul
Bonda hanya mengangguk.
"Semalam uncle tak makan ke bonda?"-Nawra
"Semalam dia keluar dengan kawan dia,maklumlah harini nak gerak ke Johor dah"-Bonda
Aku mengangguk tanda faham.
"Maaf lambat,tersambung tidur pula tadi hehe"-Uncle Nizam
Amirul menyusur di belakang ayahnya itu.Aku membantu bonda untuk membentangkan sejadah,Amirul juga turut membantu ku.Selesai membentang tikar,kami menunaikan solat subuh secara berjemaah.Rasa seperti keluarga sendiri,rasa lebih tenang.
"Assalammualaikumwarahmatullah"
Salam diberi,tanda solat subuh sudah selesai.Aku menyalam tangan bonda,tiba tiba bonda mengusap lembut pipi ku.
"Nawra budak baik,sebab tu bonda sayang Nawra macam anak bonda sendiri"-Bonda
Aku menahan sebak,namun air mata yang cuba ku tahan tadi airnya jatuh juga.Seakan akan tidak percaya,mereka akan meninggalkan aku sekejap lagi.Mereka,bagai rumah yang aku tidak pernah ada..
"Bonda janji jangan lupakan Nawra ya?"-Nawra
"Tak akan sayang,bila nanti papa dah tak sibuk,bonda balik sini ya?"-Bonda
Aku mengangguk sambil mengusap air mataku.
Amirul dari tadi memandang ke arah kami berdua,terlihat matanya berkaca.Mungkin dia juga sedih akan meninggalkan tempat dia membesar.Terlalu banyak kenangan manis dia disini,sehingga tidak terkira.Aku harap dia tak lupakan aku,atau kawan kawan lainnya disini.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...