DEMI DIA : 17

11 5 0
                                    

"Adik,jom?"- Mama

Mama menghulurkan tangannya kepada ku.Aku juga menghulurkan tangan ku untuk memimpin tangan nya.

"Kita singgah rumah Amirulkan?"-Nawra

"Iya sayang"- Mama

Sepanjang aku dan mama di dalam kereta,kami hanya berdiam diri.Tiada apa yang boleh aku katakan sekarang.Semuanya sakit.

Kenapalah aku tak boleh terima takdir.Amirul tetap akan pindah juga,tak akan ada yang boleh halang mereka dari berpindah. Aku sepatutnya gembira sebab papanya dinaikkan pangkat,bukanya sedih.

Sedang aku termenung,tiba tiba mama menyelit.

"Adik,dah sampai,jom turun"- Mama

Terangkat sedikit bahu ku kerana terkejut.Aku mengangguk sahaja.

Aku berjalan perlahan sambil melihat sekeliling,ada beberapa barang yang sudah dinaikkan ke atas lori. Sebak,dada ku juga terasa sakitnya.

"Eh kak,jemputlah masuk"-Bonda

"Baik baik,adik,jom?"-Mama

Anak mataku beralih ke arah Amirul yang sedang mengangkat kotak yang berisikan barang barang mereka. Tapi,kenapa kotak tu ada tertulis nama aku?

"Er bonda,kenapa kotak tu tertulis nama Nawra?"- Nawra

"Ouh,mungkin itu hadiah hadiah yang Nawra pernah bagi pada Amirul,plastik chocolate pun dia sanggup basuh dan simpan,Nawra.Asalkan ianya daripada kamu."

Terkejut aku dengan jawapan bonda.Itu perangai sebenar Amirul? Dia tak pernah bagitahu aku yang dia jenis yang suka menyimpan barang barang macam tu,walaupun hanya plastik.

Kami bergerak ke dalam rumah mereka,hanya tinggal meja makan dan sofa,hiasan seperti gambar keluarga mereka,pasu kecil dan lain lain sudah tiada.

"Jemputlah makan,makan sampai kenyang tau,nak tapau pun boleh"-Bonda

Bonda tersenyum ke arahku,dan aku membalas dengan senyuman juga,cuma sedikit tawar...

"Mirul,dah lah tu.Mari makan"- Bonda

"Baik bonda"- Amirul

"Nawra ambil makanan ya bonda.Mama nak makan apa?"-Nawra

Bonda yang mengangguk.

"Eh tak apa,nanti mama ambil sendiri,nak berbual sekejap."- Mama

Aku mengangguk sahaja.

Sedang aku memilih makan,tiba tiba dada ku terasa sakit,bagai di cucuk cucuk. Kenapa pula ni. Aku mengusap dada ku perlahan lahan,dan Alhamdulillah ianya sakit semakin berkurang.

"Nawra,kenapa ni?"- Uncle Nizam

"Eh uncle,tak ada apa."-Nawra

"Ha, tipu ya? "- Uncle Nizam

"Er tak la, cuma dada Nawra sakit sikit,tapi dah kurang dah"-Nawra

"Nanti makan ubat tau,kalau nak apa apa bagitahu bonda atau uncle ya?"-Uncle Nizam

"Baik uncle,terima kasih"-Nawra

Uncle Nizam membalasnya dengan senyuman dan terus melangkah ke meja makan.

Mata ku masih lagi mencari cari lauk untuk dimakan.

"Nak tomyam?"

Aku mengangkat kepala ku dan melihat empunya suara itu,sudah tentulah Amirul.

"Tak nak,nak makan nasi"- Nawra

"Ayam sambal ada,nak?"-Amirul

"Boleh"-Nawra

Baru sahaja aku ingin mengambil senduk, Amirul sudah mecapainya terlebih dahulu.Haih sempat pula tu nak menyakat.

"Sini"- Amirul

"Apa yang sini?"- Nawra

"Pinggan kau"-Amirul

"Buat apa?"- Nawra

"Nak sumbat dalam tekak kau. Nak sendukkan nasi lah,mangkuk."- Amiru

Aku tergelak kecil dengan ayatnya.Berani dia mangkukkan aku! Aku bagi tahu papa dia tahu lah.

"nyenyenyenyenye"- Nawra

Sengaja aku mengejeknya, biar dia pula sakit hati.

"Aku seletip mulut kau tu kang,baru tahu"- Amirul

Sempat aku menjelingnya sebelum aku mengambil pinggan yang sudah berisikan nasi di atasnya. Terus aku cari lauk. Tapi,mana ayam sambalnya?

"Nur Nawra,sini ayam sambalnya,jauh jauh nak pergi mana?"- Amirul

Dia ni,macam tahu tahu je memang aku cari lauk.Selalu terfikir yang dia ni ada kuasa, kuasa baca minda orang.Ish seramnya.

Aku menghulurkan pinggan ku padanya,dia meletakkan 3 ketul ayam di atas pinggan ku.Dia ni nak perut aku meletup ke?

"Oi galah,banyak sangat lah"- Nawra

"Sembang lah kau,nanti habis juga.Kalau tak habis baru bagi aku"-Amirul

Sekali lagi aku menjelingnya,dan aku melangkah ke meja makan,sebelah meja mama,bonda dan uncle duduk bersama.

Tidak lama kemudian, Amirul juga duduk di meja yang sama dengan aku.Kedudukan kami secara berdepan,maksudnya aku akan menghadap dia.

Baru sahaja tanganku ingin menyuap nasi ke dalam mulut,tiba tiba..

"Bismillah dah?"- Amirul

Aku mengangkat kepala ku secara perlahan sambil tersengeh.Malu la aku,sebelah meja aku dah la meja orang tua kami.

"Hehe belum.Bismillah"-Nawra

Terus aku menyuap nasi ke dalam mulutku,begitu juga dengan Amirul.

"Alamak,air.Tunggu jap ea,aku nak ambil air"- Nawra

"Sit down,biar aku ambil"- Amirul

"Eh tak apalah,aku masih ada kaki."

"Satu..Dua.. ti-" -Amirul

Belum sempat aku dia menghabiskan kiraanya,aku terus duduk. Risau aku,buatnya bila dia habis kira tu dia nak bagitahu mama tentang rahsia rahsia aku? Mampus.

"Good, duduk diam diam.Aku ambil jap"- Amirul

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now