Jika mempunyai kesalahan typo dan bahasa, maafkan saya. Happy reading. Hope you guys enjoy this story ! Don't forget to comment, vote and share. Thank you.
Gillbert memandang wajah manis tersebut yang sedang meletakkan bunga mawar di vas kaca di atas nakas. Setiap hari, pemuda ini akan mendatangi wad nya dan menjaganya hingga ke malam lalu akan pulang ke rumah untuk mandi sebentar. Kadangkala, mummy daddy melawatnya juga dan akan menceritakan kisah silam semasa dia kecil lagi membuatkan dia yakin bahwa dia mengalami kehidupan yang bahagia dan normal seperti orang lain.
Victoria... Wanita jelita itu ada mendatanginya dan mengenalkan diri kembali bahwa wanita itu adalah setiausaha peribadi miliknya di perusahaan membuatkan dia sedikit kebingungan. Dia tidak menyangka bahwa dia mempunyai perusahaan dan dia hanya mendengarkan sahaja cerita Victoria mengenai pekerja-pekerja di pejabat.
Setiap manusia yang melawatnya akan kembali mengenalkan diri dan akan menceritakannya pelbagai kisah supaya dia mengingati kehidupannya.
Tetapi pemuda manis yang sedang menyusun bunga ini, tidak menceritakan apapun kenangan mereka berdua membuatkan dia keliru. Membuatkan dia tertanya-tanya, apakah benar pemuda manis ini adalah tunangannya ?
Dia pernah juga mencuba mencari memori mengenai pemuda mungil tersebut yang bernama Flavio. Mencuba mengorek ingatannya tetapi dia tidak menjumpai apa-apa. Kosong.
Sejujurnya, dia mempunyai banyak pertanyaan untuk ditanyakan kepada pemuda manis tersebut tetapi dia tidak mempunyai keberanian untuk mengatakannya apatah lagi ketika melihat wajah manis tersebut. Wajah tersebut tenang dan bersih tetapi mata coklat gelap itu memancarkan kesedihan dan sarat penuh luka membuatkan dia sukar untuk berbicara dengan Flavio.
Walaupun Flavio berada di sini ataupun tiada, keadaan sama sahaja, hening, tiada pembicaraan. Jika ada bicara pun, itu tidak panjang. Hanya mengatakan beberapa patah perkataan dan perbualan akan tamat tidak sampai lima minit. Suasana canggung ini membuatkan dia tidak berani mengajak pemuda itu berbicara dengan waktu yang lama. Lebih-lebih lagi ketika dia mengetahui bahwa dia mempunyai kanser pertumbuhan otak dan lumpuh membuatkan dia murung.
Apakah tunangannya itu tidak mahu berbicara dengannya kerana dia cacat dan berpenyakit ?
Flavio dapat merasakan seperti ada seseorang memandang ke arahnya. Dia menoleh ke sisi dan saat itu, matanya berlanggaran dengan netra hitam legam tersebut membuatkan dia tersentak. Dia mengukirkan senyuman nipis untuk jejaka tampan tersebut, mencuba untuk memberikan kehangatan walaupun secebis sahaja.
Entah mengapa, jantung Gillbert berpacu hebat apabila pemuda itu melemparkan senyuman kepadanya. Pipinya dibubuhi oleh semburat merah muda, panas membuatkan dia menundukkan wajahnya. Malu menguasai dirinya. Tangan mengulit-ulit selimut yang membaluti tubuhnya saat ini. Dia kembali mencuri-curi memandang tunangannya, malu-malu.
Bunga sudah selesai disusun ke dalam vas kaca. Flavio membuang plastik bunga yang kosong itu ke dalam tong sampah yang berdekatan. Dan sekali lagi, dia merasakan ada seseorang memandangnya membuatkan dia berpaling dan lagi, matanya bertembung dengan biji hitam tersebut yang memancarkan kelembutan nan menenangkan membuatkan hatinya berasa sejuk.
KAMU SEDANG MEMBACA
LOVE , FETISH
RomansaWARNING BXB 🔞🔞🔞⚠️⚠️⚠️⚠️ Maron Flavio Moriarty, seorang model yang popular di serata dunia. Seorang yang lancang, bodoh dan sombong. Dirinya tidak mempercayai cinta. " Cinta itu hipokrit. Palsu. Hanya ilusi manusia sahaja " Gillbert Enrique Gonza...