DEMI DIA : 33

4 2 0
                                    

Aku meletakkan beg di tepi almari. Baru sahaja ingin merehatkan diri di atas katil,mata aku tertumpu pada diari yang aku pegang pagi tadi. Aku mengambil diari itu dan letak di tempat asalnya. Sayang, sepatutnya diari itu akan dibaca berkali kali dengan senyuman dibibir, tapi kali ini ia dibaca berkali kali dengan air mata yang jatuh mengalir.

Aku menukar pakaian ku sebelum menghempaskan diri ke atas katil.  Selama aku baring di atas katil,tiada apa yang aku buat,cuma fikiran ku yang bercelaru.Terlalu banyak kenangan bersama dia,sehingga melupakannya saja aku tidak mampu,apatah lagi membencinya.

Tingg!

Siapalah yang mesej aku pada waktu waktu macam ni. Dengan malas aku mencapai telefon ku.

Unknown Number.

Siapa pula ni? Aku menekan nombor yang terpapar di skrin telefon ku.

-------------------------------------------------------------------------
Unknown Number

:Is this Nawra? Fendy ni.

                                                      Oh,ya ni Nawra:

:Great. Can i call u?

                                                               For what?:

: Saya nak bagitahu sesuatu,
tapi izinkan saya call awak.

                                                                    Baik...:

:Alright, give me a second.
seen*
-------------------------------------------------------------------------

Hatiku sedikit pun tidak tenteram. Apa yang terjadi sebenarnya, Ya Allah, apa pun yang keluar dari mulut Fendy nanti,kuatkan lah aku Ya Allah.

Telefonku berdering. Perasaan takut mula kuasai diri. Aku menjawab panggilan itu dengan tanganku yang menggeletar.

"H-hello?"- Nawra

"Iya hello."-Fendy

"Apa yang awak nak bagitahu saya?"- Nawra

"Ouh ya. Nama saya Fendy, Muhammad Putra Afendy, kawan baik Amirul"- Fendy

Aku terdiam dengan kejujurannya. Dia... Kawan... Amirul?...

Dia menarik nafas berat sebelum menambung percakapannya.

" Nawra, Amirul banyak bercerita pasal awak pada saya. Awak kawan yang baik untuk dia,saya tersentuh dengan cerita Amirul. Tapi saya tahu yang awak dan dia sudah tak berkawan lagi kan?"- Fendy

"I-Iya.."- Nawra

Air mata ku jatuh setitis demi setitis.

"Biar saya jelaskan. Amirul pesakit kanser tulang tahap 4,atau lebih tepat lagi tahap terakhir. Dia tak bodoh nak putuskan persahabatan yang berharga tu. Dia cuma tak nak awak tahu apa yang dia sedang lalui. Dia tak nak awak sedih secara berlebihan. Tapi dia kirimkan saya untuk jaga awak. Saya tahu nama awak bukan dari nametag, tapi dari dia. Dia cerita semua benda yang awak suka dan tak suka. Saya tahu awak suka karipap bukan sebab saya teka,tapi dari Amirul. Pada mulanya saya tak nak telibat dengan persahabtan korang berdua,tapi dia kata itu permintaan terakhir dia pada saya. Dia kawan saya juga, tak kan lah saya tak nak tunaikan"- Fendy

"ALLAH!"- Nawra

Dengan nama Allah SWT, aku sakit setelah mendengar kejujurannya. Orang yang aku suruhnya mati itu sedang bertarung nyawa, kejamnya aku Ya Allah,ampunilah hamba mu ini Ya Allah!

Tanpa berfikir panjang, aku mematikan pangilan telefon  dan terus mendail nombor telefon Amirul. Angkat lah Amirul tolonglah. Hampir seluruh badan aku menggigil.

"Hello"-Amirul

Mata aku terbuka luas apabila mendengar suaranya.

"Amirul, a-aku m-minta maaf. Aku b-bodoh"-Nawra

"Hey hey,Nawra ku,tarik nafas dulu."-Amirul

Lembut sahaja suaranya. Aku ikuti sahaja arahannya.

"Kenapa ni Nawra?"- Amirul

"K-kau tipu aku. Kenapa kau rahsiakan penyakit kau dari aku Amirul! Sejak kau tak ada,hidup aku berubah Amirul. Kau tahu aku sayangkan kau,sayangkan persahabatan kita. 7 tahun kita berkawan,kenapa benda macam ni kau perlu rahsia kan?"-Nawra

"Haih,aku tak ada niat nak tipu kau Nawra. Cuma aku tak nak mental kau rosak sebab aku. Aku tahu kau akan sedih bila aku cakap macam tu haritu,tapi macam aku cakap juga. Untuk kebaikkan kau."- Amirul

"Berapa lama dah kau rahsia kan benda ni dari aku?"- Nawra

"Ingat tak masa aku tiba tiba melutut masa aku tengah kejar kau kat sekolah haritu?"-Amirul

"Ingat."-Nawra

"Masa tu aku ingat ianya sekadar sakit biasa. Tapi aku bila papa ajak aku pergi jumpa doktor,doktor cakap aku disahkan ada kanser tulang tahap ke 3. Apa yang aku fikir masatu bukan diri aku,tapi kau. Aku selalu fikir macam mana nak bagitahu kau,tapi dalam masa yang sama aku kena bagitahu kau yang aku kena pindah. Itu pun susah aku nak ungkapkan. Jadi aku memilih untuk bagitahu kau 1 berita buruk sahaja,yang lagi 1 aku berharap aku dapat simpan. Semua yang jadi sebenarnya telah pun dirancang, aku memang sengaja tak chat kau supaya lebih tambah benci kau pada aku."- Amirul

"A-aku tak pernah bencikan kau Amirul. Walaupun mulut melontarkan perkataan yang tajam,percayalah,hati aku mati matian berperang dengan rasa bersalah"- Nawra

Semakin deras air mata aku mengalir,jikalau masa boleh diputarkan,aku tak nak biarkan emosi mengawal diri aku. Teresak esak aku menangis,aku sungguh menyesal dengan perbuatan aku haritu.

"Amirul,aku minta maaf sebab cak-" -Nawra

Belum sempat habis ayatku,dia sudah memotong laju.

"shh shh, it's okay Nawra. Aku tak marah pun,dan aku tak pernah marah. Aku faham kau tengah beremosi haritu. Tiada satu pun salah kau yang aku tak maafkan."- Amirul

"Aku minta maaf sebab tak dapat tengok tengok kan kau kat sana "- Nawra

"Tak apa Nawra"-Amirul

Demi Dia (Complete✓)Where stories live. Discover now