Kringgg
Mata ku terbuka perlahan,bising betul lah jam ni.Kacau betul orang nak tidur.Aku mengambil jam meja dan melihat masa yang terpampang di skrin digital jam itu. YA ALLAH! DAH LAMBAT!
Terus aku berlari ke bilik mandi apabila masa yang terpampang di jam meja itu tadi ialah 6:30. Habislah aku kena marah dengan mama nanti. Ini adalah kali pertama aku mandi kurang dari 5 minit,nak cepat punya pasal. Aku keluar dari bilik mandi dan terus berlari menuju ke bilik tidurku. Aku bentang kan sejadah,sempat aku menjeling ke arah jam meja tadi.DAH 6:45?
Tanpa berfikir panjang terus aku menunaikan solat subuh.Selesai solat dan berdoa,aku mencapai baju dan seluar sukan ku. Siap menyarungkan tudung sarung,aku mengambil beg galas ku, dan keluar dari bilik. Aku menarik nafas lega apabila mama juga baru sahaja keluar dari biliknya. Right in time!
"lambat bangun ya?"- Mama
" Jam tu lah salah,selalunya berbunyi pukul 6,ni 6:30 baru dia bunyi" -Nawra
Mama tergelak kecil.
"Dah dah,pergi masuk kereta.Mama nak kunci pintu"- Mama
Aku turuti sahaja perintahnya. Tidak lama kemudian,mama pula masuk ke dalam kereta. Rumahku yang tadi jelas di depan mata,sudah semakin menghilang dari penglihatanku. 10 minit berlalu,akhirnya aku sudah tiba disekolah.Aku menghulurkan tanganku untuk menyalam dan mencium tangan mama.
"Bye Mama,adik pergi dulu. Assalammualaikum" -Nawra
"Bye,Waalaikummusalam" - Mama
Aku mulakan langkah ku untuk masuk ke dalam kawasan sekolah, aku mencari seseorang. Sambil aku berjalan,sambil aku memandang ke kiri dan kekanan.Sudah tentulah aku mencari Amirul,siapa lagi yang akan aku cari kalau bukan dia.
Sedang aku berjalan tiba tiba...
"Oi dik,sekolah rendah bukan kat sini"- Amirul
"Wah wah wah,Assalammualaikum" - Nawra
Aku dan Amirul saling berpadangan sambil ketawa kecil
" Ya,Waalaikummusalam,awak" -Amirul
"Awak nenek kau,geli lah" - Nawra
"Eleh,suka cakap je lah"-Amirul
"Euw,nak muntah" - Nawra
Kami ketawa serentak.
"Lambat lagikan nak loceng?"- Nawra
"Dalam 30 minit lagi" -Amirul
"Laparlah,teman aku pergi kantin boleh?"- Nawra
"Anything for my lady"- Amirul
Muka ku bertukar merah apabila ayat itu ditujukan kepadaku. Sudahla aku berkulit cerah,bila merah,memang nampak dengan jelas lah jawabnya.Mamat ni pun dah kenapa? Ish benci!
"Ish,mengadalah kau,dah jom" - Nawra
Amirul sempat ketawa kecil sebelum dia mengikuti langkah ku dari belakang. Kami berjalan menuju ke kantin,sambil berjalan kami berbual kosong.
"Aku ada benda nak bincang dengan kau sebenarnya"- Amirul
Ayat yang keluar dari mulutnya itu telah membuat langkah ku berhenti.Amirul turut hentikan langkahnya apabila aku berhenti.
"Apa yang kau nak bincangkan?" -Nawra
"Not now,later okay?" -Amirul
"Ish,iyalah" -Nawra
Tiba di kantin,aku membeli empat biji karipapsejujurnya karipap makcik kantin ni memang sedap.Kena pergi awal kalau tak habis,habuk pun tak ada nanti.
"Banyaknya beli,habis ke?" - Amirul
Amirul ni orangnya tidak suka membazir,dia kalau makan nasi ke,mee ke, apa apalah,mesti licin.
"dua biji je aku punya" - Nawra
"Lagi dua nak bagi siapa"- Amirul
Mukanya berubah serius.
"Nak bagi kucing" - Nawra
"Mengadalah kau,kau kalau tak nak makan,gi pulang balik kat makcik tu" - Amirul
"Ish,bisinglah. Aku beli untuk kau lah galah" - Nawra
Bibirnya mengukirkan satu senyuman manis, sungguh manis senyumannya...
"Cakaplah dari tadi" - Amirul
"Nah ambil ni" - Nawra
"Thanks dear" - Amirul
Hatiku bagai berbunga bunga,entah kenapa kebelakangan ni aku rasa macam aku ada hati pada dia.Tapi aku tak nak ada apa apa hubungan dengan dia,cukup berkawan.Lagipun kami masih muda.
"Ya,welcome"
YOU ARE READING
Demi Dia (Complete✓)
Novela JuvenilNur Nawra,namanya yang cantik seperti mana cantik rupa wajahnya,namun ia tidak menjamin bahagia. Bagai dihentam lagi dan lagi,selepas satu satu ujian datang pada dirinya... Muhammad Amirul,remaja lelaki yang sentiasa bersama dengan Nur Nawra,kawan b...