Aku menghempaskan tubuh ku di atas tilam empukku. Aku hanya memandang ke atas,teringat semula,semua kenangan kenangan manis aku dan Amirul.
Banyak yang kami telah tempuhi bersama,apalah jadi kepadaku jika
Amirul tinggalkan aku suatu hari nanti, demi Allah aku belum bersedia untuk teruskan hariku tanpa dirinya. Tanpa sedar,air mata ku mengalir deras membasahi bantalku. Aku sangat takut dengan kehilangan Amirul dari dalam hidupku,entah entah gila aku dibuatnya jika dia meninggalkan aku.Air mataku yang dari tadi mengalir berhenti dengan sendiri apabila azan zohor berkumandang. Tiada perkara yang yang terlintas dikepalaku selain menunaikan solat zohor.
Aku terus mengelap sisa air mata yang ada dipipiku,dan terus aku bangun dari baringku dan menuju ke bilik air. Selesai mengambil wuduk,terus aku mencapai telekungku yang elok tergantung di dalam almari. Semasa sedang menenunaikan solat zohor,terasa tenang dan lapang hatiku.Sesugguhnya Allah itu maha penyayang,dia tidak mahu hambanya bersedih terlalu lama.
Selesai menunaikan solat zohor,kepala ku terasa sakit,tetapi sakit kali ini sangat sakit daripada tadi. Aku membuat keputusan untuk tidur lagi,sejujurnya aku sangat rasa sebersalah kerana aku menghabiskan hariku denga tidur sahaja.Sudahlah ujian pertengahan tahun lagi 2 bulan,aku disini pula menghabiskan hariku dengan membuta,baguslah tu Nawra. Dengan perlahan,mataku tertutup rapat.
"Nawra,kalau aku tinggalkan kau,kau sedih tak?" - Amirul
"Tak" - Nawra
"Baguslah tak sedih,aku taknak kau sedih,aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau,Nawra. Sampai mati aku sayangkan kau" - Amirul
"Kelakarlah ayat kau ni,macam broken pula" - Nawra
"Hehehe,saja je nak bagi kau tahu,manalah tahu kau ingat aku tak sayang kau,aku sayangkau lebih dari nyawa aku sendiri tahu tak?"
Gila ke mamat ni? Tiba tiba cakap macam ni.
"Dahlah,sebak aku dengar kau cakap macam tu" - Nawra
"Nak tahu tak,aku sayangkan kau bukam sebab aku kesiankan kau,aku tak pernah fikir macamtu,tapi aku sayangkan kau sebab hati aku yang pilih untuk sayang kau. Hati kita ni,kalau dah kata sayang,memang tak boleh nak tipu dah,mulut je yang mampu menipu,tapi hati tak boleh,Nawra" Riak mukanya bertukar sedih.
"Sudah lah Amirul,aku pun sayangkan kau,jangan cakap macam ni,aku takut pula,takut kau tinggalkan aku" - Nawra
"Eh,jangan la nangis, I'm sorry okay?" - Amirul
Aku terbangun dari mimpi ku,dan sememangnya pipi ku terasa basah kerana air mata ku yang jatuh tadi. Tapi kenapa aku rasa tidak sedap hati? Adakah itu hanya mimpi semata? Ataupun ianya satu pesanan untuk aku?
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...