DEMI DIA: 13

11 10 0
                                    

Kring!!

Waktu yang aku tunggu tunggu akhirnya tiba. BALIK SEKOLAH YEAY !! Selepas perah otak dalam kelas tadi,akhirnya aku boleh rehatkan otak aku.Sikit lagi nak meletup.

"Bye Nawra,jumpa esok ya" - Laila

Macam yang aku katakan,diaorang dah tak macam diaorang.Macam kena sihir.Tapi tak apalah,aku bersyukur diaorang berubah,sekurang kurang aku tak adalah kena buli lagi.

Aku menyarungkan beg galas ke bahu kiri ku sambil memegang 3 buku teks.Maklumlah beg aku kecil,jadi tak banyak buku boleh sumbat. Aku melangkah keluar dari kelas,tapi pelik,bayang bayang Amirul tak nampak.Aku berjalan ke kelas sebelah,beg dia masih ada atas kerusi,dan alat tulis nya bersepah atas meja.Haih mamat ni.

Aku masuk ke dalam kelasnya,dan kemaskan barang barang dia. Manalah mamat ni merayau,tapi biasanya tak macam ni.

"Eh Nawra,ingatkan dah balik"-Amirul

"Tunggu kau lah hantu,mana kau merayap?"- Nawra

"Aku pergi tandaslah,sakit perut.Eh kau kemaskan? Makasih ya"- Amirul

Aku balas dengan senyuman.

"Jom balik"- Amirul

Aku ikuti sahaja langkahnya dari belakang. Tiba di pintu pagar,kereta papa Amirul sudah ada diluar pagar. Papa Amirul keluar dari keretanya selepas dia melihat kami berdua.Dia berlari anak ke arah kami.

"Nawra Nawra,mama Nawra call uncle tadi,dia suruh Nawra naik uncle.Dia busy tak boleh ambil" - Uncle Nizam

Aku memandang Amirul,Amirul juga memandang tepat ke arahku. Aku dapar rasakan pipi ku mula kemerahan. Aku cair tengok Amirul ke? Ataupun aku segan nak tumpang Uncle Nizam? Aku menoleh semula ke arah Uncle Nizam,dia tersenyum melihat ku.

"Okay Uncle,Terima Kasih sudi tumpangkan"- Nawra

"Tak ada hal lah,dah jom masuk kereta"- Uncle Nizam

Kami semua bergerak ke dalam kereta.Enjin kereta dihidupkan dan kereta pun berjalan. Sunyi. Keadaan dalam kereta itu sangat sunyi.Namun hanya sementara,Uncle Nizam memecahkan kesunyian itu dengan satu pertanyaannya kepada ku.

"Nawra,Amirul macam mana kat sekolah?"- Uncle Nizam

Dengan pantas Amirul menoleh ke arah aku,dia takut aku cerita tentang kejadian tadi lah tu.Aku senyum sinis ke arahnya.Dia pula menggeleng-gelengkan kepalanya ke arahku.

"Dia okay je Uncle,tapi suka panggil Nawra pendek.Depan orang pula tu" - Nawra

Amirul menepuk dahinya.

"Ish Amirul ni,papa bagitahu bonda Mirul buli Nawra"- Uncle Nizam

"Mirul gurau je lah papa,lagipun dia pun panggil Mirul galah"-Amirul

Kini,giliran aku pula menepuk dahi ku sendiri.Dia boleh bagitahu pula papa dia . Mati lah aku.

"Mirul memang galah pun,baru form 2 dah sama tinggi dengan abang abang form 5 tu"- Uncle Nizam

"ISH,PAPA NI!"-Amirul

Aku dan Uncle Nizam tergelak besar di dalam kereta,manakala Amirul pula muncungkan mulutnya kedepan. 10 minit kami berbual kosong di dalam kereta,akhirnya sampai juga ke rumah ku.

"Hah dah sampai,bye Nawra" Uncle Nizam

"Bye pendek" -Amirul

Nasib baik Uncle Nizam ada,kalau tak dah kena maki dah mamat ni.Geramnya!

"Iya,bye. Terima Kasih hantar Nawra balik,uncle"-Nawra

"No hal,baik baik duduk rumah.Kunci pintu"- Uncle Nizam

Aku mengangguk sambil tersenyum ke arahnya, dan masuk ke dalam rumah.Mereka juga terus hilang dari penglihatanku.Tapi macam ada benda yang lupa,apa ya? Tak apalah,aku nak mandi dulu.

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now