DEMI DIA : 22

9 4 0
                                    

"Boleh bonda masuk?"- Bonda

Aku terus mencapai tudung sarung yang berada di sebelah kiri aku.Manalah tahu Amirul ada dengan bonda.

"Masuklah bonda"-Nawra

Bonda membuka pintu bilik dengan perlahan dan berjalan ke arahku.Amirul juga ada bersama bonda cuma dia hanya tunggu di pintu bilik.Bonda duduk di hadapan ku sambil tersnum manis.

"Jom makan,Nawra"-Bonda

"Eh bonda dah masak untuk dinner ke? Maaf Nawra tak tolong.Lepas solat tadi Nawra terus duduk sekejap atas katil,ingatkan sempat nak tolong bonda"-Nawra

"Eh tak ada apalah Nawra.Lagipun bonda tak suka orang ramai ramai kat dapur,dah biasa buat kerja sendiri."-Bonda

Aku hanya mengangguk.Tiba tiba bonda mencapai tangan ku dan mengusapnya perlahan.Kenapa tiba tiba pulak bonda ni?

"Nawra menangis ya?" -Bonda

"Eh,mana ada.Kenapa?"- Nawra

Aku tidak mahu bonda dan Amirul tahu kenyataannya,aku tak nak susahkan mereka lagi.Walaupun mental aku separuh hancur,namun biarlah aku hadapinya sendiri kali ini.Aku kena kuat untuk diri sendiri.

"Mata Nawra merah"-Bonda

Selepas mendengar ayat bonda,Amirul terus melangkah masuk dan mendekati aku dan bonda.Ni lagi baha ni,dengan mudahnya dia dapat tahu aku tipu atau tak.

"Kau betul betul ojay ke Nawra?"-Amirul

"Iya,aku okay je.Bonda jangan risau ya.Nawra sakit mata je,mata Nawra rasa panas,mungkin sebab itulah dia jadi merah."-Nawra

Bonda dan Amirul memandangku hairan.Jelas sangat ke mata aku ni merah?

"Tak apalah kalau macam tu,jom makan.Bonda dah hidangkan dah tu."-Bonda

"Baik bonda"-Nawra

Aku dan berdiri dari duduk kami,dan berjalan ke ruangan makan.Amirul yang berjalan perlahan membelakangi kami.Sempat aku menoleh ke belakang untuk memandang wajahnya,namun riak wajahnya tidak menunjukkan apa apa perasaan,hanya padangan yang tajam ke arahku.

Aku dan Amirul duduk secara berdepan,riak wajahnya masih sama,tiada perasaan.Dia mesti marahkan sesuatu,tapi apa?Menimbul terlalu banyak tanda tanya dalam kepalaku.Aku terus dan terus memandang ke arahnya,secara tiba tiba,anak mata kami bertemu.Amirul menaikkan kening sebelah kanannya ke atas,ingat aku takut ke? Aku hanya menggeleng sahaja.

"Nawra,makanlah"-Bonda

"Eh,i-iya bonda.Terima kasih'-Nawra

Sepanjang aku menjamu selera,aku rasa seperti diperhatikan.Dan sangkaan aku benar,anak mata Amirul yang dari tadi mengikut gerak geri ku tertangkap.Anak mata kami sekali lagi bertemu,tetapi kali ini,aku tak akan kalah dengan padangannya.Anak mata aku hanya terus memandang anak matanya.Dan akhirnya,dia mengalah.Kini gilirannya pula untuk menggelengkan kepalanya.

Selepas sudah selesai mengisi perut,aku membantu bonda mengemas meja dan membasuh pinggan.Bayang bayang Amirul tidak kelihatan sepanjang aku dan bonda mengemas.Mungkin aku yang tak perasan kot.Setelah selesai mengemas,bonda mengajak aku duduk di ruangan tv,nak lepak katanya.Semoga Amirul ada di ruangan tv juga,nak tanya pada dia,apa yang dia marahkan sangat.

Apa yang aku harapkan menjadi kenyataan,Amirul sedang duduk santai di atas sofa lembut milik keluarganya itu sambil matanya fokus memandang ke arah telefon bimbitnya.Rasa takut pula nak tegur dia.Aku dan mengambil tempat duduk masing masing,Amirul tidak langsung memandang ke arah aku,mahupun bonda.Aku seperti batu disitu,tidak seincipun aku bergerak.Aku pun pelik kenapa tingkah laku aku tiba tiiba begini.

"Nawra,okay tak ni? Tak sihat ke?" - Bonda

Ternaik sedikit bahu ku,terkejut dengan pertanyan bonda yang muncul secara tiba tiba.Aku menoleh ke arah bonda,sekali gus aku perasan bahawa anak mata Amirul memandang tajam ke araku.Dia ni kenapa? Kena rasuk ke?

"Eh,mana ada bonda"- Nawra

"Nawra senyap je,itu yang bonda risau."- Bonda

"Nawra kenyang lagi,perut terasa senak sikit. Amirul pun nampak sibuk,tak adalah Nawra nak ajak berborak,tak nak kacau dia."-Nawra

Sejujurnya,memang nak tegur dia,tapi selepas dia keluar dari bilik tadi,perangainya berubah.Entah apa yang dia tidak puas hati pun tak tahu.

"Bonda,Amirul nak masa sekejap dengan Nawra boleh? Amirul tak buat jahat,Amirul janji."-Amirul

Ayatnya buatkan bulu roma ku berdiri tegak.Dia mesti ada marahkan sesuatu,tapi apa? Dan kenapa dia marah?

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now