DEMI DIA : 25

12 4 0
                                    

Beberapa minit berlalu,aku hanya masih berdiam diri dan tidak  melakukan apa apa.Amirul pula masih sibuk membasuh pinggan dan cawan di dapur.

Sedang aku termenung,tiba tiba Amirul datang dan duduk bersila di depan ku,aku duduk di lantai,memang menjadi kebiasaan ku untuk duduk di atas lantai.Dia memandang tepat ke arahku,namun tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"Janganlah diam macam ni,aku ada lagi beberapa jam je sebelum aku balik Johor.Ya ya,aku minta maaf sebab tengking kau tadi,tak bermaksud pun nak marah kau,Nawra..."-Amirul

"Aku tak marah kau sebab kau tengking aku,dan aku tak rasa pun kau tengking aku.Cuma terkejut"-Nawra

"Terkejut?"-Amirul

"Selama beberapa tahun kita berkawan,ni kali pertama kau marah aku,tadi betul betul nampak macam kau marahkan aku"-Nawra

"Untuk kebaikkan kau juga Nawra,aku tak sanggup nak tengok kau sakit.Walau hanya luka kecil,ianya masih buatkan kau sakitkan?"-Amirul

Aku...

Sedikit tersentuh dengan ayatnya...

"Kau tahu tak,apa yang aku rasa bila kau sakit?"-Amirul

Aku menaikkan kening kananku sebagai tanda tanya kepada ayatnya.

"Rasa sakit."-Amirul

Sekali lagi,tanda tanya muncul di dalam kepala ku,rasa sakit? Bukannya kalau jari aku berdarah, jari dia berdarah sekali.

"Apa maksud kau dengan rasa sakit"-Nawra

"Sakit,sakit sebab tak dapat jaga kau.Kau,berharga,Walau calar sikit pun,aku rasa sebersalah.Mungkin kau akan rasa aku ni poyo atau hanya mengeluarkan kata kata manis tapi itulah kenyataannya,kau berharga bagi aku, Nawra... Kau akan faham bila kau..."-Amirul

"Bila aku apa? Sambunglah ayat kau!"- Nawra

"Tak apalah,lain kali aku bagi tahu,aku nak kemas baju.Kau kemas lah baju kau sekali"-Amirul

Dia terus berdiri dan bergerak ke biliknya,semakin lama,bayangannya mula hilang dari pandanganku.Benci betul manusia yang suka cakap tak habis ni,rasa nak pijak pijak je! Baguslah perangai macam tu,buat dekat aku boleh lah aku diam,cuba buat dekat orang yang sabarnya senipis kulit bawang,memang dapat penampar percuma sahaja.

Aku berdiri dan bergerak ke bilik di mana aku tidur semalam.Beg diambil dan memasukkan baju baju di dalam beg.Plastik juga diambil untuk mengasingkan baju kotor dan baju bersih.Sedang aku sibuk mengemaskan baju baju ku,tiba tiba pintu diketuk.Aku menoleh ke arah bunyi pintu itu dan gerangan yang mengetuk pintu tersebut ialah Amirul.

"Sorry kacau,cuma aku nak tanya.Nak tak hoodie ni?-Amirul

Anak mata ku beralih pada hoodie yang berwarna hitam yang dilipat kemas yang ada pada tangannya.Warnanya tidak menarik,hanya hitam semata mata,tapi tidak bagi Amirul.Amirul sukakan warna hitam.Jam tangan,baju,seluar,cermin mata,hampir semua barangan miliknya berwarna hitam.

"Kenapa nak bagi aku?"-Nawra

"Sebab malas nak bawa balik."-Amirul

Aku berdiri dan melangkah ke arahnya.Hoodie di ambil dari tanganya dan meleraikan lipatannya. Sedikit besar dari saiz ku,tapi memang orang pakai hoodie besar besar kan? Tidak menarik bukan bermakna tidak akan menerima kan?

"Okay,aku ambil.Thanks"-Nawra

Amirul mengangguk dan balik semula ke biliknya.Aku pula menyambung kerja ku.Secara tiba tiba,pintu diketuk lagi,dan aku sudah boleh agak siapa yang mengetuk pintu itu.Amirul.Sekali lagi aku menoleh ke arah pintu dan benar,Amirul.

"Nak apa?"-Nawra

"Ada tudung tak pakai?"-Amirul

Ha? Dia ni kena sampuk dengan jin ke apa? Tiba tiba mintak tudung,gila ke apa mamat ni?Aku salah dengar ke?Tak mungkinlah.

"Nak buat apa dengan tudung aku? Tudung bonda kan ada?"-Nawra

"Nak jual. Tak ada lah,saja nak bawa sana.Kalau aku rindukan kau,aku boleh tengok tudung tu"-Amirul

Pelik pelik lah dia ni.

"Ada,sekejap"-Nawra

Aku mengeluarkan sehelai tudung bawal yang berwarna kelabu dari dalam begku.Aku mendekatinya dan menghulurkan tudung yang diambil tadi.

"Okay terima kasih"-Amirul

Baru sahaja Amirul ingin melangkah pergi,aku menahannya.

"Eh kejap!"-Nawra

"Kenapa?"-Amirul

"Tukar cincin."-Nawra

Amirul menaikkan keningnya.Mungkin dia pelik dengan tingkah lakuku,atau mungkin dia tidak faham  dengan ayat "tukar cincin" aku tadi. Entah kenapa aku terfikir untuk menukar cincinnya dengan cincin aku.Tiada bezapun cincin aku dan cincinya,cuma milikku berwarna perak dan cincinya berwarna hitam.Tiada sebarang corak ataupun berlian.Kosong.

"Kita tukar cincin.Aku ambil cincin kau dan kau ambil cincin aku"-Nawra

Amirul hanyan mengangguk tanda faham.Dia terus mengeluarkan cincin dari manisnya,aku juga turut mengikuti geraknya.Cincin kepunyaanku juga dikeluarkan dari jari hantu ku.Memang kebiasaan aku untuk memakai cincin di jari hantu.

Amirul menadah tangan kirinya sambil tangan kanannya memegang cincinnya.Aku meletakkan cincin kepunyaanku di atas tangan kirirnya dan cincin kepunyaan di letakkan di atas tangan kanan ku.

Amirul menyarungkan cincinku di jari manisnya.Cincin itu terlihat sangat cantik di jarinya.

"Pakailah,takut tak longgar"-Amirul

"Oh,ya ya"-Nawra

Aku cuba menyarungkan cincinnya di jari hantuku,malah terasa ketat dan sakit.Aku mengeluarkan cincin tersebut dan menghulurkan cincin itu kepada tuan asalnya.

"Ketatlah,ambil jela cincin aku tu.Cincin kau ni pun ambil balik"-Nawra

"Cuba pakai dekat cari manis kau"-Amirul

Aku patuhi sahaja arahnya.Cincin itu terlihat kemas di jari manis ku,malah tidak ketat dan tidak sakit.Nasib muat,kalau tak,bogel jela jari aku ni.

"Aku nak sambung kemas baju"-Amirul

Aku hanya mengangguk dan Amirul bergerak ke biliknya.Rajin betul dia turun naik tangga tu ya.Biliknya di atas,manakala bilik ku di bawah.

Selesai mengemas baju,aku mengangkat beg ku dan dibawa keluar untuk diletakkan di ruang tamu.Tak sangka,beg yang  hanya berisikan 5 helai baju dan 5 helai seluar dan beberapa barang mandi beratnya macam angkat anak gajah.Aku menghempaskan badanku di atas sofa milik mereka.

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now