DEMI DIA : 34

7 3 0
                                    

5 hari berlalu sejak kejadian haritu. Semuanya kembali normal, persahabatan kami pulih seperti biasa. Namun, kesihatan Amirul yang semakin lama semakin teruk membuatkan aku tidak senang duduk.

Tiba sahaja di rumah,aku menyalin pakaian ku dan terus mencapai telefon untuk menghubungi Amirul. Itulah rutin aku setiap hari selepas balik dari sekolah.

"Assalammualaikum,hyee Amirul"- Nawra

"Waalaikummsalam Nawra"- Amirul

Entah kenapa aku tersenyum sendiri, dah macam orang gila.

"Harini doktor kata apa?"- Nawra

"Tak ada apa yang berubah,aku kena warded lagi."- Amirul

Terus hilang senyuman di bibir ku. Bagaimana kalau kata kata aku haritu makbul? Kata kata tu kan doa. Aku harap kata kata aku haritu tidak makan tuannya.

"Nawra? Kenapa diam ni?" -Amirul

Amirul membawa aku kembali ke realiti.

"Amirul" -Nawra

"Ya Nawra?"- Amirul

"Jangan tinggalkan aku ya? Aku tak sanggup kehilangan kau"-Nawra

Aku menahan sebak di dada. Aku berusaha untuk tidak menangis agar dia tidak perlu risau dengan aku. Amirul cukup risau kalau aku menangis. Buat masa sekarang,aku hanya mahu dia ceria dan tidak perlu risau sedikit pun tentang keadaan ku.

"Nawra, hidup dan mati tu kan ketentuan Allah. Aku tak boleh janji apa apa Nawra. Semuanya terserah pada Allah" - Amirul

Dang,bagai rasa ditampar dengan ayatnya. Walaupun ayatnya benar, tapi aku masih lagi takut dengan kehilangannya...

"Tapi kalau kau tinggal aku,aku mesti akan sedih"- Nawra

Amirul ketawa kecil.

"Kenapa gelak?" - Nawra

Pelik pula tiba tiba dia gelak,aku bukan buat lawak pun.

"Comel"- Amirul

"Ishh kau ni,ayat aku tu kedengaran macam aku buat lawak ke?" -Nawra

Sempat lagi aku memarahinya walaupun muka ku sudah bertukar menjadi merah padam.

"Yela yela. Dengar apa aku nak cakap ni okay? Kehilangan tu sudah pasti akan menyedihkan seseorang,sudah tentu akan ada orang yang akan hancur dengan kehilangan orang yang dia sayang. Walaupun kucing pun rasa sedih bila anak dia mati,apatah lagi kita yang manusia yang ada akal dan perasaan ni kan?" -Amirul

Aku hanya dengar dan tutup mulut ku sahaja sepanjang dia bercakap.

"Tapi, kita tak boleh sedih sampai meroyan,menjerit jerit tu. Roh arwah tu mesti tak tenang nanti. Tapi kalau kita betul betul sayangkan arwah,kita boleh sedekahkan Al-Fatihah untuk dia." -Amirul

Aku hanya mengangguk, tanda aku faham dengan apa yang telah dikatakan. Aku terpesona dengan ayatnya, sangat menunjukkan perwatakkanya yang matang.

Sejujurnya,aku...

Jatuh Cinta...

"Amirul, aku nk tidur sekejap boleh?"-Nawra

Setiap kali aku nak tidur,mesti akan timbul rasa takut. Bagaimana kalau masa aku tidur tu Amirul perlukan aku? Atau pada masa tu Amirul dah tinggalkan aku?

"Iya boleh Nawra"-Amirul

"Okay Amirul,malam nanti call lagi tau!"-Nawra

"Insyallah. Bye Nawra, Assalammualaikum."- Amirul

"Bye Amirul, Waalaikummsalam" -Nawra

Telefon diletakkan di sisi dan mata ku perlahan lahan tertutup rapat...

Telefonku berdering.

Kalau aku nak rehat mesti ada saja pengacau. Haih,aku baru je tido 30 minit.

Sedikit terkejut apabila nama yang terpapar di skrin telefon ku ialah "Bonda🤍". Aku terus menjawab panggilannya itu.

"Nawra, Amirul masuk wad ICU."-Bonda

Hampir gugur jantung aku. Dia, masuk ICU? Padahal tadi dia elok sahaja. Ya Allah...

Aku mengusap dada ku,memaksa diri ku untuk tidak panik dan memaksa diri ku untuk terus bersabar.

"Allahhuakbar. Kenapa dia ke situ bonda?"- Nawra

"Degupan jantungnya makin lemah, oksigen di dalam badannya semakin berkurang. Kuman yang ada dalam badanya dah merebak 100% dalam badan dia"- Bonda

Tiba tiba aku terimbas ayat yang aku pernah katakan padanya haritu.

"semoga kau mati sajalah"

Ini...Salah aku...

Apa yang aku dah buat ni... Kalau lah aku jaga percakapan aku haritu, mesti semua ni tak kan berlaku...

"Amirul sedar tak sekarang bonda?"-Nawra

"Dia sedar tadi, tapi sekarang dia tengah tidur. Doktor suruh dia berehat sebelum pemeriksaan seterusnya di jalan kan. Nawra, doakan dia ya?"-Bonda

"Nawra selalu doakan dia dan bonda. Bonda kena kuat tau,Nawra ada. Kalau Amirul dah bangun,beritahu Nawra ya?"-Nawra

"Baik sayang. Bonda nak pergi teman Amirul ni "-Bonda

"Baik bonda, assalammualaikum."-Nawra

"Waalaikummsalam "- Bonda

Air mata ku berjurai jurai jatuh ke lantai. Sakit di dada semakin terasa. Ini semuanya salah diri aku sendiri. Bodoh. Aku bodoh,kalau lah aku tidak nengeluarkan perkataan perkataan bodoh tu haritu,semua ini tak akan terjadi. Rasa bersalah ini akan menghantui hidup aku, sampai aku mati...

Ya Allah,maafkanlah hamba mu ini Ya Allah...

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now