Adrift In Pain

246 22 2
                                    

Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.

Tangan saling meramas-ramas antara satu sama lain

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Tangan saling meramas-ramas antara satu sama lain. Peluh merenik, membasahi permukaan kulitnya. Cemas. Dia berjalan berpusing-pusing, menahan amarah yang nendatang. Matanya tidak lepas dari memandang pintu ICU tersebut.

Flavio mengerang, " Argh ! Kenapa doktor lama sangat di dalam sana ? " tanyanya dengan gelisah. Matanya kembali berkaca-kaca dengan kerisauan yang menyelimutinya.

" Sabar sebentar, sayang.. Doktor tengah berusaha di dalam sana " ujar Anne, mencuba menenangkan keadaan anaknya. Dia turut sedih melihat keadaan Flavio yang berantakan. Di pipi anaknya masih mempunyai bekas air mata yang belum mengering sepenuhnya.

" Bagaimana jika Gill tidak selamat ? " pertanyaannya tersebut membuatkan Sofia yang duduk di sebelah Anne, tersentak.

" Vio, jaga mulut mu, nak " pinta Anne dengan tegas. Wajahnya berkerut. Dia tidak menyukai apabila anaknya berfikiran negatif.

" Gill pasti selamat. Percaya pada Tuhan, Vio. Tuhan pasti menyelamatkannya " ujar Sofia dengan rintihan sayu. Dia mencuba menahan air matanya daripada jatuh. Jiwanya sakit apabila melihat pintu ICU di hadapannya. Di dalam hatinya berdoa kepada Tuhan supaya menyelamatkan anaknya yang masih berperang dengan kehidupan dan kematian.

" Tenang semua.. " ucapan tegas tetapi terselit getaran kesedihan tersebut membuatkan setiap pasang mata memandang ke arah Alexander, ayah kepada Gillbert yang sedang berdiri di sebelah isterinya.

" Bagaimana mahu tenang, daddy ? Gill di dalam sana.. Bagaimana kalau Gill.. " masa itu, air mata Flavio kembali menitis apabila bayangan negatif bermain-main di kepalanya membuatkan mental nya berkecamuk dengan pelbagai alasan yang tidak jelas.

Ivan menarik anak lelakinya ke dalam pelukan. Dia menepuk-nepuk bahu sempit Flavio, " Jangan mengatakannya. Gill pasti selamat. Berdoa lah, nak.. "

Tangisan Sofia dan Anne pecah di situ. Mereka tidak dapat menahan kesedihan ini yang sungguh menyakitkan. Flavio turut menangis bersama membuatkan lorong hospital itu dipenuhi oleh tangisan mereka bertiga.

Alexander menutup mata dan saat itu, setitis cairan bening jatuh di hujung tubir. Dia menghela nafas kasar, mencuba menguatkan hatinya. Berdoa dalam diam agar anak semata wayang nya selamat daripada maut.

Ivan turut sedih tapi dia masih kuat untuk menahan tangisannya daripada pecah di hadapan anak dan isterinya. Dia menghela nafas dan menghembuskannya, berat.

Hampir dua jam mereka menunggu, akhirnya, pintu ICU terbuka dari dalam membuatkan setiap pasang mata memandang ke arah doktor lelaki yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik pembedahan tersebut.

" Bagaimana dengan anak saya, doktor ? "

" Bagaimana dengan tunangan saya ? "

Flavio dan Sofia bertanya serentak. Wajah mereka terlihat cemas. Jantung berdegup kencang apabila mendengar doktor di hadapan mereka hanya menghelakan nafas sahaja.

LOVE , FETISHTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang