Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Tubuhnya yang dahulu indah, kini mulai menghilang dimakan usia, menjadi rapuh dan membungkuk. Hitam legam helaian lembut di kepalanya, kini mulai memutih dan tercabut satu-persatu, semakin menipis dan menampakkan sedikit kulit kepalanya yang berkedut tipis.
Suara lantangnya pun mulai lebur dalam parau, seperti seseorang yang sedang kehausan. Kakinya mula melemah bersama otot-otot yang sudah menghilang kekuatannya, tidak boleh lagi berlari ataupun mengayuh basikal seperti masa muda.
Ini sudah saatnya memang untuk menikmati waktu senja, setelah hampir seabad menapak di dunia yang begitu indah.
Sekuntum bunga mawar merah diletakkan dekat atas rerumputan nipis yang berhadapan dengan batu nisan berwarna kelabu kehitaman, bersebelahan dengan beberapa kuntum bunga mawar layu berwarna merah kecoklatan. Ada juga kelopak mawar yang sudah hancur menjadi kepingan-kepingan kecil dan abu.
Tangannya yang mula berkeriput, mula bergerak dan membersihkan sekitaran perkuburan milik kekasih hatinya. Mencabut beberapa tumbuhan liar yang rendah dan membuangnya di sembarangan arah.
Flavio mengusap-usap batu nisan tersebut. Ibu jarinya mengelus sebaris nama yang terukir rapi di permukaan batu nisan itu.
Gillbert Enrique Gonzalez.
" Hi, honey. Maafkan aku jika aku sudah lama tidak melihat kamu. Kamu apa khabar ? Apakah kamu sihat di sana ? Aku harap kamu baik-baik sahaja. " ucap Flavio dengan senyuman halus di bibirnya.
" Apakah kamu tahu, syarikat yang kamu berikan kepadaku itu, aku mengawalnya dengan sangat baik. Dan apakah kamu tahu, sayang.. Bahwa syarikat kamu akan membuka cawangan baru di negara Mexico. Aku pintar berniaga, kan ? Apakah kamu bangga dengan pencapaianku ? "
" Walaupun aku sudah semakin tua tapi aku masih bertenaga lagi untuk menguruskan syarikat tersebut. Sebenarnya, aku sudah memberikan syarikat itu kepada Hannie sejak sepuluh tahun yang lepas. Tapi, kadangkala, aku membantu Hannie kerana aku kasihan dengannya. "
" Apakah kamu tahu, Hannie sudah mempunyai dua anak. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Twins. Berumur 8 tahun. Cucu-cucuku sangat lucu sekali. Aku yakin, mesti kamu melihat dari atas sana, kan, honey ? "
" Maafkan aku jika aku tidak melawat kamu setiap bulan seperti dahulu. Saat itu, kudrat aku masih kuat. Tapi, sekarang ini sudah tidak. Aku semakin tua. Aku semakin lemah. Kadangkala, aku berbaring di atas katil selama beberapa hari. Saat akhir-akhir hidupku ini, aku selalu mengingati kamu. "
Flavio meletakkan tongkat di sebelah kakinya. Kedua-dua tangannya mengusap-usap batu nisan tersebut dengan pandangan yang sayu. Wajahnya yang dahulu cantik mula menghilang. Berkeriput dengan kulit yang semakin jatuh, menghilangkan seri wajahnya, digantikan wajah orang tua yang pucat dan kering.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomanceWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...