"Terima kasih Uncle sebab tumpangkan Nawra" Ucapku kepada Uncle Nizam, atau lebih tepat lagi,bapanya Amirul...
"It's not a big deal,Nawra" Katanya sambil tersenyum manis ke arahku.
"Nawra masuk rumah dulu ya uncle,thanks again Uncle, and thanks to you too, Amirul" Sempat aku tersenyum kepada dua beranak itu sebelum aku menutup pintu keretanya.
Sebelum aku mengambil kunci rumah yang berada di dalam beg sekolah ku,sempat aku perhatikan diriku yang sudah lencun dibasahi air hujan tadi,tiba-tiba aku ketawa sendiri,entah kenapa rasa kelakar pula bila Amirul lompat ke dalam lopak air tadi.
Terasa seperti orang gila pula bila ketawa sorang-sorang macam ni,muka ku terus berubah merah padam,malu.Aku menoleh ke kiri dan kenan,untuk memastikan tiada orang yang perasan aku ketawa sorang sorang tadi. Alhamdulillah tiada orang,lega.Terus aku mengambil kunci rumah dan membuka pintu rumah.
Senyumku yang tadinya sedang elok terukir manis masih kekal dibibirku sehingga aku masuk ke dalam bilikku.
"Boleh pulak dia lompat dekat lopak air tu,gila betul mamat tu.Aku tergelak sendiri.
Tingg!!
------------------------------------------------------------
Amirul🐱
:Oi pendek,dah mandi? Belum,jap lagi la:
:Mandi cepat,nanti demam
ya:
------------------------------------------------------------
Senyuman ku yang sedia ada di bibirku kini semakin melebar,kenapa comel sangat dia harini? Biasanya dia annoying. Eh, kalau aku fikirkan dia je,memang sampai malam aku tak mandi nanti. Terus aku mengambil tuala dan bergerak ke bilik mandi.
Sesudah mandi,aku mencapai telefon bimbit ku yang sedang terbaring di atas katil.Jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Mata terasa berat,tapi perut dari tadi berbunyi,nak tidur pun dah lambat,makan jelah dulu kan. Sedang aku berjalan menuju ke dapur, aku teringat beg sekolah aku yang basah di ruang tamu,habislah buku buku aku!!!
Aku membawa beg sekolah dan tote bag ke dalam bilikku. Aku mengeluarkan satu persatu buku teks dan buku latihan aku,nasib lah beg sekolah aku tu agak tebal,jadi buku buku yang terisi di dalamnya tidak basah. Dan mata aku beralih ke tote bag yang sedang elok bersandar di sebelah meja belajar. Berat betul hati nak tengok beg tu,beg tu nipis,memang basah habislah buku buku dalam tu.
Sedang sibuk aku mengeluarkan buku buku yang basah dari dalam beg itu,tetiba terjumpa paracetamol di dalam beg itu.Pelik,mana datang pulak ubat ini. OH DAH TAHU! Amirul yang masukan ubat ni tadi.
"Cukup baik aku letak,kalau aku suruh kau makan sekarang sia-sia je"- Amirul
Sekali lagi aku bibir ku mengukir senyuman yang lebar,rasa kelakar la pula bila Amirul tu macam tu tadi. Dia ni baik je,cuma itulah,kadang-kadang perangainya tu betul-betul minta penampar. Terus hilang rasa nak menangis sebab buku-buku yang basah tadi.
Tingg!!
_________________________________________
Amirul🐱
:Nawra, kau demam ke tak?
tak:
:Well,good to know. Buku kau
basah semua ke?Dalam tote bag je basah:
:ouh, sian HAHAHA
Jahatnya!:
:😛😛😛
_________________________________________Siot betul mamat ni,baru je senyum sebab dia,hilang terus senyuman tadi sebab dia hantar mesej macam tu. Kan dah cakap kadang-kadang mamat ni minta penampar.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...