Flavio tersedar daripada tidur bila merasakan ada seseorang mengusap dan mengucupinya. Dia membuka matanya dan wajah kacak Gillbert menjamah matanya.
" Good morning " ucap Gillbert dengan senyuman manis di bibir.
Flavio mengangguk perlahan. Dia mengesat wajahnya lalu tangannya membawak semua rambut yang serabai ke belakang. Dia mengeliat kecil lalu dia mendudukkan dirinya di atas katil. Dia memegang kepalanya yang sedikit berdenyut, pening.
" Ahhh.. Menyesal aku minum banyak semalam " rungut Flavio dengan helaan nafas yang berat.
Gillbert ketawa kecil lalu tangannya mengelus lembut pipi Flavio, " Pergi lah mandi dulu. Nanti boleh breakfast bersama " pinta Gillbert, lembut.
Flavio mengangguk sahaja. Dia terus bangun lalu mengambil bathrobe. Dia menyarungkan pakaian mandi itu di tubuhnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi tanpa mempedulikan Gillbert yang masih duduk di atas katil tersebut.
Satu jam kemudian, dia keluar dari bilik mandi dalam keadaan basah kuyup. Dia memandang bilik yang kosong. Tiada tubuh tegap Gillbert. Mungkin Gillbert keluar sebentar. Flavio terus memakai pakaian seragam Adidas berwarna kelabu lalu dia membalut rambutnya dengan tuala warna putih. Dia membuka tingkap, mengizinkan angin masuk ke dalam bilik tersebut. Dia mengeliat lalu bersenam ringan untuk meregangkan otot-otot tubuhnya. Dia menghirup nafas lalu dihembuskan, perlahan.
Flavio menangkap briefcase dan macbook di atas meja kopi. Dia tahu briefcase dan macbook itu Gillbert punya kerana Gillbert membawak pulang semalam dari syarikat. Dia senyum nipis. Dia melangkah ke arah meja kopi itu lalu macbook diambil. Dia membaring meniarap di atas katil lalu macbook dibuka. Dia membuka password macbook itu yang baru diberitahu Gillbert semalam. Dia menongkat dagunya lalu dia melayan media sosial yang berada di dalam macbook itu sementara menunggu Gillbert datang kembali.
" Baby boo "
Satu panggilan yang khas untuknya bersamaan bunyi pintu terbuka membuatkan Flavio menoleh ke arah pintu tersebut. Senyuman muncul di bibirnya melihat Gillbert di hadapannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...