DEMI DIA : 29

3 2 0
                                    

"Semua ni salah kau,patutnya kau belajar betul betul,bukan main,cubalah jadi macam kawan dan kakak kakak kau.Semuanya pandai belaka.Kau? Tak habis nak menyusahkan orang lain."

Aku menoleh ke kiri dan ke kanan,namun tiada seorang pun yang berdekatan dengan aku.Takut,tiada perasaan lain kecuali takut. Badan ku langsung tidak boleh bergerak,bagai di pegang atau di tahan seseorang.

"LEPASKAN AKU!"-Nawra

Itu suara terakhir yang dapat aku keluarkan.

"SEMUA.SALAH.KAU.NAWRA!"

Mata aku terbuka luas,lega rasanya bila semua yang aku rasa tadi hanyalah mimpi semata. Tapi pelik,2 kali dah aku mimpi macam ni,memang rasa badan kena tahan atau pun tak boleh gerak.

Aku mengambil telefon yang ada di sisiku.

5.38 a.m. Namun bukan itu sahaja yang terpapar di skrin telefon ku,ada juga beberapa panggilan yang tidak di angkat dan beberapa mesej tidak terbalas.

-------------------------------------------------------------------------
Amirul🐱

                        *7 missed called*
                      *2 unread messages *

:Nawra,awalnya tidur
:Penat ya? Tak apalah,
gn Nawra ku
-------------------------------------------------------------------------

Aku tersenyum kecil apabila melihat ayat terakhir Amirul,"Nawra ku" . Comel...

Aku bangun dan terus bergerak ke tandas untuk mandi dan mengambil wuduk. Selepas selesai kedua duanya,aku membentangkan sejadah dan duduk di atasnya sambil menunggu azan subuh.

Teringat dengan kenangan yang telah diciptakan oleh aku dan bonda. Macam mana lah diaorang sekarang.Tanpa aku sedari,air mata ku kini menitis sikit demi sedikit. Aku mengelap air mataku dengan telekung yang sedang aku pakai.

Azan sudah berkumandang,tanda aku sudah patut menunaikan solat subuh.

Assalammualaikumwarahmatullah...
Assalammualaikumwarahmatullah...

Salam diberi tanda aku sudahpun selesai menunaikan solat subuh.Semasa aku menunaikan solat subuh,tiada setitispun air mata ku jatuh,namun tidak berpanjang.Air mata aku gugur ketika sujud terakhir. Sepuas puasnya aku mengadu pada Allah SWT.

Aku berdiri dan menglipat sejadah yang telah digunakan tadi.Telekungku di gantung kemas di dalam almari.Sesudah itu,aku kembali ke katil ku,nasib baiklah aku tidak perlu ke sekolah,doktor yang merawat aku di hospital haritu telah bagi masa untuk berehat selama 1 minggu.

Tiba tiba aku teringat akan mesej Amirul yang masih belum dibalas.Aku mengambil telefon ku dan terus membuka mesejnya.Tapi kalau call terus pun lebih baik,aku malas betul nak taip panjang panjang ni.

Butang call ditekan sekali,tidak sampai beberapa saat,panggilan ku telah dijawab.

"Hai Nawra, good morning!"-Amirul

"Morning"-Nawra

"Kau kemana semalam?"-Amirul

"Aku tidur awal, entah la penat sangat semalam.Ni kau macam dalam kereta je,nak kemana"-Nawra

Entah kenapa,dia senyap pula tiba tiba. Dia ingat aku cakap dengan bantal aku ke?

"Ouh,aa aku nak pergi err,sekolah. Kan nak daftar"-Amirul

Aku macam tak nak percaya dengan apa yang dia katakan,cara dia bercakap macam dia tengah sorokkan sesuatu dari aku.

"Ouh,okay. Aku nak tidur balik ni,sakit kepala."-Nawra

"Ouh, okay. Jangan lupa makan ubat."-Amirul

"Iya,bye"-Nawra

Panggilan telefon terus dimatikan dan aku terus meletakkan telefon ku di sebelah bantal ku. Mata aku secara perlahan memberat.

Mataku terbuka perlahan, alhamdulillah,kalini tiada mimpi yang pelik pelik.Aku meraup wajahku. Aku terpandang telefon bimbit ku yang berada di sisi ku,suasana di sekeliling tak berapa cerah,mungkin baru 8 atau 9 pagi.

Aku menghidupkan telefon bimbit ku. 1:45 P.M!?

Lamanya aku tidur Ya Allah.Tapi pelik,tiada satu pun mesej dari Amirul,call pun tak ada.Tak apalah,lebih baik aku siapkan diri untuk solat zohor,lagi lambat aku bergerak, nanti adalah setan setan yang berbisik supaya aku tinggal solat.

Wuduk sudah pun di ambil,telekung pun sudah dipakai.

Allahhuakbar...

Beberapa minit selepas itu,salam diberi,tanda aku sudah selesai menunaikan solat zohor.Sepanjang aku solat zohor tadi,tiada pula telefon aku berbunyi,tak kan lah Amirul masih sibuk?

Aku berdiri dan menggantungkan telekungku di dalam almari dan melipat sejadah.

Aku mengambil telefon dan duduk di atas katil.Dan masih sama,tiada sebarang mesej ataupun call dari dia. Risau pula kalau dia terus macam ni,kalau aku call dia terus,agak agak dia marah ke? Call jelah.

Aku menekan butang call,tapi biasanya dia tidak mengambil masa yang lama untuk mengakat call. Makin tak sedap hati aku bila dia macam ni.

Perut aku berbunyi,dah lapar la ni. Semalam adalah kali terakhir aku makan. Harap haraplah ada makanan di dalam peti sejuk.

Aku berjalan menuju ke dapur.Tiba di depan peti ais,aku membukanya dan anak mata ku meliar mencari sesuatu untuk di makan.Tiada yang menarik. Dengan rasa hampa,aku menutup peti ais itu semula.

Pandangan ku beralih pada rak dimana mama selalu menyimpan maggie ataupun roti. Jari jemariku pula yang meliar mengalihkan beberapa barang dapur yang lain. Cari punya cari dan ternyata,rezeki aku harini ada di sini. Terdapat sebungkus roti berperisa coklat.

Aku berjalan masuk ke dalam bilikku sambil memegang roti yang aku jumpa tadi. Berharap bila aku masuk bilik nanti,terdapat beberapa mesej dari Amirul.

Aku mencapai telefon ku dan masih tiada sebarang mesej darinya. Terasa kecewa dengan harapan ku yang terlalu tinggi. Sedang aku melayan beberapa video di tiktok,tiba tiba...

Tingg!

-------------------------------------------------------------------------
Amirul 🐱

:Sorry,busy.

:Lepasni,kalau nak call,
chat dulu. Kalau aku tak reply,
jangan call.
-------------------------------------------------------------------------

Dia marah aku ke? Semalam dia okay je,kenapa harini jadi macam ni? Tak apalah,mungkin dia ada masalah dia sendiri,tapi patut ke aku tanya? Tanya je lah,dia mungkin perlu kan seseorang untuk dengar masalah dia.

-------------------------------------------------------------------------
Amirul 🐱

:Sorry,busy.

:Lepasni,kalau nak call,
chat dulu. Kalau aku tak reply,
jangan call.

                                                            kau okay?:

:Okay.

                                                            Penat ke?:

:Haah,nak rehat. Bye.

                                                                   Bye...:
-------------------------------------------------------------------------

Baru sehari dia di sana,dah jadi macam ni? Tak kan lah dia dah jumpa pengganti aku? Tak mungkinlah,dia tak macam tu...Agaknyalah...

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now