Mataku terbuka perlahan,pinggang ku terasa sedikit sakit. Bila aku melihat sekeliling,aku tertidur atas lantai rupanya, penat. Penat keringkan semua buku yang basah semalam,Nasib lah yang basah itu semua hanya muka surat yang tidak bertulis,kalau tidak mesti aku dah kena buat semua latihan-latihan itu semula. Nasiblah harini cuti sekolah,semperna Hari Deepavali,dapatlah aku berehat.
Aku mencapai telefon bimbit ku, jam menunjukkan sudah pukul 5:45 pagi.Kalau aku sambung tidur sudah tentu pukul 8 atau 9 baru bangun.Terus aku bangun dari baringku dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan bersedia untuk menunaikan solat subuh.
Selesai menunaikan solat subuh,benda pertama yang aku fikirkan ialah baring di atas katil,sakit dipinggang ku masih terasa. Sesudah menggantung telekung di dalam almari,terus aku menghempaskan badanku di atas tilam yang empuk itu,nikmat sungguh. Hampir sahaja mataku tertutup rapat,tiba-tiba telefon ku berbunyi.
Ting!
_________________________________________
Amirul🐱
: Morning, Nawra
ya,morning:
:Kau sihat tak?
sakit pinggang:
:why?
nanti lah,aku ngantuk:
:yelah,sleep well
*seen
_________________________________________Selesai sahaja membalas mesej,terus mataku tertutup rapat.
"Adik,mama pergi kerja dah ni!" - Mama
Aku terjaga dengan teriakan mama,aku memandang ke kiri untuk melihat jam yang tergantung kemas di dinding bilikku. 8:30 a.m. Dah pukul 8 tapi mama baru bergerak ke tempat kerjanya? Mungkin dia perlu pergi ke tempat lain.Kebiasaannya kalau mama pergi kerja lambat,dia perlu ke tempat lain,contohnya dia perlu pergi ke university untuk memberi ceramah kepada pelajar di sana ataupun meeting. Maklumlah,mama pensyarah yang berpengalaman,hampir 30 tahun mama menjadi pensyarah di sana.
Ting!
_________________________________________
Amirul🐱
:Nawra? okay tak?
sakit lagi,tapi sikit je :
:Mama ada?
kerja:
*seen
_________________________________________Sejujurnya memang masih sakit,entah kenapa sakit di pinggang ku masih belum hilang.Mungkin sebab lama sangat aku terbaring di atas lantai semalam. Dan sekarang perutku mula berbunyi,lapar. Tapi dengan keadaan ku yang sebegini,aku tidak mampu untuk ke dapur. Lebih baik aku tidur semula.
"Assalammualaikum,Nawra oh Nawra!"
Sekali lagi aku dibangunkan dengan teriakan seseorang,siapa pulalah yang datang masa orang tengah tak sihat ni,orang nak berehat pun tak senang. Aku mencapai tudung sarung dan terus ke pintu hadapan.
"Waalaikummusalam,eh Mirul" Tadinya muka ku yang kelihatan muram,tiba tiba bibir ku mengukir satu senyuman yang manis apabila orang yang sedang ada di depan mata ku adalah sahabat baik ku.
"Aku bagitahu bonda kau sakit pinggang,lepastu dia masakkan makanan,suruh kau makan lepastu ada bekalkan ubat juga ni.Lepas makan terus makan ubat tau"- Amirul
"Ish,kenapa bagitahu bonda,kan dah susahkan bonda masak la apa la" Marahku. Kesian dengan bonda,dah kena susahkan diri sebab aku. Memang lah rumah kami dekat tapi masih menyusahkan dua beranak ni.Semalam dah susahkan papa dia,harini bondanya pula,apalah dioarang cakap nanti. Risau aku dibuatnya.
"Cuba jangan fikir negatif, bonda tu dah anggap kau macam anak dia sendiri tau." Kini giliran dia pula memarahiku.
"Dah,tak payah muncungkan bibir kau macam tu,macam bontot kuda.Ambil ni" Dia perasan pula aku muncungkan sedikit bibirku,dah lah siap samakan bibir aku yang cantik ni dengan bontot kuda. Tak guna!
Aku menyarungkan sandal dikaki ku dan terus ke depan pagar untuk mengambil makanan dan ubat yang dikirimkan dari bonda. Belum sempat aku melihat isi di dalam bekal itu,aroma makanan itu sudah menusuk ke dalam hidungku.
"Uish,kuatnya bau,macam sedap je,apa dalam ni" - Nawra
"Mihun tomyam,suka?" Mata terus terbuka luas setelah mengetahui isi di dalam bekal itu.
"SUKA!!!" -Nawra
Amirul tersenyum apabila melihat tingkah ku yang seperti budak kecil mendapat susu.
"Makan lah,ke nak aku teman?" -Amirul
"Eh tak elok la lelaki dan perempuan berduaan dalam rumah. Gila ke kau?" Dia ni dah kenapa tiba-tiba nak teman aku makan.
"Ish,tu kan ada meja tu" Terlupa pula di laman rumah ku ada meja batu yang berbentuk bulat.
"Oh,sorry.Boleh tapi sekejap,aku chat mama,nak cakap kau ada kat sini" Kena beri tahu mama dulu,rumah ni ada cctv,takut nanti dia tak perasan yang datang tu Amirul, habis dia ingat aku dating dengan jantan.
"Okay,done"
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...