Pintu rumah dibuka,namun tiada orang di dalam.Kosong dan sunyi. Pintu rumah dikunci semula dan aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur.
Baru sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur,air mata ku yang dari tadi ku tahan akhirnya mengalir deras. Dadaku mula terasa sakit. Sakitnya hingga aku melutut di lantai sambil mengusap laju dadaku. Apa lagi yang aku tinggal? Tiada siapa...
Mengharapkan mama baba yang hampir 24 jam tiada di rumah untuk menjadi bahu untuk aku bersandar? Mungkin iya,mungkin juga tidak...
Kenapa aku menangis? Bukan ini ke yang aku mahukan? Tidak mengharapkan sesiapa untuk menjadi bahu aku bersandar.Memang ini yang aku mahukan,belajar berdikari...
"Nawra,aku sayang kau,jaga diri ya?"- Amirul
"Jangan tinggalkan aku Amirul,tolong"-Nawra
Dia melangkah pergi,jauh dariku.Aku cuba untuk mengejar,tapi terasa pergerakan ku terlalu perlahan.Kenapa dengan aku ni?
Sedang sibuk aku mengejarnya,terasa tanganku ditarik oleh seseorang dari belakang.
"Lepaskan aku!"-Nawra
Aku menjerit sekuat hati,namun Amirul sedikit pun tidak pandang ke arah aku.
"Adik,bangun! Ya Allah kenapa ni?"-Mama
Mataku terus terbuka luas mendengar suara mama.Lega...
"Adik kenapa tidur kat sini? Ke adik pengsan kat sini?"-Mam
Aku menoleh ke kiri dan ke kanan,rupanya aku sedang terbaring di atas lantai.Muka ku pula basah dengan peluh.
"Adik tertidur agaknya, baring kat sini selepas balik tadi"-Nawra
Namun,aku tidak rasa begitu,sejujurnya,dada ku memang terasa sangat sakit sebelum aku tersedar dari mimpi aku tadi,sakit bagai ditumbuk berkali kali.Boleh jadi yang aku pengsan,boleh juga jadi aku tertidur.
"Dah dah,bangun."-Mama
Sedang aku cuba berusaha untuk bangun dari baring ku,mama terus melangkah ke luar bilik tanpa menoleh ke belakang. Namun tiada apa yang aku rasakan,sakit? Tidak,cuma sedikit kecewa dengan tindakkannya.
Aku sedaya upaya untuk duduk dari baringku,dada ku terasa sedikit senak tapi alhamdulillah ianya tidak berpanjangan. Sakitnya hanya 2 atau 3 saat sahaja.
Aku mencapai telefon bimbit ku,dan skrin telefonku tertulis "6 Unread Message". Boleh aku agak siapa orang yang menghantar mesej ni.
-------------------------------------------------------------------------
Amirul🐱:Nawra aku dah sampai
:Buat apa tu,senyap je?
:Nawra,kau okay? Aku risau.
:Kau marah aku ke?
:aku risau Nawra,tolong jangan
buat aku macam ni...
:Aku minta maaf...
-------------------------------------------------------------------------Aku hanya memandang ke arah skrin telefon itu,aku keliru. Patut ke aku bagi tahu dia yang aku pengsan tadi? Tak apalah,tak perlu,kalau aku bagi tahu pun,mungkin bukan sekarang...
-------------------------------------------------------------------------
Amirul🐱:Nawra aku dah sampai
:Buat apa tu,senyap je?
:Nawra,kau okay? Aku risau.
:Kau marah aku ke?
:aku risau Nawra,tolong jangan
buat aku macam ni...
:Aku minta maaf...
Ya Allah,sorry Amirul:
Aku tidur lah tadi, sorry::Haih kau ni,aku risau
tahu tak!sorry lah eee:
:Aku nak keluar balik ni,
pergi makan,nanti aku chat
kau balik tau.
:Bye
baik:
-------------------------------------------------------------------------Aku menghempaskan badan ku diatas katil.Aku memandang terus ke atas.Pandangan ku kosong.Tiada apa yang muncul. Selalunya ada juga aku teringat sesuatu,cuma kadang kadang sesuatu yang aku ingat tu akan membuatkan aku tergelak sendiri,ataupun menangis sendiri.Tapi kini,fikiran ku kosong.
Sedang aku termenung sendiri,tiba tiba pintu bilik ku di ketuk.
"Masuk"-Nawra
Pintu bilikku dibuka perlahan.Pada mulanya,aku ingatkan mama yang akan datang,rupanya tidak,baba.
"Awal balik"-Nawra
Sempat aku tersenyum ke arahnya.Baba datang ke arahku dan duduk berdepan dengan ku.
"saja"-Baba
Aku hanya mengangguk.
"Nawra,baba ada benda yang hendak dibincangkan"-Baba
Terus berdiri bulu roma ku.Apalah yang nak dibincangkan tu.
"Cikgu Nawra call baba minggu lepas,akhir akhir ni,pelajaran Nawra agak merosot. Baba tak nak Nawra macam ni."- Baba
Dalam banyak banyak hari,kenapa harini ya?
"Nawra minta maaf"-Nawra
"Nawra tak nak ke jadi macam kakak kakak Nawra? Semuanya berjaya sambung belajar. Kalau Nawra terus macam ni,bukan nama Nawra je yang akan buruk, tapi nama baba sekali. Nanti apa orang akan cakap? Baba tk reti ajar anak,itu yang Nawra nak ke?"-Baba
Setitis demi setitis air mataku jatuh. Kenapa gred yang dijaga? Sedangkan mental anak dia dah lama hancur,tapi itu yang difikirkan. Dari sekolah rendah aku dipaksa untuk jaga gred,tapi bila keputusan yang bagus sudah tertulis di atas kertas,tidak pernah sekali pun keluar perkataan "bangga" dari mulutnya.Yang dia fikirkan hanyalah kata kata orang lain.
"Baba tak nak Nawra terus macam ni,sekali lagi baba dapat panggil dari cikgu Nawra,baba tak teragak agak untuk ajar Nawra guna tangan,memang itu yang sepatutnya Nawra dapat.Anggap ini amaran untuk Nawra."-Baba
Habis sahaja ayatnya,dia terus bangun dan keluar dari bilik ku,tanpa menoleh sikit pun kebelakang. Dia langsung tidak tanya,macam mana aku di sekolah,macam mana dengan keadaan mental aku sekarang. Mental aku hancur,tapi apa yang aku boleh buat? Tiada apa selain terus berjalan. Sejujurnya,aku ingin terus berjalan,namun ianya tidak mudah.Aku percaya,masih banyak hal yang akan aku tempuhi.Aku kuat,tapi Wallahi,aku lelah.
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Teen FictionNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...