DEMI DIA : 28

3 2 0
                                    

Kosong,dan penuh...

Hatiku ku kosong,namun fikiran ku penuh.Penuh dengan masalah yang datang satu demi satu. Dalam banyak banyak hari, kenapa mesti harini? Kenapa mesti hari dimana mental aku separuh mati? Aku tak tahu apa lagi yang mampu aku buat sekarang.Penat,aku terlalu penat.

Air mata aku yang dari tadi turun deras membasahi pipi tidak lagi berhenti.Hari hampir malam,tapi mood ku tidak langsung berubah.Dari pagi hingga lah sekarang,hanya kesedihan menguasai diri ku.Sedang sibuk aku melayan perasaan,aku sedikit terkejut apabila telfon bimbit ku berdering.Kenapalah aku penuhkan volume call ringtone ni.

Tanpa melihat nama siapa yang terpapar di skrin,aku terus menjawab panggilan tadi.

"Ya?"-Nawra

"HAI NAWRA!"-Amirul.

Hampir pekak aku kerana jeritan Amirul tadi.

"Ye hai,jangan lah jerit,terkejut aku."-Nawra

"Hehe,iya aku minta maaf okay?"-Amirul

"Hm"-Nawra

Senyap,yang tadinya menjeritlah apalah,tiba tiba senyap.

"Nawra,kau menangis ke?"-Amirul

Agak terkejut dengan pertanyaannya,suara aku ni obvious sangat ke? Tak apa kita cuba cover dulu.Kalau dia syak lagi dan lagi,baru mengaku.

"Mana ada,aku baru bangun tidur lah.Terbangun pun sebab kau call aku."-Nawra

"Ouh iya ke? Maaf."-Amirul

"Tak apalah.Kau dah daftar sekolah baru kau?"-Nawra

"Belum,esok"-Amirul

Terlintas di kepalaku,macam mana kalau dia jupa pengganti aku di sekolah barunya nanti?Kalau dia lupakan aku nanti macam mana? Aku tak sanggup nak hadap kalau benda tu betul betul jadi.

"Amirul"-Nawra

"Ya?"-Nawra

"Agak agakkan,kau akan jumpa pengganti aku tak bila kau sana nanti?"-Nawra

"Kenapa tanya macam tu?'-Amirul

"Tak tahu"-Nawra

Sekali lagi,keadaan kembali senyap.

"Aku mungkin akan diuji dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku sama juga macam kau.Tapi aku janji,kau akan jadi yang pertama,dan yang aku-"-Amirul

"Amirul,tolong bonda sekejap!"-Bonda

Belum sempat Amirul menghabiskan ayatnya,tiba tiba terdengar suara bonda di belakang.

"Malam nanti aku call kau balik tau,atau esok.Maklumlah harini sibuk sikit"-Amirul

"Habiskan lah ayat kau dulu!!!"-Nawra

"BYEE!!"-Amirul

Panggilan telefon dimatikan.MACAM TU JE DIA MATIKAN? DASAR MONYET!!

Dia ni kalau dah ada girlfriend nanti,baru sehari dua dah kena tinggal agaknya. Tapi sejujurnya,kalau dia tak call aku tadi,mungkin keadaan aku akan jadi lebih teruk.Kehadirannya dalam hidup aku bagai kemunculan pelangi selepas hujan.

Aku meletakkan telefon ku di sisi .Keadaan sekeliling aku sememangnya agak gelap dan sunyi. Aku berdiri dan melangkah ke luar bilik dan pergi ke ruangan dapur.Perutku memang betul betul lapar sekarang,kali terakhir aku makan di rumah bonda tadi. Peti ais dibuka,hanya ada beberapa buah dan sayur sayuran,apalah yang aku boleh makan malam ni.

"Adik"

Ternaik sedikit bahu ku,terkejut.

Aku menoleh kebelakang untu melihat siapa empunya suara tadi.Mama.

"Ya"-Nawra

"Baba mana?"-Mama

"Dalam bilik agaknya.Kenapa?"-Nawra

"Duduk,mama ada benda nak cakap"-Mama

"B-Baik ma"-Nawra

Apalah yang nak dicakapkan lagi.Aku baru saja  baik dari sedih tadi.

"Baba cakap dengan mama pelajaran Nawra merosot.Apa nak jadi ni Nawra?"-Mama

Aku hanya mampu mengunci mulut aku,ingatkan kena marah pasal pelajaran ni dah habis,rupanya sambung part 2. Kalaulah diaorang tahu yang aku sering diganggu syaitan syaitan dalam kelas tu,mungkn mereka tak akan salahkan aku.

"Mama tak nak Nawra macam ni,Nawra kan kawan dengan Amirul.Kenapa tak boleh jadi macam dia? Kenapa tak gunakan peluang yang ada,dia kan budak pandai,belajar la dengan dia."-Mama

Sudahlah di marah,dibandingkan pula.

"Kenapa Nawra jadi macam ni? Dulu elok dapat 5A,kenapa sekarang boleh jatuh sampai 3A sahaja?"-Mama

Daripada 5A 2B kepada 3A 4B tu teruk sangat ke? Bukannya 4G.

"Nawra mina maaf sebab Nawra jadi macam ni.Nawra tak pernah pun minta untuk jadi macam ni,Nawra yang bodoh,Nawra tak macam Amirul atau kakak kakak Nawra. Semua ni salah Nawra kan mama? Nawra ni memang tak guna pun,tak apalah mama.Nawra masuk bilik dulu."-Nawra

Mama bagaikan terkejut dengan ayat ayat aku tadi,kini gilirannya untuk berdiam diri.

Aku berdiri dan melangkah laju masuk ke dalam bilik ku.Setiap langkah ku mewakili setiap titis air mata ku jatuh.

Aku menekup muka ku dengan bantal agar suara ku tidak didengari sesiapa. Hari ini,aku bagai hentam,lagi lagi dan lagi.Sakitnya berterusan.

Telefon ku berdering kuat,boleh ku agak siapa yang berani call aku pada waktu malm macam ni,Amirul.

Aku keliru,patut ke aku menjawab call tu? Tapi kalau aku jawab call tu nanti,sudah tentu dia tahu aku menangis.Tak,tak boleh.Aku tak akan angkat,nanti aku jawablah aku tertidur,mata aku pun memang terasa berat sekarang.

Aku membuat telefon aku kepada mood senyap,tiada siapa boleh ganggu aku malam ni.Aku meletakkan kepala ku perlahan di atas bantal,dan secara perlahan,mata ku mula tertutup rapat.

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now