DEMI DIA : 21

12 3 0
                                    

Kami berjalan menuju ke ruangan tv,tempat dimana keluarganya meluangkan masa bersama.Seronok apabila keluarganya selalu meluangkan masa bersama,keluarga aku pula sibuk dengan hal masing masing.Namun ianya bukanlah hal negatif,mama dan baba berkerja untuk aku dan kakak ku yang lain.Kakak kakaku yang lain pula mengejar cita cita mereka agar dapat membalas jasa mama dan baba.Aku juga akan lakukan perkara yang sama apabila sudah tamat persekolahan.

"Nawra,duduklah sini"-Bonda

"Uncle mana bonda?"-Nawra

"Oh,dia pergi cuci kereta,lepak sekali dengan kawannya sekali"-Bonda

"Lah iya ke? Baru nak minta belikan biskut biskut"-Amirul

Baru teringat,mama ada bekalkan aku snack tadi.Lupa pula nak bawa keluar dari bilik.

"Mirul pergi kedai sekejap lah ya?,nak beli biskut,gula gula ke?"-Amirul

"Eh tak apalah,mama ada bagi biskut dengan dengan keropok tadi.Kejap Nawra ambilkan"-Nawra

Bonda dan Amirul mengangguk sahaja.

Aku berjalan menuju ke bilik tadi.Sampai sahaja kedalam bili,aku mencari dimana letaknya plastik yang berisikan snack snack tadi . Aku cari di semua tempat,di atas katil,dia sebelah beg baju ku,namun tiada apa yang aku jumpa.Mana pula aku letak plastik tu.Aku duduk di atas katil sementara memikirkan dimana letaknya plastik itu.Sedang aku duduk di atas katil,aku dikejutkan dengan ketukan pintu,mataku beralih ke arah bunyi ketekukan itu.

"Buat apa? Lama sangat."- Amirul

"Cari plastik yang ada makanan tadilah,aku lupa lah aku letak mana."-Nawra

"Lah"-Amirul

"Apa kau lah lah,daripada kau duduk kat situ,baik tolong aku."-Nawra

Amirul ketawa kecil.Walaupun hanya sekadar ketawa kecil,lesung pipit di pipinya kelihatan sangat jelas.Hairan,apa yang diketawakan?

"Sorry,Nawra.Aku lupa,aku letak plastik tu kat meja dapur tadi hehe"-Amirul

"ISH KAU NI! AKU CARI PLASTIK TU MACAM ORANG BANGANG TAHU TAK!"-Nawra

Amirul yang dari tadi cuba untuk menahan tawanya,akhirnya tewas.Dia boleh gelakkan aku? Dah lah salah dia.

"Aduh,sakit perut aku.Yela yela,ampun ampun.Jom duduk luar."-Amirul

Aku menjelingnya sahaja,dan terus melangkah keluar.Aku ke ruang tamu da Amirul ke dapur untuk mengambil makanan yang dia tinggalkan di atas meja tadi.Ruang itu kosong,hairan.Tadi bonda kan ada dekat sini? Takkan lah keluar pula.Tak apalah,tak ada lah aku segan sangat kalau dia tiada.

Amirul datang bersama plastik yang aku cari tadi.

"Nah,makan"-Amirul

"Bonda mana?"-Nawra

"Masuk bilik agaknya"-Amirul

Aku mengambil Mister Potato yang dibelikan oleh mama tadi.Tanpa ku sedari, Amirul dari tadi memandang tepat ke arah ku.Dia ni gila ke apa?

"Apa,nak penampar ke"-Nawra

Muram,secara tiba tiba dia menjadi muram.

"Nawra,kalau aku tak ada nanti,kau akan okay tak"-Amirul

Kata katanya telah menghentikan tanganku daripada membuka plastik Mister Potato tadi.Inilah soalan yang paling aku benci.

"Kenapa tanya soalan bodoh macam tu?"-Nawra

"Saja,nak dengar jawapan kau."- Amirul

Aku mengeluh berat sebelum menjawab soalannya.

"Kau sendiri tahu apa jawapan aku kan? Mestilahh lah tak okay. Tapi aku belajar untuk redha kalau kau betul betul pergi. Aku taknak roh kau terseksa,cukuplah apa yang dah kau hadap dekat duia,tak akan lah aku nak seksa lagi roh kau dekat sana. Nanti bila kau dah pindah,aku nak belajar berdikari,aku tak nak susahkan kau lagi."-Nawra

"Siapa cakap kau susahkan aku?"-Amirul

"Akulah,kan aku yang cakap tadi"-Nawra

Amirul sempat menjeling menjeling aku sebelum dia merampas Mister Potato yang ada di tangan aku tadi.

"Eh bagi sini jajan tu!"-Nawra

"Lembab,kau dari tadi pegang jajan ni,bukaknya tidak.Bagi aku makan dulu"-Amirul

"Dasar tahi"- Nawra

Kami meluangkan masa bersama,bergosip tentang budak perempuan yang menggedik sahaja kerjanya di sekolah,bermain permainan kad dan kami beranikan diri masing masing untuk menonton cerita hantu.Tak sampai 30 minit pun cerita tu berjalan,Amirul dah suruh tukar cerita lain,maklumlah penakut.Sedar tidak sedar, hari sudahpun senja,aku dan Amirul pergi ke bilik masing masing untuk bersedia menunaikan solat magrib.

Selesai sahaja menunaikan solat magrib,aku menadah tangan untuk berdoa.

"Ya Allah,ampunilah dosa ibu bapaku,adik beradik ku dan sahabat seperjuanganku. Ya Rabb,kuatkan lah aku jika aku bakal menhadapi ujian yang lebat berat pada masa akan datang,janganlah kau berikan ujian ujian itu semasa aku belum bersedia menghadapinya.Pimpin lah tangan hamba mu ini Ya Allah.Aku tidak mampu melakukannya tanpa pertolongan mu Ya Allah.Aku tidak sekuat dulu Ya Allah..."

Tanpaku sedari,air mataku jatuh.Jatuh membasahi pipi. Sudah banyak yang sudah aku tempuhi,dan aku sedar bahawa diri aku yang berdiri disini bukan lah diri aku yang dahulu.Yang dulunya tidak mudah menangis,mampu tersenyum walau disakitkan berkali kali,kini,aku yakin aku mampu menghadapinya,tapi bersama sama dengan air mata dan beberapa luka kecil di pergelangan tangan ku.

Telapak tanganku diusapkan di seluruh muka,air mata ku masih mengalir deras membasahi pipi.Aku terbaring di atas sejadah,tangisan aku mungkin akan didengari bonda atau yang lain.Aku menangis teresak esak. Sakit di dada ku semakin terasa. Entah dari mana,aku terdengar satu suara,suara seorang lelaki.

"Kau tak layak pun hidup.Tiada untungnya kalau kau teruska hidup"

Mataku terbuka luas,aku salah dengar ke apa ni? Mana ada orang lain dalam bilik ni.Mungkin hanya imaginasi aku je,iyalah keadaan aku sekarang kan tengah tidak stabil. Air mata aku yang dari tadi membasahi pipi akhirnya berhenti.Aku mengelap muka ku dengan kain telekung yang sedang aku pakai.Aku berdiri dan menggantungkan telekungku di dalam almari,dan aku duduk di atas katil.

Pemkiran ku yang tadinya bercelaru,kini kosong.Aku termenung memadang satu sudut di dalam bilik itu.Tiada apa lagi yang boleh aku ungkapkan.Aku dikembalikan ke realiti apabila aku terdengar bunyi ketukan pintu.

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now